Umi, abah dan adik-adik datang ke UIA semata-mata untuk ambil kakak (err dan barang2x), dan terus kami sekeluarga bercuti jauh nun di utara sana. Alhamdulillah wa syukurillah.
Sampai di rumah malam hari Jumaat. Petang Sabtu, menerima berita kematian ibunda seorang sahabat. AllahuAllah... terkejut sangat. Rasa baru je kami sekelas melawat ibunda dia di Terengganu hari tu... Ibundanya meninggal di HUSM, Kelantan. Bila terima berita sedih tu je, terus mesej sahabat-sahabat yang ada kat Kelantan ni. Dan, terus ajak adik ke HUSM. Dengan harapan, dapat bagi kata-kata semangat dan penguat buat sahabat ini.
Pertama kali kaki ini melangkah ke Unit Forensik HUSM. Pertama kali berada di bilik mayat. Melihat dengan mata sendiri ibunya kaku terbaring...
Sungguh, kematian itu satu peringatan buat yang hidup ni. Terfikir masa tu, bila-bila masa je aku yang akan mati kan...
Sahabat yang tersayang ini kehilangan ibunda yang tercinta. Berat ujian yang diterimanya, tapi ujian yang berat buat insan yang hebat dan Allah sayang kan. Takziah buat dia sekeluarga. Moga ibundanya tenang di alam sana. Semoga allahyarhamah ditempatkan di kalangan para muttaqin. Moga dia dapat jadi anak solehah yang dapat jadi hujah dan bekalan buat ibundanya di akhirat kelak.
Al-Fatihah (mohon sedekahkan buat allahyarhamah).
Mendengar berita orang kehilangan ibu, insaf. Kita yang ada umi abah yang sangat baik ni, kena la bersyukur dan hargai mereka sebaiknya kan. Moga Allah bagi kekuatan pada saya adan adik-adik untuk jadi anak yang soleh dan solehah buat umi abah.
Buat diriku dan juga adik-adikku, selagi mana umi dan abah ada bersama kita, hormatilah dan berbaktilah pada mereka sebaiknya. Cuti panjang ni, masa kita untuk balas jasa mereka (walau tak leh pun nak balas jasa mereka yang menggunung tinggi tu). Tengok muka ibu bapa pun dapat pahala, apatah lagi berbakti pada mereka. Jadi anak yang soleh dan solehah, moga kita jadi hujah dan bekalan buat umi dan abah di akhirat kelak.
Bantu kami Ya Allah untuk menyayangi umi abah kami hingga Engkau jemput kami atau mereka kembali.

"Tidaklah seorang anak yang soleh apabila melihat ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang, melainkan Allah akan menuliskan untuknya bagi setiap pandangan tersebut dengan pahala haji mabrur"
[Hadith Riwayat Al-Baihaqi]
Bantu kami Ya Allah untuk menyayangi umi abah kami hingga Engkau jemput kami atau mereka kembali.
.......berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa
[ Al-‘Ankabut:8] [Al-baqarah:83] [Al-An’am: 151]
Love
kakak.
kakak.
1 sila..silakan komen..:
Makayah..
Insan yg tiada tandingan..
jom berbuat baik kpd mereka.^_^
Post a Comment