Friday, June 14, 2013

zina


"Cikgu, kalau dah lebih sebulan tak datang period, kira mengandung ke cikgu?"

Persoalan yang ditanya oleh anak murid umi pada umi. Allahurabbi, bila umi cerita benda ni sedih sangat. Budak ni tak buat HCG test pun, takut kot. Dia tanya umi sebab nak cerita dan luahkan perasaan pada umi. Budak ni terlanjur. Allah.. sedih :(


"Saya takut cikgu, rasa nak gugurkan anak ni."


"Baik saya mati je cikgu. Rasa macam nak bunuh diri"

Kata umi, bila kita dah buat dosa zina, jangan pula ditambah dengan dosa membunuh zuriat sendiri. Kata umi lagi, azab neraka dan azab kubur tu lagi teruk. Tapi, Allah Maha Pengampun, bertaubat, tu jalan terbaik.

Nasihat demi nasihat umi berikan. Saat umi cerita kat saya dan adik-adik, terfikir, teruknya remaja sekarang ni. Betapa 'ignorance'nya aku, duduk di UIA, dah la biah (suasana) baik, tambah lagi dikelilingi orang baik-baik. Tapi realitinya, inilah yang berlaku kat rakan-rakan yang sebaya denganku.


"Cikgu, saya tak pregnant. Dah datang bulan"

Ya, budak tu tak mengandungkan anak 'teman lelakinya', tapi we have to accept the fact that budak tu dah terlanjur... atau dengan kata lain, BERZINA!


Zina. Zina. Zina.


Dosa. Dosa. Dosa.


Umi cerita, budak ni dari keluarga yang bermasalah. Ayah, ibu, kakak dan abang semua bermasalah. Hmm tak boleh kita nak judge dan blame budak ni kan. She is from differet background and surrounding, being raised up from different family. Sebab tu kata, we cannot judge a person. Yes, hate the sin, not the sinner. Dan kita tak layak pun mengutuk budak ni kan. Pity girl she is. Mari doakan yang terbaik buat adik ni (even saya tak kenal pun siapa dia).


Resolusi dari cerita umi hari tu, kalau remaja kita ni fikirkan dosa pahala, tak mungkin akan terjebak dengan zina ni, dan tak akan pernah membuka jalan ke arah zina ni kan.


Itu hanya satu cerita dari banyak lagi cerita yang berlaku kat sekolah umi. Itu baru kat

sekolah umi. Kalau campur seluruh Kelantan, kan banyak tu. Nak banyak lagi, campur semua kes zina seluruh Malaysia ni.

This is the reality. Orang yang ignorance macam aku ni je yang tak tahu kisah-kisah macam ni berlaku setiap hari :(


Allah. Takut sangat kalau benda ni (zina) jadi benda yang biasa di mata masyarakat.

ZINA bermula kerana TIDAK menjaga MATA.. bermain "perasaan" -> SMS, kemudian berpegang tangan -> berpeluk-peluk -> berciuman and next ZINA! GAME OVER! SYAITAN WINS!


Gentarlah pada firman-Nya ini yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Surah al-Isra' 17: 32)


Jagalah diri kita, adik-beradik kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, masyarakat kita, negara kita...... banyaknya kan tanggungjawab. Kita ni boleh lagi senang-lenang hidup tak fikir langsung masalah ummat.


Buat sesiapa yang terbaca post ni...


Adakah kita nak membina mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idaman kita nati? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?


Jom sama-sama jawab soalan ni. Dah besar dah semua kan, boleh fikir sendiri :)

Dan, saya harap, saya tak lagi hidup dalam dunia saya sendiri. Rasa baik dan indah sangat dunia kita, saat orang lain terkapai-kapai dalam dosa. Dunia ini ada satu sahaja, bukan dua. Jadi, kita kena belajar untuk hidup di atas bumi yang sama, di bawah langit yang sama. 


Salam sayyidul ayyam. Jangan lupa baca Surah Al-Kahfi ye :)

2 sila..silakan komen..:

Rintihan HambaMu said...

Allahurabbi..
inilah realiti..
kisah masyarakat yg pelbagai.
Moga Allah menjaga kita & membuka hati mereka.

athirahariffin said...

Sedih kan :(

Banyakkan berdoa. Moga Allah jauhkan diri, keluarga dan zuriat kita dari lakukan dosa ni.

Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com