Alhamdulillah, semalam, selepas maghrib, ada talaqqi Kitab Fathul Muin oleh Ustaz Uwais Al-Qarni. Sebenarnya, saya sangat suka nama ustaz. Uwais Al-Qarni, nama insan yang tak dikenali penduduk bumi tapi sangat terkenal di kalangan penduduk langit. Pada warga UIA Kuantan, silalah merajinkan diri anda menghadiri majlis talaqqi di Surau KOM (Kuliyyah Of Medicine) eh!
Sangat tertarik bila Ustaz berbicara tentang satu kisah. Satu kisah yang sangat menyentuh hati ini. Satu kisah yang boleh memotivasikan kita untuk menyintai majlis ilmu dan para ulama’. Ustaz bercerita, di mana pada masa itu di padang mahsyar, kisah seorang lelaki yang sedang dihisab dan akan dimasukkan ke neraka.
Diriwayatkan sebuah kisah dalam satu hadith, pernah ada seorang lelaki yang dihitung amalannya dengan timbangan mizan di akhirat. Lalu apabila ditimbal baik dan buruk yang pernah dilakukan di dunia, kelihatan neraca sebelah kirinya lebih berat daripada sebelah kanan. Lalu malaikat Jibrail menyeretnya ke neraka untuk menerima pembalasan setimpal. Namun ALLAH yang Maha Pengasih bertanyakan beberapa soalan kepada Malaikat supaya dapat ALLAH ampunkan dosa-dosa si hamba itu.
Allah bertanya malaikat, adakah dia pernah hadir ke majlis alim ulama’, kerana jika dia pernah hadir ke majlis para alim ulama’, Allah ingin mengampunkan segala dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga dengan keberkatan ulama’ itu. Tapi, malangnya, selama dia hidup, dia tidak pernah sekali pun menghadirkan dirinya ke majlis para alim ulama’.
Soalan seterusnya, adakah dia pernah mencintai mana-mana ulama’ yang ada di muka bumi ini.Ustaz tiba-tiba bagi contoh, kalau zaman sekarang, pernah tak dia ni luangkan masanya untuk dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ke, atau para alim ulama’ lain dalam kereta, atau dalam rumah. Sekarang kan zaman teknolongi, andai SIBUK sangat sampai tak sempat luangkan masa untuk mendengar ceramah agama secara live pun, boleh sangat kan dengar melalui laptop, atau dalam kereta atau macam-macam lagilah. It depends on you!
Andai dia pernah mencintai mana-mana ulama’ , walaupun tak pernah menghadirkan diri ke majlis para ulama’ tersebut, maka Allah akan ampunkan dosanya. Yang sedihnya, lelaki ini tidak pernah langsung terdetik dalam hatinya mencintai para ulama’.
Maka, sekali lagi soalan ditanya, adakah si lelaki ini pernah makan sehidang dengan para alim ulama atau makan dalam satu majlis dengan para alim ulama’. Maka lelaki ini menjawab, dia tidak pernah!
Soalan yang seterusnya ditanya, adakah nama lelaki ini sama dengan nama para ulama’, contoh nama ulama' yang ustaz bagi, Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani dan Imam Syafie. Malangnya, nama lelaki ini pun menyerupai mana-mana para ulama’ yang pernah hidup di muka bumi.
Kemudian ALLAH menarik tangan si hamba lelaki tadi dari masuk neraka lalu memasukkannya ke dalam syurga.Maka ALLAH memberitahu.
''AKU tahu hamba lelakiku ini berkawan dengan seorang sahabat yang suka berdampingan dengan alim ulama. Maka dengan asbab itu pun, AKU pun memasukkan dia ke dalam syurga.''
Walaupun dia tidak pernah hadir ke majlis para alim ulama’, tak pernah mencintai ulama’, tak pernah makan sehidang dengan para alim ulama’, dan namanya juga tak menyerupai para ulama, namun Allah membantunya untuk ke syurga.
MasyaAllah! Saat dengar kisah ni, saya rasakan, betapa Allah sayang pada hambaNya.
Lelaki yang dalam hidupnya tak ada kaitan langsung dengan para alim ulama, tapi semasa hidupnya dia hanya pernah berkawan dengan seorang sahabat yang berkawan dengan ulama’ pun, Allah masih membantunya untuk ke syurga. Allahuakbar!
Maka mulai hari ini, cintailah para ulama’. Ulama’ merupakan pewaris Nabi. Dalam dada mereka penuh dengan ilmu agama warisan Rasulullah. Kutiplah mutiara-mutiara ilmu dari para alim ulama’. Penting juga disini untuk kita memilih sahabat yang mencintai majlis ilmu dan juga para ulama’.
Jangan kita terlalu sibuk dengan hal dunia hinggakan hati kita langsung tiada tempat untuk mencintai majlis ilmu dan juga mencintai para ulama’. Moga kita digolongkan dalam kalangan mereka yang diberi rahmat oleh Allah untuk berada dalam jannah impian sekalian manusia!
Saya sangat pelik dan sedih bilamana orang menghina dan mengutuk Tok Guru. Moga Allah bukakan pintu hati mereka. Janganlah kerana mulut yang mengata dan menghina, binasa badan di akhirat kelak. Nauzubillah.
notakaki :: Yay! Dah ada wireless di mahallah :)
notakaki :: A nice entry on Hudud. Click HERE :)
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment