Hari ahad yang lalu, masa ni masih lagi berada di rumah, sempat menonton tv. Rancangan tu namanya Serasi Bersama. Sebuah rancangan hiburan. Rancangan berbentuk quiz untuk suami isteri, biasanya artis yang dijemput, tapi oleh kerana Prof Dr Muhaya dan suaminya, Dr Azmi yang dijemput, tu yang melekat depan tv tu. Sebab memang selama ni saya suka akan Dr Muhaya ini.
Untuk siapa yang tak kenal Dr Muhaya ni, bolehlah klik di SINI dan SINI. Beliau merupakan seorang pakar perunding mata yang terkenal dengan pembedahan Lasik dan beliau juga merupakan Presiden Persatuan Oftalmologi Malaysia. Kerajaan Negeri Selangor juga mengiktiraf Dr Muhaya sebagai Penerima Anugerah Tokoh Ilmuwan Selangor 2010. Nak tahu dengan lebih lanjut, sila baca HarakahDaily ye...
Dr Muhaya dan suami tercinta
Sebenarnya, bukan nak menulis pasal biodata Dr Muhaya di sini. Cuma, ingin berkongsi apa yang Dr Muhaya ada katakan dalam rancangan itu. Katanya, antara perkara yang tak pernah ditinggalkan untuk menjaga keharnonian rumah tangga sejak beliau berkahwin dengan suaminya ialah menuturkan ucapan maaf sebelum tidur. Kalaupun suaminya telah tidur, beliau akan kejutkan suaminya hanya untuk menuturkan ucapan maaf. Katanya, sebagai isteri, ada tanggungjawab sebagai isteri yang tak terlaksana. Sebab itulah katanya, jangan berat untuk kita tuturkan kata maaf buat suami. Setiap hari, sebelum tidur.
A very good tips from her. Boleh sama-sama kita practice, tapi buat masa sekarang bukan pada suami sebab tak ada suami lagi. Ngeee~~ Sekarang, kita sama-sama buangkan rasa ego untuk ucap kata maaf buat rakan-rakan dan ahli kelaurga ye.
Dalam Islam sendiri pun, kita digalakkan untuk memaafkan semua orang sebelum kita menutup mata. Lapangkan hati kita, jangan ada perasaan dendam untuk sesiapapun. Ajar hati kita untuk lebih berlembut. Mana tahu, mungkin umur kita tak panjang, mata kita tak akan terbuka esok hari.
Ucapan maaf memang susah untuk dilafazkan. Berat rasanya mulut ni untuk ucapkan kata maaf. Adat orang Melayu, kata-kata maaf ni biasanya diucap pada Hari Raya sahaja. Kira macam qada segala dosa yang kita buat kat manusia hari-hari dan suruh dia maafkan kita pada Hari Raya sahaja. Tak elok, tak elok...
Jujur saya katakan, saya pun susah nak ucapkan kata maaf ini. Sekarang, mungkin ada perubahan, walau tak ketara. Selepas solat berjemaah, tak kiralah dengan roomate atau rakan-rakan yang lain, saya biasakan untuk ucapkan kata maaf. Kalau dulu pelik jugak tiba-tiba ada orang ucapkan maaf pada kita masa tengah salam lepas habis solat. Tapi. alah bisa tegal biasa. Sekarang dah jadi amalan diri sendiri.
Sorry. A simple word, but it do give a big significance.
notakaki :: Umi cakap kakak kena kuat. Yes, I HAVE TO BE STRONG. Try to be strong girl!
notakaki :: Aqilah, kamu juga kena kuat. Terima segala ketetapanNya. Moga dapat yang terbaik.
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment