Wednesday, August 24, 2011

ulser mulut

Pernah kena tak? Sakit kan?

Kalau tak tahu apakah ia, silalah cari kat google ye. Geli sikit ulser mulut ni.

Dalam Ramadhan kali ni, rasanya dah dua kali kena. Sakit taw. Biasanya dalam setahun pun jarang-jarang kena, tapi kali ini, dalam sebulan, 2 kali kena. Masa mula-mula time awal Ramadhan. Dan kali ini, nak masuk akhir Raamadhan ni.

Masa mula-mula hari tu (ni first time kena masa dok kat rumah), jadi abah bagi kapas bersama dengan Oral Aid, tapi macam tak berkesan sangat. Masa tu Bonjela tak ada.




Beberapa hari lepas tu, masih tak sembuh-sembuh lagi. Cumanya, mujurlah ada Bonjela masa ni.


Tapi, abah pesan, kumur mulut dengan air garam. Yaaaaaaa, malas sangat. Tu yang sakit sampai berhari-hari tu. Bila dah bengkak sangat tu, barulah nak dengar. Barulah berlari-lari ke dapur dan buat air larutan garam untuk berkumur. Itulah padahnya degil!

Tapi memang berkesan la kumur mulut dengan air garam ni, rasa bersih je mulut. Abah cakap buat ni untuk kita bunuhhhhh je kuman-kuman dalam mulut tu. Tak cukup serang kuman tu dengan Bonjela atau Oral Aid je.

Satu lagi benda yang dok bermain dalam fikiran saya ni, bolehkah pakai si Bonjela time puasa ni hah?

Sebab malu bertanya, saya tak tanya orang. Tu yang sesat tuh. Tu yang sakit sampai berhari-hari sakit dan makin membengkak sebab masa time puasa, saya tak pakai, cuma pakai waktu malam sahaja. Sebab apa? Sebab saya ingatkan ia akan membatalkan puasa saya.

Sebenarnya, satu tabiat saya bila buka Facebook ialah berjalan-jalan di page Ustaz Azhar Idrus. Satu hari, terjumpa juga jawapan ni. Ada yang bertanya di page ustaz dan alhamdulillah, ustaz sempat jawab soalan tu.

Ini jawapan kepada persoalan saya tu.


Ustaz cakap, boleh! For those yang kena ulser mulut time puasa ni, no need to worry anymore.

Itu je sebenarnya nak share :)


notakaki :: Banyak lagi sebenarnya benda yang aku jahil kan.

notakaki :: Jatuh cinta dengan Nouman Ali Khan. Bukan dia, tapi dengan kuliah dia. Carilah kat You Tube kalau nak tahu siapa dia. Antara kata-kata dia yang saya suka ialah,

"Islam is not about ‘we’re better than you’. Islam is about ‘let me show you something that is better for you’.

Monday, August 22, 2011

teruskan dan teruskan!


Hari tu dengar ceramah Ustaz Zaharuddin (tengok kat YouTube je). Ustaz ada cakap, doa paling baik untuk diamalkan dan diminta pada bulan Ramadhan ialah doa minta keampunan dari Allah, seperti yang dibawah,


Lebih-lebih lagi masa qiamullai di 10 malam terakhir. Andai kita tahu masa itu malam lailatulqadar, seharusnya doa inilah yang diminta.

Lepas tu ustaz cakap, ramai sangat manusia sekarang ni, tak minta pun doa untuk beroleh keampunan. Ramai yang minta hal duniawi je. Walhal, beroleh keampunan Allah tu lah benda paling berharga.

Ustaz cakap lagi, ramai orang sekarang, even minta keampunan dari Allah, tak bersungguh pun. Even masa solat taubat pun, tak ramai yang mampu menitiskan air mata bila mengenangkan dosa-dosa mereka.

Kadang-kadang kita istighfar memohon ampun, namun air mata kesal tak juga jatuh.

Kadang-kadang terfikir, kerasnya hati aku kan?

Ustaz cakap, tak ramai yang tahu betapa pentingnya keampunan Allah sebab tak ramai yang bayangkan macam mana azab kubur dan azab neraka. Andailah kita tahu bagaimana azabnya, nescaya setiap saat kita menangis kan.

Ustaz cerita, ada sekali dia pergi luar negara (tak ingat nama apa, pelik sangat). Lepas selesai ceramah, student-student kat sana bawa ustaz melawat satu muzium ni. Kat muzium ni, dia tunjukkan seksaan kepada pesalah-pesalah di zaman yang lampau. Ada satu hukuman ni, digergaji kemaluan pesalah hinggalah sampai ke kepala, dan akhirnya badan akan terbelah dua. Rasionalnya hukuman ni, untuk si pesalah seksa dulu sebelum mati.

Masa dengar kan, takutnya rasa.

Tapi, itu baru hukuman dunia, hukuman ciptaan manusia. Dan manusia yang menerima hukuman tu pun akan mati. Di neraka, seksaan yang bakal diterima lagi dasyat, lagi pedih. Tak terbayang dek akal. Lagi satu, manusia tak akan pernah mati. Akan terus menerus menerima hukuman. Akan diseksa dan diseksa.

Kadang-kadang, kita buat amalan-amalan, tak rasa menyentuh hati, orang kelantan kata, tak rasa 'gha'.

Pagi tadi, ex-roomate, Najah Solihah berkongsi di facebooknya. Dia berkongsi apa yang didengarnya di slot Fikrah Ramadhan di MHI, penceramahnya Ustazah Laila Aniza.

"Ustazah sebut 4 perkara yang Nabi galakkan sepanjang akhir Ramadhan: zikir, istighfar, mohon lepas dari neraka n mohon syurga Firdaus. Kalaupun kita tak rasa 'gha' waktu istighfar, teruskan zikir dan istighfar, sesungguhnya Allah ni Maha Penyayang. Lama-lama, Dia akan campakkan jua kemanisan dalam hati kita, asalkan kita istiqomah dan ikhlas."

Ya, Teruskan dan teruskan. Lama kelamaan, Dia akan mencampakkan kemanisan itu. Walau masa solat taubat, istighfar, zikir, kita tak mampu nak rasa 'gha', tak mampu nak menitiskan air mata ini, teruskan!

Terima kasih sahabat :)

Cukup bermakna! Marilah kita menjadi hamba yang istiqomah dan ikhlas melakukan amal. Nescaya, akan beroleh kemanisan cinta hakiki dari Dia

"Wazakkir Fai'nnaz Zikra Tanfau'l Mu'miniin"
[Az-Zariyat:55]
~Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman.~


notakaki :: Hari ini kena mula beli barang, esok pagi dah kena start buat kuih raya. Yahuuu~~ Selama ni susah nak buat sebab tak cuti kan, sekarang ni, senang la, masa lapang berlambak. Kena buat awal sebab hari Khamis ni akan bertolak ke KL sudaaa.

Sunday, August 21, 2011

sayonara jahiliah ♥

Petang ni rasa nak share video ni. Comel sangat la video ni. Nok mamoh braso!

Jom tengok!


Ustaz cakap, maksiat menggelapkan hati. Sarah takut hati dia gelap. Dia nak berubah.

Sarah tak dating lagi. Sarah tak gayuting lagi. Sarah tak selalu facebooking. Sarah tak listening to music always. Sarah dah start usrah-ing :)

Terima kasih ustaz ♥

Terima kasih usrah ♥

Terima kasih Allah ♥


A very short update from me! Ok, sudah, sudah, kena masuk dapur ye! Kang tak berbuka orang hari ni.


notakaki :: Thanks to najah sebab dengar luahan hati tadi. Thanks for the advice dear :)

notakaki :: Anda rasa tak pagi ni kan, matahari terik pagi ni, tapi tak rasa pun panasnya. Kan, kan. Apapun, teruskan memburu malam itu :)

Saturday, August 20, 2011

please, donate!


PLEASE WATCH THIS! Tolonglah mereka. Meja kita penuh makanan, ada orang kebuluran. Cuba bayangkan macam mana saudara seakidah kita di Somalia berbuka. Kita, hari-hari makan makanan sedap, lauk dua tiga jenis atas meja, siap ada pencuci mulut lagi. Mereka? Sedih sangat kan.



Hulurkanlah bantuan. Senang je, ambil no akaun ni, pergi bank dan masukkan duit.

562142708704 (Maybank) atau 12590000804058 (CIMB)

Rasa terpanggil untuk berkongsi lepas lihat kesengsaraan mereka ni. Lebih-lebih lagi, bila fikirkan saudara Muslim kita di sana. Lagi-lagi sekarang ni bulan pose dan menjelang Syawal dah ni.

Jadikan sedekah itu satu amalan. Ambil berkat bulan Ramadhan ni bantu mereka. Dalam satu hadith, dikatakan sifat kedermawaan Rasulullah pada bulan Ramadhan ni melebihi angin yang berhembus.

Boleh tekan SINI untuk ke page Islamic Relief Malaysia, badan yang bertanggungjawab mengutip derma untuk Somalia.

Juga boleh ke page
INI. Saya dapat tahu tentang ini di page inilah.


notakaki :: Tengok ayat 261 Surah Al-Baqarah untuk motivatekan diri anda untuk menderma. Pelaburan akhirat ni :)

notakaki :: Dapat mesej dari kawan yang masih berada di CFS IIUM, katanya, Ustaz Muhadir, guru talaqqi di CFS IIUM suruh fokus ibadah more on malam ke 21, 27 dan 29. Lipat gandakan ibadah. Orang alim dapat instict lailatul qadr will be on that day.
Allahumar zuqnal lailatul qad fi hazihis sanati wa fi kulli sanah.

Friday, August 19, 2011

moga doa ini dimakbulkan


Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya,
"Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?"

Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "


Menurut artikel yang ditulis oleh Tuan Guru Dato' Dr Harun Din INI (please, please, please, click, read it and grab the points), doa yang paling utama untuk dibaca pada bulan Ramadhan ialah doa yang seperti dibawah,


“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Pendek doanya, tapi maknanya sangat dalam. Moga Allah makbulkan doa kita. Sila la hafal :)

Allahumar zuqnal lailatul qad fi hazihis sanati wa fi kulli sanah. Ameen


notakaki :: Jom tengok video INI. Tengoklah, tak rugi pun masa 7 minit anda tengok video ni. Pengacara Law Kana Bainana hos dalam video ni. Berkisar tentang syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak. Banyakkan selawat pada Baginda di sayyidul ayyam yang mulia ini :)

Thursday, August 18, 2011

17 Ramadhan


Hari ini, masuklah sudah 18 Ramadhan. Cepat sungguh kan masa berlalu. Kalau ikut, hari ni kena masuk juz 18 dah. Yang tak masuk lagi tu sempat lagi la nak kejar. Kejar, jangan tak kejar. At least khatam 1 kali Quran Ramadhan ni ye.

Memetik kata-kata Uthman bin Affan yang saya baca dalam majalah Solusi, "Kalau hati kita bersih, kita tak akan pernah kenyang daripada al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca al-Quran padanya"

Haaa, tajuk tu bukannya silap taip ye, tapi memang nak cerita tentang 17 Ramadhan.

17 Ramadhan, Kelantan cuti. Sebab apa? Mesti ramai yang dah tahu kan, hari ini ialah Nuzul Quran. Memang tarikh turunnya Quran ni berlaku khilaf di kalangan ulama', ada ulama' yang menyatakan pada 17 Ramadhan, ada juga yang berpendapat bahawa ianya berlaku pada malam Lailatul Qadar, iaitu antara 10 malam terakhir. Ini apa yang saya dapat grab melalui ceramah Dr Asri di Qaryah Ramadhan pada 17 Ramadhan hari tu la. Ini dia video ceramah Dr Maza pada malam itu, KLIK SINI.

Ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, tapi bulan di mana turunnya Quran. Jadinya, meh la kita banyakkan baca dan tadarus Quran ye.

Satu lagi peristiwa besar yang berlaku pada 17 Ramadhan ialah peristiwa perang pertama yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar Kubra, yang berlaku pada tahun ke 2 Hijrah. Kalau kita tengok balik sirah, ibadah puasa difardhukan ke atas umat Islam pada bulan Syaaban tahun ke 2 Hijrah. Dan, pada bulan Ramadhan di tahun yang sama, umat Islam berperang menentang musyrikin dan memperoleh kemenangan.

Semua pun tahu, jumlah tentera Islam sangat sedikit, iaitu hanya 313 orang jika dibandingkan dengan tentera Quraisy iaitu sebanyak 1300 orang. Walaupun tentera Islam sedikit, namun dengan rahmat Allah pasukan Islam menang. Allah menurunkan pasukan malaikat untuk membantu mereka. Allahuakbar, hebatnya percaturan Allah!

Nak tahu lebih, sila banyakkan pembacaan anda ye. Sila rajinkan diri dengar ceramah dan baca buku berkenaan sirah nabi ye :) Pernah dengar seorang Ustaz ni kata, "Remaja muda mudi zaman sekarang ni tak tahu kisah perang Badar ni, yang dia tahu kisah movie-movie Barat" Lepas dengar, ketuk kepala sendiri. Hee~

17 Ramadhan di Qaryah Ramadhan

Alhamdullillah, pada malam 17 Ramadhan, sempat berbuka puasa dan berterawih di Qaryah Ramadhan.

Malam tu jugak, ada program 100 kali khatam Quran. Haa, nak tahu macam mana 100 kali khatam Quran ni. Malam tu, Quran dibahagikan secara percuma pada 3000 jemaah yang hadir. Setiap Quran tu dah ditandakan kita akan baca juz yang mana, Contohnya, Quran yang saya dapat, bertanda juz 29. Maknanya, kena habiskan baca juz 29 tu la. Setiap orang akan baca 1 juz, dan setiap juz akan ada 100 orang yang membacanya. Jadi, bila 3000 orang yang membaca setiap juz dari 30 juz, akan khatamlah 100 kali Quran.

Ramai sangat yang hadir pada malam tu. Rasanya ada dalam 5000 orang. Mujurlah sempat masuk dalam khemah tarawih yang ada air cond tu, kalau tak memang kena solat kat atas jalan (ada je diorang bentang tikar).

Malam tu jugak, jumpa adik. Adik datang dari MTS. Tu pun jumpa lepas habis solat tarawih masa nak cari selipar. Hehe. Rasanya, semua budak asrama dari sekolah YIK (Yayasan Islam Kelantan) hadir pada malam tu sebab nampak pelbagai jenis baju outing asrama. Teringat pulak zaman sekolah. Kalau ada event keluar ramai-ramai dari sekolah memang happy la.

Honestly, memang suka lihat biah Ramadhan di Qaryah Ramadhan, especially malam tu. Masa baca Quran ramai-ramai tu kan, nak nangis pun ada. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab suka tengok suasana macam tu tambah lagi ribuan orang baca Quran at the same time. Menurut Dato' Takiyuddin juga, ada yang sanggup datang dari jauh untuk merasa suasana di Qaryah Ramadhan pada malam tu. Ada dari pahang, siap naik keretaapi satu family lagi. Ada yang datang jauh dari Singapura.

Pada yang tinggal kat Kelantan tu. Rasanya masih tak terlambat lagi untuk anda datang ke Qaryah Ramadhan dan merasa biah Ramadhan di sini. Heeee~



Moga Allah kekalkan pemerintahan Islam di bumi Kelantan ini.


notakaki :: Gambar diambil di page Qaryah Ramadhan.

notakaki :: Petang kelmarin pergi KK Home Deco. Allah, memang banyak sangat benda cantik, especially bunga-bunga kat floor paling atas. Mujo la aku ni tak kayo, kalau tak aku ambik je semua.

Monday, August 15, 2011

dari kakak buat Imran


Umi : Imran ada bagi mesej. Kakak baco la..

Kakak : Nok tengok, nok tengok! (Terus grab phone umi dan baca).

Mesejnya,

Ketika ditanya akan apa yang boleh umat Islam seluruhnya lakukan untuk Palestin, bangun seorang pemuda Palestin dengan yakin berkata, "Kami tak perlukan makanan, pakaian dan sebagainya. Kami hanya mahu pemuda pemudi Muslim dipersiapkan dengan tarbiyah yang cukup". That's what Imran can recall from an underground talk by a senior from UK to some fellow friends. Umi doakan Imran jadi Muslim yang berguna deh. Sayang Umi.

*********************

Sungguh, mahu menitis air mata seorang kakak. Imran, i did praying the same thing as what you wish.

Pagi tadi masa menuggu azan Subuh, kakak tengok Law Kana Bainana. Dalam cerita tu, ada temuramah bersama seorang pramugari yang baru peluk Islam. Bila ditanya apa pandangan tentang Nabi Muhammad sebelum dia masuk Islam, katanya, dia menganggap Nabi Muhammad merupakan seorang yang kejam yang memegang pedang untuk membunuh musuh.

She said that, she had many Muslim friends, but no one from her Muslim friends tried to tell about the beauty of Islam to her, no one told her about the one that we love, Prophet Muhammad. She was crying at that moment. It touched my heart. What can i recall is, befriend all kinds of people, dont judge them, but try to tell about the beauty of Islam to them.

Betapa kita sebagai Muslim, tak pernah nak sebarkan Islam. Bila melihat orang non Muslim, hati kita kata mereka ni orang kafir dan akan masuk neraka, tanpa pernah terfikir untuk sebarkan kebaikan Islam.

Satu lagi yang buat kakak sebak, bila dia kata, semua umat Muhammad, tak kiralah dia jahat atau baik, semuanya mahukan syafaat baginda. Tapi tak malukah kita, meminta syafaat Baginda tanpa kita pernah buat sesuatu untuk naikkan Islam, tanpa kita pernah terdetik pun untuk menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah. Allah, kakak rasa macam kena tembak masa ni.

I found this video in my lappy that i've downloaded it on YouTube, and i hope you can spend your time to watch this vid!


Moga menjadi insan berharga buat ummah!

Good Luck for the test today. Moga berjaya dengan cemerlang dan moga Allah kabulkan impian Imran untuk ke US. I will keep praying for you!

Love you my dear brother


notakaki :: Half time of Ramadhan. Cepatnya masa berlalu~

Sunday, August 14, 2011

buka puasa


Hari Jumaat, buka puasa rumah mek dan ayoh di Telipot. Belah umi. Bawa nasi kerabu dan puding karamel dari rumah dan makan di rumah mek. Mek dan ayoh duduk berdua je. Sedih kan, hujung minggu baru sempat kami melawat mereka. Umi cakap, nanti umi tua-tua pun macam ni jugak. Sedih tetiba~ Sebab tu la saya berazam nak tinggal di Kelantan walau dah punya keluarga sendiri. Doakan eh!

Hari Jumaat jugak, berlaku satu peristiwa yang sangat membuat hati saya sebak. Sebelum bermulanya kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu, ada seorang non-Muslim minta untuk masuk Islam kepada penceramah (biasanya Tok Guru, tapi hari tu Tok Guru tak datang, penceramah hari tu Ustaz Nasaruddin, speaker parlimen Negeri Kelantan).

Sebak. Kali pertama melihat non muslim mengucapkan syahadah di depan mata. Moga Allah meberkati muallaf itu. Alhamdulillah, Allah bagi dia hidayah, dan kita, jangan pernah putus berdoa agar selalu diberikan hidayah dan taufik olehNya.

Moga Allah makbulkan doa yang dipetik dari Surah Ali-Imran ayat 8 ini,

Rabbana la-tuzigh qulubana ba'da idh-hadaytana wa-hab lana mil-ladunka rahmah, innaka antal-wahhab
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"

Hari Sabtu, bercadang nak buka puasa di rumah Mok. Belah abah. Dari tengahhari sampai petang shopping di KB Mall, shopping barang-barang untuk Amir bawa ke Kanada sebenarnya. Sambil menyelam minum air la, shopping barang raya sekali. Ramai sangat orang!

Tak sempat masak. Beli lauk je. Ini first time dalam bulan Ramadhan makan makanan bukan air tangan sendiri. Eh, second time kot, sebab ada sekali tu berbuka di Qaryah Ramadhan :)

Tapi, dalam bulan ni, tak sempat lagi buka puasa dengan Imran. Dia memang tak boleh buka puasa di rumah Ramadhan ni. Pelajar KMB dibenarkan balik 26 Ramadhan, masa tu kami akan bertolak ke KL untuk hantar Amir, yang akan bertolak ke Kanada 28 Ramadhan. Tiba-tiba aku jadi sebak. Umi cakap, memang tak sabar nak raya, tapi bila fikir balik nanti raya Amir dah tak ada di Malaysia.

Inilah bila semua dah besar. Dan hari ke hari kita akan makin besar, bukan makin kecil. Aku rindu suasana berbuka dan bersahur masa kecik. Rindu suasana Ramadhan masa kecik-kecik dulu.

Dan, buat adik-adikku, betapa umi selalu sebut tentang kalian padaku, dan doaku moga kalian jadi penyejuk mata umi abah.


notakaki :: Lagu Welcome Ramadan by Mishary Rashid sangat menyentuh hati.

Tuesday, August 9, 2011

what others think about you is none of your business


If having others believing in you and your dream was a requirement for success, most of us would never accomplish anything.

Quit worrying what people think about you and follow your heart.

I like Dr. Daniel Amen's 18/40/60 Rule:
When you're 18, you worry about what everbody is thinking about you,
when you're 40, you don't give a darnwhat anybody thinks of you,
and when you're 60, you realize nobody's been thinking about you at all.

Surprise, surprise! Most of the time, nobody's thinking about you at all!

Yes, they are too busy worrying about themselves, not about you!

******************

I quote this from a book entitled 'How to Get from Where You Are to Where You Want to be'.
A lot of times i read this book, the 'ahha', 'yup', 'meme pon', 'betul,betul' words always being uttered by me, showing that i agree with the statements. I suggest for those who have a very low confidence level and do not believe in themself, grab this book and read!

Monday, August 8, 2011

mengapa aku dalam neraka?


Alhamdulillah, Allah masih rezekikan kita untuk berada dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Pagi ini, terbaca satu artikel yang dikongsi oleh page INI. Artikel yang sangat menarik. Muhasabah diri di pagi hari. Saya panjang-panjangkan artikel ini. Moga ada manfaatnya.

**********************

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?

Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)

Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."

Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?

Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.


notakaki :: Lakukan segalanya ikhlas kerana Allah, bukan untuk mendapat pujian dan sanjungan manusia yang langsung tak ada manfaatnya. Biarlah Allah sahaja yang menilai amal baik kita dan apa yang ada dalam hati kita. Biarlah kita dicaci, dicerca orang. Allah, terimalah segala apa yang aku lakukan sebagai ibadat padaMu Ya Rabb!

Friday, August 5, 2011

HAI ♥ Bicara Selebriti 2011


Bak kata Siti, program ni memang berbaloi-baloi! Program ni diadakan di Balai Islam pada 30 Julai 2011 yang lepas. Saya dok sana bersama dengan Shikin dan Kak Pujah. Kat sana juga, jumpa ramai sangat Naimians! Huhu~~

Bual bicara yang sangat sempoi, tapi sangat berilmiah. Memang berbaloi datang. Secara peribadi, saya tersentuh sangat dengan kisah penghijrahan Sham Kamikaze dan dia menceritakan kekuatannya adalah doa. Sungguh, betapa mahalnya hidayah Allah. Juga, terkesan yang amat di hati apabila Kak Wardina mengatakan kekuatannya adalah Al-Quran dan dia akan bawa ayat cinta Allah ini ke mana sahaja dia pergi. Masa forum tu pun dia masih bawa Al-Quran. Satu habit yang boleh dipraktikkan. Satu lagi, sangat tersentuh hati dengan nyanyian Ustaz Hasrizal yang diiringi alunan merdu muzik dari Sham Kamikaze. Bukan sebarang nyanyian, tapi ianya adalah petikan dari kata-kata akhir pejuang Islam, asy-Syaheed Sayyid Qutb sebelum meninggal dunia.

Oklah, tak nak ulas panjang-panjang. Cumanya nak linkkan beberapa artikel yang diulas sendiri oleh selebriti yang hadir pada malam tu.

Dr Asri Zainal Abidin - Kelantan : Sederhana dan Mendidik
Amin Idris (Moderator) - Kelantan Menongkah Arus

Lagi satu, tadi baru terjumpa video ni kat YouTube! Pada yang tak berkesempatan datang, silalah tengok. Best! Tak rugi anda tengok.


Terima kasih pada Kerajaan Negeri Kelantan, terima kasih penganjur serta AJK yang terlibat!


notakaki :: Ramai pakai baju kuning hari tu. Lupa pulak hari tu hari Sabtu :)

notakaki :: First time ke Qaryah Ramadhan semalam. Ramai orang datang. Sampai tak cukup tempat solat. Indah sangat suasana. Bi'ah Ramadhan memang kuat terasa.

Thursday, August 4, 2011

Himpunan Remaja Ramadhan

Ustaz Azhar akan bagi tazkirah lepas Asar. Ni yang saya tengok di fb Ustaz Azhar la. Sebelum tu maybe ada program lain kot.

Pada yang tinggal berdekatan dan ada kemudahan transport tu, JOM!

InsyaAllah,. kalau tak ada aral melintang, akan sampai ke Qaryah Ramadhan. Pertama kali ni untuk Ramadhan kali ini :)


notakaki :: Pagi tadi dengar tazkirah dari Prof Dr Muhaya di Majlis Ilmu.com (sila klik, saya dah linkkan). So inspiring! Jom dengar :)

Wednesday, August 3, 2011


Tips Menepis Cinta Remaja

1. Tegas dengan prinsip diri.
2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.
4. Mengekang hawa nafsu.
5. Mendekati majlis ilmu.
6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.
7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.


*****************


Tertarik dengan status FB Ustaz Zahazan,

‎"4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah."
Riwayat al-Baihaqi



notakaki :: Bukan jual mahal tapi aku ada prinsip diri.

notakaki :: Jom ke Qaryah Ramadhan esok hari. Ustaz Azhar Idrus will be there :)

Tuesday, August 2, 2011

kuatkan aku


Tadi ada status fb sahabat. Dia buat status yang mengatakan ada kawannya baca 10 juz sehari. Bagus status dia. Rasa termotivasi untuk baca Quran lebih.

Subhanallah... hebatnya dia, kuatnya dia, baca 10 juz sehari, 3 hari dah khatam satu Quran! Aku? Hmm...

Kuatkan aku Ya Allah :)

Al-Quran is my bestest friend. Then i should prove it!

Suka dengan kata-kata ni yang aku kutip di blog kak Husna,

Bukan kita beribadah kerana bertuhankan Ramadhan, tetapi kita beribadah bertuhankan Allah. Ramadhan itu sebulan sahaja, sedangkan Allah itu selama-lamanya. Namun, jadikan Ramadhan sebagai bulan tarbiyyah, untuk melatih diri dengan amal soleh yang berpanjangan. InsyaAllah!


notakaki :: Pagi tadi baca Quran dengan Lutfi (dia ponteng sekolah hari ni), adik (MTS cuti) dan eca (kucing aku). Seronok baca Quran ramai-ramai. Rasa lebih kuat berbanding baca sorang-sorang!

Monday, August 1, 2011

ramadhan day 1


Allahumma ballighna Ramadhan. Itulah doa yang sering kita ucapkan agar disampaikan ke bulan Ramadhan.

Alhamdulillah wa syukru lillah! Allah, Allah, akhirnya Allah memperkenakan juga doa kita agar disampaikan pada Ramadhan kali ini.

Sudah satu hari berpuasa. Sudah dua malam kita bersolat tarawih. Alhamdulillah, tarawih kali ini, saya dan keluarga bersolat di surau keluarga belah ayah. Memang surau inilah yang akan keluarga belah abah solat tarawih. Imam dan makmumnya semua keluarga kami. Best kan :) Assobiah molek! Tak po, buleh eratkan ukhuwah, ye dok?

Bagaimana hari anda di bulan Ramadhan ini? Bagaimana dengan bacaan Quran kita? Ingin saya kongsi satu tips yang sangat menarik yang saya baca dalam buku Solusi. Formula untuk kita khatamkan Quran, baca at least 4 page setiap kali selesai solat. Jadi dalam sehari kita akan baca dalam 20 page. Kalau darab 30 hari maknanya 600 page. Quran ada 604 page semuanya. Pandai-pandai la ejas eh! Untuk muslimat tu silalah baca lebih setiap hari sebab anda akan ada 'cuti' berhari-hari setiap bulan. Jadi masa tu dah tak boleh baca Quran dah.

Nak kongsi satu kata-kata yang buat diri ini tersentap jugak.

Imagine you going into a goldmine for a month and stepping out with only silver coins.
That's a shame right?
Maximize your Ramadhan.
Ramadhan Mubarak everybody!

Jom kita manfaatkan dan syukuri Ramadhan ini, agar kita dapat disapa dengan keindahan dan keberkatan Ramadhan. Ramadhan, platform transformasi! :)


notakaki : InsyaAllah nak rajinkan diri hupdate blog. Sila rajinkan diri untuk baca buku jugak ye wahai si athirah yang RAJIN! Sila tambah thaqofah anda. Manfaatkan cuti yang hanya tinggal sebulan saja ni!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com