Tuesday, December 13, 2011

3 weeks left

Semalam, ada orang buat status macam ni,


Seriously, rasa sangat takut ok! Ya, status Kak Husna tu buat aku rasa sangat takut. 3 minggu tu tak lama ok!

Bangun pagi tadi, nampak mesej dari si budak comel yang tak jemu-jemu melayan karenah aku, Eti,

"Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan @ kekuatan ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan @ kesungguhan dan kemahuan. Doakan kejayaan bersama"

Terus rasa tak mengantuk dan terus tutup alarm phone, pukul 4.30 pagi terus aku capai buku Biochem (ngiga ni kali). Hehe.

Semalam, cakap dengan raja. "Kita ni selalu underestimate ability diri kita, susah nak faham la, susah nak hafal la, padahal, kita langsung tak berusaha nak hafal atau faham tu kan".

Selalu aku ingat pesanan Senator Mumtaz. Berjayalah untuk Islam. BACA dan USAHA, soal ingat atau faham itu milik Allah.

Ya, usaha itu penting, tapi ia harus seiring dengan ikhtiar, usaha dan tawakal. Mintalah pada Dia. Mohonlah pada Dia agar berikan yang terbaik buat kita. Jangan lupa juga selalu dating dan mengadu pada Dia.

Ya, aku pernah gagal dalam usaha mencapai misi aku, dan aku tak mahu kali ini aku jatuh lagi. Perit rasanya. Dan aku harap, misi kali ini berjaya. Bukan hanya berjaya dalam Degree sahaja, malah aku akan melangkah jauh dan jauh lagi.

Semalam juga aku sempat menyelongkar banyak tentang Biomedical. Memang kadang-kadang akan cari masa untuk tahu lebih tentang BioMed untuk bina keyakinan diri aku. Oh sangat excited rasanya bila dalam group BioMedical UIA, ada senior share application untuk sambung Master di pelbagai universiti di UK, Cambridge pun ada, siap dia cakap, 'the scholarships are for Malaaysian only'. Wah, teruja ok! Ya, di UK, bidang BioMed ini sangat luas! Itu cita-cita aku!

Dan, ini langkah dan permulaan pertama. Ya Allah, berikanlah aku kejayaan :)

Moga aku rajin berusaha ke arah kejayaan itu, bukan hanya mengharap kejayaan itu datang bergolek. Janganlah aku melayan perasaan malas hasutan syaitan itu!

Kalau umi dan abah yakin dengan aku, kenapa aku tak boleh yakin dengan diri sendiri. Aku harap sangat aku jadi seorang kakak yang tabah macam adik-adik aku sebab aku ni memang lembik sikit.

Yes, i need motivations a lot! Dalam gambar di bawah ni antara kata-kata motivasi yang aku tampal di board depan meja.


Dan, buku ini juga sangat membantu. Tak rugi baca. Aku pun masih lagi tak habis-habis baca walau dah lama start baca. Hee~~


Dan, kalau aku rasa down lagi, aku akan terus menulis dalam blog. Blog ni macam tempat aku remind diri aku. Jangan la rasa annoying ye baca nanti.

Ya, sekali lagi, guna kata ganti diri 'aku' supaya aku rasa lebih 'feel' menulis.


notakaki :: Aku paling benci bila orang kata, "Score tinggi-tinggi pun bukan boleh dapat kerja". Habis tu baik kau berhenti belajar je kalau just nak dapat pointer 1 lebih. Habiskan masa dan tenaga je.

notakaki :: Buat Dijah yang tanya Kak Tirah tentang tu, insyaAllah, usaha sikit dapat la tu. Pointer sekarang dah sangat tinggi untuk dapat masuk Dentistry. Sama-sama berjaya ye dik :)

7 sila..silakan komen..:

Athirah I. said...

wahhhhhhhhhh.. isna athirah pun ada?? terharu :') :B

athirahariffin said...

ya, nama dia pun ada. ingat lagi kan aku sedih n down sangat masa ni then mu nasihat aku gini.

maso mulo2x tepek kat board, rama tanyo, sapo isnaathirah. so lagi tanyo, gapo maksud kata-kata tu. mace ak la mulo2x x pehe gapo maksud dia.

luv u! remember our aim ok!

Afifah Rahimi said...

bittaufik wannajah,tirah..faham itu rezeki.mg Allah mengurniakn rezki kpd kita even cara yg kita sndiri x expect.truskn mujahadah..doa jgk org kt sini..:D

athirahariffin said...

aaaaaaaaaaaaa..... rindunyooo ko si pipah tinggi... :)

doakan orang di sini kuat ye pipah. selalu sgt lembik nik. hehe.

moga orang di sana berjaya pulang dgn gelaran dr ye!

doakan trah juga hebat mace pippo!

cik.furas said...

"baca dan faham. soal faham dan ingat itu milik ALLAH"

rasa terkesan lah ayat nih, nok curi bleh?? heee

athirahariffin said...

baca dan usaha la farah. haila~

amik la, ak just share kata2x senator mumtaz hok menusuk kalbu ak :)

cik.furas said...

ngeh3.. typing error

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com