Thursday, October 20, 2011

kejamnya, kejamnya, kejamnya!


Ya Allah... zalimnya manusia ini. Zalim sungguh! Terlalu zalim! Kejam! Tiada perasaan! Tiada peri kemanusiaan langsung! Sampainya hati mereka.... sampainya mereka berbuat begitu . Tiada jiwakah mereka? Allahu Akbar!

Video kanan-kanak China yang dilanggar

Baru lepas tengok video budak 2 tahun, Yue Yue yang dilanggar 2 kali, namun tiada siapa yang peduli. Mengucap panjang tengok video. Bila tengok adik Yue Yue, teringat adik-adik kat rumah. AllahuaAllah~ Dalam berbelas-belas orang yang lalu lalang dan melihat Yue Yue yang berdarah dan mengerang kesakitan di tepi jalan, tiada siapa pun yang menghiraukannya dan menghulurkan bantuan. Dahsyatnya sikap manusia yang lalu-lalang tanpa langsung ada rasa simpati dan belas kasihan. Kasihannya anak itu. Mana sifat belas ihsan mereka?

Boleh klik SINI untuk baca dan lihat video. Awas, video itu sangat sadis bagi saya dan boleh membuatkan anda rasa sangat sedih melihat keadaan adik Yue Yue dan marah pada mereka yang terlibat.

Menurut cerita yang saya baca dan yang saya tahu, ini semuanya kerana undang-undang negara China yang agak pelik sikit.

Ibu kelar anak sendiri

Mesti ramai yang dah tahu kisah ni kan? Kalau tak tahu tu, memang anda sangat tak cakna isu semasa. Mulanya, ada kawan yang cerita bila dia tengok suratkhabar. Balik bilik, bila buka Facebook, ramai yang bercerita tentang kisah ini.

Kisah seorang remaja berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah hasil hubungan haramnya dengan lelaki berusia 20-an dan melahirkannya di hostel. Kenapa tak kahwin je terus kan. Sedih kan tengok rakan-rakan sebaya kita yang hanyut dengan cinta haram ni dan mudah-mudah je menyerahkan mahkota mereka buat lelaki yang tak halal buat mereka.

Allah, sedihnya bila tahu seorang ibu sanggup membunuh dan mengelar anak sendiri, zuriat mereka sendiri. Tak terfikir dek akal macam mana tergamaknya seorang ibu membunuh satu nyawa yang tinggal dalam rahim mereka selama 9 bulan. Entah apa di fikiran mereka semasa tangan-tangan mereka memperlakukan perbuatan sadis itu ke atas tubuh kecil yang lumrahnya sesiapa saja suka mahu mencium dan memeluknya.

Sedih kan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Rasanya, tidak sanggup lagi dah nak mendengar, membaca atau melihat gambar-gambar yang menyayat hati ni. Kekejaman manusia umpama tiada hentinya tapi ingatlah Allah itu bila Dia murka, kemurkaannya amatlah berat kesannya.

Zina berleluasa, inilah akibatnya. Ini mungkin bala dari Allah. Alangkah bagusnya andai hukum Islam dijalankan di negaraku yang tercinta ini, nescaya ramai yang takut untuk melakukan zina. Rejam sampai mati untuk mereka yang dah berkahwin dan sebatan buat mereka yang tak berkahwin lagi. Dulu, masa di UTP, ada seorang lecturer pernah menyiarkan video hukuman rejam. Allah, sangat takut tengok. Hinanya cara mereka mati. Itu hukuman di dunia, andai tak dikenakan hukuman di dunia, hukuman akhirat, lagilah berat.

Alangkah indahnya jikalau kita hidup dalam dunia yang aman damai dan dikelilingi mereka yang mengikut segala perintahNya. Masa itu akan tiba, cuma kita harus menunggu. Not just waiting, but we must work towards that victory :)


notakaki :: Sekadar memanjagkan pesanan Ustaz Muhadir, katanya, ikutilah rancangan Fattabi'uuni oleh As Sayyid al-Habib Muhammad As-Saqqaf di TV Al-Hijrah dan bersungguh-sungguh mengamalkan. Allahummarzuqnaa mahabbatan Nabii fii quluubina, warzuqnaa husnul iqtidaa'i bihii (Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Mahabbatan Nabi SAW ke dalam hati kami dan kurniakanlah kepada kami mengikuti sunnah Baginda SAW sebaiknya).

notakaki :: Tak sanggup nak letak gambar kedua-dua mangsa dalam blog. Sekarang ni pun selalu terbayang-bayang keadaan mereka.

4 sila..silakan komen..:

cik ah / fatihah said...

dh mcm trend psl kes buang bayi,kelar anak,sumbat ank baru lahir dlm lubang tandas,buang dlm perigi,lempar bayi yg baru lahir dr tinggkat tinggi...dh mcm tinggal kt "dunia jahiliyyah"..
x tau sapo hok patut disalohkn....
DUNIA..DUNIA....mmg dh akhir zaman..

p/s: x berani nk tngok video bdk kno lnggar w'laupn ado saing paksa tngok...just dgr dr cerita saing2 jah...hati ini x kuat kalu bab2 eksiden gak..pape pn kejadia ini patut dijdkn iktibar utk kita semua...

athirahariffin said...

saya pun bukan jenis yang berani tgk benda2x berdarah ni. takut rasa. tp mmg la, sangat kesian pada adik yue yue. sedih sgt bila kena langgar n kena gilis, tapi tiada siapa datang menolong.

pasal kes buang anak berleluasa tu, ini semua kerana zina. mana ada yang buang anak hasil dari hubungan suci dgn suami. Allah, ini mmg bala dari Allah. berharap sgt masa hadapan, ini bukan lagi trend. teruk sgt bila dosa jadi trend. erm, rasanya lebih teruk dari arab jahiliah yang tanam anak perempuan hidup2x.

nikisha said...

pssstttt!!!wanna copy the doa pleaseeee....;D

athirahariffin said...

just take it dear.
ak just forward msg yang ustaz talaqqi ak bagi.
moga ada manfaatnya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com