Friday, July 5, 2013

bumi anbiya' yang jauh itu

Khamis, 04.07.2013

Pagi itu... bila buka Facebook, terbaca mesej dari seorang sahabat yang jauh di bumi anbiya' sana.

"Salam. Rah, rampasan kuasa berlaku. Dr.mursi digulingkan oleh tentera. Air mata menitis terus di pipi. Geram teramat 
Hati duk terfikir, senyum lebarkah Bashar saat ini? Gembirakah Israel Amerika dan sekutunya? Sungguh sekular masih bernanah dalam diri orang Mesir.. All i can see are Muslims who are afraid of Islam 
Doakan Mesir..."


Air mata ini menitis. AllahuAllah.. Dulu, pernah conteng di blog ini tentang 'vote for the first time since uprising'. Dan keputusan pilihanraya berpihak pada Ikhwanul Muslimin. Pemimpin dari IM diangkat menjadi presiden. Allah.. tak terkata betapa gembiranya saat itu.


Ingat lagi saat tika Dr Mursi menjadi presiden Mesir, sahabat yang seorang inilah antara yang gembira dengan keputusan ini... dan ramai juga sahabat di Mesir yang menunjukkan kegembiraan mereka pada saya.

Mesir dalam doaku... Kemenangan Islam itu dalam doaku duhai sahabat..


Saya tetap percaya, nusrah Allah tetap bersama orang-orang yang berusaha dan bersabar.

Di sini, ingin saya kongsikan bingkisan hati dari Dr Mursi dan zaujahnya, Dr Najla. Bingkisan ini mungkin buat tatapan diri sendiri masa ini dan pada masa akan datang...

Dan ku berharap, saat ku melihat bingkisan ini pada masa akan datang, aku akan kembali tersenyum melihat bumi anbiya' ini memiliki pemerintah sebaik 
Nabi Yusuf, Nabi Musa dan Nabi Harun. Saatnya akan tiba... percayalah...



[Dr Mursi]


Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,

Keberadaaanku adalah kerana ALLAH mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,

Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan,
Itulah islam bagiku, Kaffah, menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?

Orang-orang miskin di tepi jalan,
Semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada TUHAN yang akan menilai tingkah laku kita,

Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,

Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,

Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,

Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan ALLAH Yang Satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana DIA bersikap tidak pernah meninggalkan Hamba-NYA,
Maka aku hanya berpegang dengan Tali-NYA,

Allahumma, bantulah aku Ya ALLAH, kerana aku membawa Agama-MU,
Allahumma, sentiasalah bersama- samaku ALLAH, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup Kekuatan-MU Ya ALLAH,

Maka aku merasa KAU mencukupi untukku.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!


[Dr Najla]


Di hari-hari yang penuh dengan ujian,

tatkala aku masuk ke dalam bilik,
kelihatan beliau sentiasa sujud memohon pertolongan kepada Allah 
dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya.. 
Apabila dia nak tidur, tangisan itu kedengaran 
walaupun beliau berada di atas katilnya
sehingga basahnya umpama mandi.. 
Demi Allah wahai Dr Morsi, 
nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu 
terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripadaNya 
disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih.. 
Maralah wahai Sang Presiden, 
Demi Allah jika Dia menggoncangkan sungai Nil dan Laut..
nescaya digoncangkan mereka bersama mu..


Saya harap, kita yang jauh ini, jangan pernah lupakan saudara seakidah kita di sana. Sentiasa doakan mereka dan amalkan Qunut Nazilah, ikut sunnah Rasulullah.


Moga lantunan Qunut Nazilah dan titipan doa tidak putus dari setiap umat Islam seluruh dunia buat mereka yang terpilih untuk diuji disana.


Ya Mesir itu jauh.. Tapi dekat di hati.. Entah kenapa...

Allahummansur ikhwanana fil Misr!



notakaki :: Nama Najla cantik kan. Maksud pun elok : yang bermata elok, yang baik keturunannya. Cop buat nama anak ni hihi. Nama isteri seorang pejuang di jalan Allah yang saya sangat kagumi :)

notakaki :: Phone rosak :( Mohon pada sesape yang banyak duit sponsor beli phone ok. S3 ke Galaxy Note pun ok heheh.

2 sila..silakan komen..:

Afifah said...

Mursi hua raiisi..
Mursi,dia tetap presiden kami..

Makin sayangkn bumi Mesir.bumi anbia'.bumi yg penuh dgn tarbiah utk kami.

Moga ALLAH sntiasa jaga bumi Mesir,Malaysia dan seisi dunia.

athirahariffin said...

pipah, kami yang jauh ni pun sayangkan dia...

untungnyaa dapat belajar di bumi anbiya' kan.. jeles (jeles benda baik takpe kan)

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com