Wednesday, November 23, 2011

palestina tercinta


Baru saya perasan, amat jarang, jarang sekali saya bercakap tentang isu Palestin di blog ini. Saya sendiri, kalau ada perkara yang boleh menaikkan semangat kita untuk berbicara tentang isu ini, saya jadi begitu semangat sekali. Tapi, lama kelamaan, pudar begitu sahaja. Kita seakan tak ingat yang mereka di sana hari-hari berjuang untuk syahid. Hari-hari, bukan bermusim. Jahatnya tentera Zionis!

Minggu ini saja, sempat dengar 2 talk berkenaan isu Palestin. Cerita-cerita dari penceramah yang mampu buat saya berasa sangat sebak, sedih dan menangis mengenangkan mereka yang ada di sana. Cerita itu juga buat saya begitu bersemangat menaikkan Islam. Tapi, harapnya, semangat itu tak pudar dek masa. Harapnya tangisan yang dititiskan itu bukan hanya pada masa itu. Harapnya, bukan hanya bersemangat dan sedih mengenangkan nasib mereka sahaja, tetapi kita tak putus-putus memohon doa pada Allah.

Ya, doa senjata orang Islam. Moga setiap kali lepas solat, kita istiqamah dalam berdoa untuk umat Palestin di sana. Mulai hari ini, siapa yang masih tak hafal lagi Qunut Nazilah, marilah kita menghafalnya. Saya tahu ramai yang di luar sana mungkin tak tahu dan tak pernah dengar pun kan tentang Qunut Nazilah ni. Untuk tahu dengan lebih lanjut amalan Rasulullah tentang doa ini, bolehlah tanyakan orang-oang alim di sekitar anda, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah Masih tak terlambat, saya pun baru tahu tentang doa ni masa saya di UTP dulu, masa tu umur saya 18 tahun. Ada Imam baca doa ni waktu Qunut Subuh.


Maksud doa ini sangat menikam kalbu, sila cari sendiri ok!

Moga setiap masa yang diluang untuk anda menghafal doa ini, akan diberi ganjaran olehNya. Lepas hafal, jom amalkan doa ini. Jangan kita ni hanya pandai bercakap, tapi bila masuk bab doakan mereka, kita fail.

Banyak cerita menarik yang diceritakan oleh Dr Syed Abdul Khaliq, dengan gayanya yang bersemangat dan ditambah dengan cara penyampaian yang lucu dan santai. Dr Syed Abdul Khaliq merupakan ahli PAPISMA dan antara salah seorang yang menyertai misi ke GAZA suatu ketika dulu.

Satu cerita yang paling saya suka ialah bila Dr Syed bercerita tentang seorang ibu di Palestin yang kehilangan suaminya dan 3 orang anaknya, yang syahid menentang Zionis. Apabila ditanya wanita itu apakah yang hendak dibuat selepas itu, jawapan yang diberi cukup menusuk kalbu, menunjukkan betapa kuatnya dan tabahnya wanita ini.

Katanya dia ingin berkahwin dengan seorang mujahidin, melahirkan anak-anak yang ramai, dan anak-anak yang akan dilahirkan itu akan dihantar untuk berjihad dan mati syahid. Allah! Kalau kita?


Menakjubkan, keluasan Palestin kini hanya 362 km persegi sahaja, dan saiznya lebih kurang daerah Bachok di Kelantan. Orang Kelantan mesti tahu kan, Bachok ni bukannya besar pun. Penduduknya sangat ramai walau saiz Palestin itu kecil, iaitu 1.8 juta orang.

Bilangan bayi yang dilahirkan juga sangat tinggi, iaitu sebanyak 17, 000 kes setahun. Kalau dibandingkan dengan Kota Bharu, satu daerah di Kelantan, yang mana lebih besar dari Bachok, kelahiran bayi setahun ialah 10,000.

Lagi menakjubkan, semua Menteri Kabinet Palestin ialah PhD holders. Hebat kan! Mereka ni menunjukkan bahawa Islam ni cemerlang dalam semua aspek. Dalam keadaan yang huru hara dan hari hari hidup dalam dentuman bom sekalipun, mereka mampu melahirkan ummah yang cemerlang dalam segala aspek. Kita? Tengoklah menteri kita, tengoklah masyarakat kita, dan
yang paling penting, tengoklah DIRI KITA SENDIRI. Ayat ni memang seakan membedil diri saya sendiri.

Ass. Prof. Ustaz Nasaruddin, iaitu salah seorang yang menyertai misi bantuan Mavi Marmara suatu ketika dulu ada berpesan, kita ni kalau bencikan Israel, pastikan kita boikot produk mereka. Rakyat Malaysia kalau bab boikot memang fail. Menurut ustaz, ada 4 produk yang betul-betul ada link dengan Israel, iaitu, Coca-Cola, Laurier, Nestle dan Nescafe. Nak boikot barang pun susah kita ni kan. Hmmmmm~

Marilah kita menderma untuk Palestin. Cuba baca tabung Gaza Mapim memerlukan dana RM30 juta bagi menampung kos pembinaan Hospital Kanak-Kanak dan Materniti Gaza.. Ya, mereka memerlukan bantuan. Dr Syed beritahu, andai kita menderma untuk pembinaan hospital ini, bayangkan, setiap anak yang lahir dari hospital ini, beribadat dan syahid di jalan Allah, pahalanya mengalir jua kepada kita. Allah, bestnya kalau kaya raya dan banyak duit kan!

Andai yang membaca blog ini ingin menderma, boleh memberikan sumbangan anda kepada Tabung Gaza Mapim menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 08013010075820.

Oklah, rasanya sekadar ini sahaja coretan di pagi hari. Saya tak mampu nak tulis semua isi kandungan 2 talk berkenaan, ianya akan jadi terlalu panjang. Harapnya, lepas ni, anda pun akan lebih cakna isu Palestin, lebih ingat akan saudara seIslam kita di sana dan lebih banyak berdoa untuk mereka.


notakaki :: Bila tulis tajuk entry ini, teringat Lutfi. Kalau kat rumah dulu, suka sangat suruh saya bukak video Palestina Tercinta nyanyian Shoutul Harakah. Saya kecik-kecik dulu tak pernah pun tahu hal Palestin, tahu tengok kartun je.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com