Monday, January 24, 2011

terkesan

Terkesan dengan kata-kata yang dikongsi sahabat. Dia berkongsi apa yang dikatakan lecturernya. Ada seorang pelajar ni, sangat, mementingkan akademik. Sangat dan sangat. Pecfectionist. Markah dan semuanya nak sempurna. Dia tidak pernah jatuh atau gagal dalam akademiknya. Boleh dikatakan pelajar cemerlang la.

Satu hari, resultnya jatuh mendadak. Seperti yang disebut sebelum ni, dia tidak pernah jatuh. Ini pertama kali dia gagal dalam akademiknya. Dia menangis bagai hilang segalanya. Menangis dan menangis.

Dan, lecturer ini memberi nasihat buatnya. Satu nasihat yang buat saya juga terkesan.

"Kamu boleh menangis bila melihat result kamu jatuh, akademik kamu jatuh, reputasi kamu jatuh. Tapi, adakah kamu menagis bila melihat ISLAM kini jatuh? ISLAM dihina, dicaci. Umat ISLAM dibunuh di Palestin. ISLAM dipijak-pijak. Adakah kamu menangis melihat semua kejatuhan ini?"

Tepuk dada, tanya iman.

Manusia sangat selfish. Hanya tahu memikirkan kepentingan sendiri tanpa dia sedar dia ada tanggungjawab untuk menaikkan ISLAM.

Syeikh Qutb, seorang pejuang ISLAM yang syahid di tali gantung, pernah berkata yang jika kita hidup untuk diri kita sendiri, ia tak akan lama. Setelah kita mati, tamatlah segalanya. Tapi jika kita hidup untuk ISLAM, ianya akan berkekalan hingga saat tibanya hari kiamat. Berterusan dan berterusan...

Peringatan buat diri yang lalai ini....

Thabatkanlah aku di jalanMu ini Ya Allah....


notakaki :: Kak Husna, Aqilah, Hidayah, Ain, Kak Wirdah, Zaleha, Sarah, Razanah... Suka bersuka-ria bersama-sama anda semua. Indahnya ukhuwah kerana Allah. Paling penting, piza itu sedap ye! Nanti order lagi!

4 sila..silakan komen..:

mudrikahibrahim said...

terkesan~

athirahariffin said...

hidup kita jangan hanya untuk kita. hidup kita juga untuk ISLAM. sumbangkan apa-apa utk islam. andai ditanya di akhirat kelak, kita ada jawapan.kita ada bukti sumbangan walau hanya secebis.

Izzati Nur said...

benar skali kan,ish2 muhasabah blik =(

p/s:jeles weh ko sep pdana nih,suka ria bsama.ku pula ad kelass.huk2

athirahariffin said...

eti :: sambut bedei z kan..
bedei mum x dam sambut mugo awal telajok..
huu~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com