Tawakkal kepada Allah akan result yang bakal menyusul selepas ini.
Sebenarnya, banyak yang ingin saya luahkan di blog tersayang ini memandangkan sudah lama tidak menulis post yang baru.
Sudah lama sebenarnya benda ni terbuku di hati. Tapi, baru detik ini saya terasa ingin meluahkannya. Sekarang, di CFS IIUM, tempat di mata saya menuntut ilmu, banyak sangat pemandangan yang agak jelik bagi pandangan saya.
Mungkin bagi sesetengah pihak, mereka akan rasa benda ini biasa. Tapi bagi saya, bukan benda yang biasa bilamana kita melanggar apa yang Allah tetapkan.
Pada sem ni saya banyak meluangkan masa di library, sebabnya kalau study kat bilik saya sangat-sangat mudah nak mengantuk. Di library sekarang ni, ramailah couple-couple yang study bersama pasangan masing-masing. Sweetnya kan. Yela, ada orang yang nak bantu dan ajar kita tatkala kita tak faham subject tu. Tapi, ingatlah kawan-kawanku dan junior-juniorku semua, tak elok berdua-duaan dengan pasangan tak sah anda itu. Mungkin bagi anda, anda rasa tak salah sebab di library ada ramai orang. Tapi ingatlah, mula-mula kat library lepas ni ke mana pulak anda nak dating. Ehem, diingatkan yer, couple tu sendiri pun dah haram di sisi Islam. Tapi, athirah ariffin hanya pandai tengok dan membenci dalam hatinya, imannya tidak kuat untuk menegur pasangan yang sedang study bersama-sama itu. Lemahnya imanku Ya Allah.....
Di mahallah pula, terdengar seorang sister sedang bercakap-cakap di telefon. Lembut dan manja suaranya, Antara dialog yang kuingat **sebabnya rasa sangat geli-geleman**, "Bi, bi sayang ayang tak" , "Nanti kalau kita dating nanti bi belanja ayang erk", "Bi ni lucu la, selalu buat ayang happy" dan "Bi ni sweet la, tu yang ayang sayang bi sangat ni". Ok, saya nak taip lebih-lebih pun rasa macam gatal-gatal je tangan saya ni. Sahabat, dalam Al-Quran pun Allah ada berfirman yang tatkala kita berurusan dengan lelaki, tegaskan suara kita.
"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kat-kata yang baik (sesuai dan sopan),"
~Al-Ahzaab : 32~
Bukan tak boleh bermanja dengan lelaki, boleh, tapi pastikan dahulu lelaki itu halal untuk kita. Bila sah jadi suami isteri nanti, silakan, tak ada siapa pun nak larang! Tapi, athirah ariffin hanya mampu mendengar, tanpa ada sepatah perkataan pun yang keluar untu menegur si sister itu. Lemahnya imanku Ya Allah....~Al-Ahzaab : 32~
Di cafe-cafe pula, banyaklah couple-couple yang sedang bergelak ketawa melayan perasaan bahagia tatkala berbicara dan makan bersama pasangan masing-masing. Memang anda hanya bercakap-cakap, nauzubillah ada aksi sentuh-sentuh, tapi, makwe dan pakwe anda itu bukan suami atau isteri anda, Eloklah jika tidak berdua-duaan kalaupun hanya mahu makan sahaja. Sebabnya, memang couple tu sndiri yang haram kan. Tapi, athirah ariffin hanya mampu melihat dan hatinya membuak-buak benci melihat panorama tersebut. Lemahnya imanku Ya Allah.....
Hanya di blog ini mampu kusuarakan pendapatku. Saya bukan insan yang tegas dan petah berkata-kata, susah sekali mahu menyusun ayat yang berhikmah untuk menegur perbuatan yang salah di sisi syarak. Jika ada di antara anda yang menbaca ini yang juga sedang bercouple dan melakukan apa yang saya ceritakan di atas. Berubahlah ke arah yang baik. Tahulah anda bahawa couple itu haram. Masa muda remaja ini, gunakan masa untuk beramal kepadaNya. Berdoalah agar Allah akan kurniakan pasangan yang soleh dan solehah agar mampu menjadi pembimbing juga peneman untuk kebaikan dunia juga akhirat. Yakinlah dengan janji Allah dalam Al-Quran ! Jodoh anda sudah ditetapakan sahabat semua....
notakaki 1 :: Tegurlah saya jika anda lihat saya menyimpang dari apa yang saya tulis.
notakaki 2 :: Ya Allah, anugerahkanlah aku seorang suami yang mampu membimbingku dan memimpinku menuju syurgaMu.
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada pasangan kami dan keturunan kati sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa"
~Al-Furqan : 74~
~Al-Furqan : 74~
1 sila..silakan komen..:
saim mu tirah,,.,=)
Post a Comment