Salam semua! Moga anda bahagia di hari ini bersama yang tersayang. Walau tak balik jumpa family pun, skype dengan family tersayang pun membahagiakan jiwa raga kan. Alhamdulillah, setelah sekian lama berada di bumi Kuantan, ini kali pertama saya mengupdate blog. Susah sangat nak online kat sini sebab tak ada wireless di mahallah (asrama). Huh, tadi kena jalan kaki dari Tabarri ke kampus sebab bas tak datang. Sangat letih dan panas ok! Pukul 2 petang, tahu-tahu je la cuacanya macam mana.
Cinta umi abah
Genap 22 tahun cinta mereka
Sebenarnya, tergerak hati untuk menceritakan serba sedikit apa yang berlaku sepanjang perjalanan bergelar pelajar di bumi Kuantan ini. Tapi sebelum itu, nak ucapkan Happy Anniversary buat umi dan abah. Pada 5 Oktober 2011, genaplah 22 tahun cinta mereka. Moga berbahagia dan bercinta hingga ke syurga.
Masa wish kat umi hari Rabu yang lalu, bahagia sangat dengar suara umi. Yelah, siapa yang tak bahagia bersama yang tercinta melayari bahtera rumahtangga selama 22 tahun. Moga dikekalkan kebahagiaan mereka. Suka tengok umi abah yang every weekend, pasti berdating berdua-duaan ke taman atau pergi jogging bersama tanpa bawa anak-anak mereka. Almaklumlah, anak-anak semuanya malas bab-bab menyihatkan diri ni. Umi abah siap tanya lagi, "Kakak dok Kuantan tak jogging ko?". Erkkkkk.... Hari tu pergi jogging kena kejar anjing jadi lepas tu jadi malas nak ke taman.
Umi selalu pesan dari dulu, jangan pernah bercinta/bercouple sebelum lafaz akad dan jangan mudah percayakan lelaki yang tak ada ikatan langsung dengan kita. Banyak kesan pada rumahtangga dan juga zuriat. Kerana nasihat ini jualah, alhamdulillah, tak pernah jatuh dalam lembah cinta seorang lelaki yang tak halal. Moga dikekalkan sebegini. Satu lagi pesan yang akanku ingat ialah, terima lelaki yang sayang pada kita, andai datang yang beriman, terimalah. Accept a man that approach your wali, not a man that is trying to approach you. Ok, saya kalau dengar umi abah nasihat bab-bab ni buat saya risau, takut dan terdiam kejap.
UIA Kuantan. Satu tempat yang sangat tenang. Sangat kondusif untuk belajar. Moga aku ikhlas berusaha mencapai cita-cita yang sangat jauh lagi untuk aku genggam. Moga aku kuat mengharungi cabaran sebagai seorang pelajar.
Ingin berkongsi satu perkongsian dari seorang senior tentang ikhlas. Dia menceritakan tentang kisah seorang ulama' bersama anaknya. Satu hari, seorang ulama' ini ingin menguji anaknya. Disuruhnya anaknya itu membuka pintu. Selepas anaknya itu membuka pintu, dia bertanya anaknya, apakah sebab anaknya itu membuka pintu? Adakah diniatkan kerana Allah atau hanya sekadar mendengar suruhan atau arahan seorang bapa sahaja.
Saat saya mendengar tazkirah ini, bermuhasabah diri seketika. Hanya sekadar membuka pintu, andai diniatkan kerana Allah, kita akan mendapat pahala. Inikan pula belajar dan berjuang menuntut ilmu, kalau hanya sekadar ingin mendapat kebahagiaan dunia semata, sangatlah rugi kan. Moga niat aku ikhlas menuntut ilmu keranaNya.
Teringat pesan Senator Mumtaz dalam satu sesi bersama beliau. Nasihatnya, jaga akademik untuk Islam. Satu lagi, memang dah tanggungjawab kita sebagai pelajar, jadi, lakukan apa yang sepatutnya. Jangan pernah kisah jika orang nak panggil kita sivik atau skema. Lagi pesanannya yang akan saya praktikkan, BACA DAN USAHA! SOAL INGAT ATAU FAHAM ITU MILIK ALLAH!
Satu kata-kata Dr Daniel yang diambil dari buku Tip-Tip Cemerlang dari Al-Quran amat menarik minat saya.
"Islam tak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Namun, kecemerlangan dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di AKHIRAT"
Pesan umi dan abah dari dulu ialah, tidur awal dan bangun awal. Sekarang, around pukul 12 tu memang dah tidur. Alhamdulillah, setakat ni dapat merasa suasana pagi yang sangat tenang setakat berada di UIA Kuantan ni. Waktu ini memang sangat sesuai untuk kita meluangkan sedikit masa kita denganNya. Kalau belajar waktu ni pun mudah ilmu nak masuk berbanding kalau saya berjaga sampai lewat malam. Satu prinsip yang saya pegang, "You Snooze, You Lose"!
Perkongsian dari Prof Tariq
Prof Tariqur Rahman nama penuhnya. A handsome and nice guy. Lecturer subjek Biochemistry and The Metabolism of Biomolecules. Satu hari, dia menceritakan pengalaman hidupnya semasa belajar yang sangat buat diri ini rasa termotivasi. Sangat teruja bila dengar cerita masa dia sambung Master dan PhDnya. Moga aku juga merajinkan diri aku untuk belajar sampai ke tahap itu. Cerita yang panjang tapi saya pendekkan sebab malas nak cerita semua.
Satu tips penting untuk skor Biochemistry ialah hafal, hafal dan hafal. Pernah satu masa, seorang pelajarnya datang mengadu tentang Biochem ni sangat susah dan dia tak mampu nak hafal segala chemical structure yang ada. Jadi, Prof tanya dia balik, berapa kali kamu hafal dan lukis balik segala jenis structure tu. Dengan confidentnya dia jawab, 3 kali! Bajet banyak sangat la 3 kali tu. Lepas tu Prof cakap balik,masa dia belajar dulu, untuk setiap structure yang nak dihafalnya, dia lukis balik 50 kali! Wow! Jadi, jangan pernah merungut yang kita ni tak boleh nak ingatla, weak memory la, itu la, ini la, kalau sebenarnya kita tak ada usaha pun nak hafal dan ingat semua benda alah tu. Jadi athirah, sila tabahkan diri kamu hafal semua benda alah tu.
Satu lagi pesanan Prof yang akan saya ingat ialah, kalau kita tak faham, terus tanya! Jangan malu nak tanya. Kalau jenis saya, memang susah nak bersuara dalam lecture hall yang ada beratus orang tu, jadi saya prefer untuk tanya secara personal di office Prof. Terima kasih pada eti sayang sebab temankan saya jumpa Prof.
Prof cakap lagi, jangan pernah kisah kalau rasa soalan kita tu nampak bodoh atau soalan kita tu akan buat lecturer rasa annoyed sebab memang dah tugas dan tanggungjawab seorang lecturer untuk memahamkan kita. Kalau nampak bodoh masa belajar tak pe, tapi jangan pula kita nampak bodoh bila keputusan exam kita keluar kan. Jadi, silalah manfaatkan lecturer anda sepenuhnya ye!
Man Are From Mars, Women Are From Venus
Sedang dalam proses membaca buku yang diberi oleh kawan baik, Isna sempena hadiah hari jadi pada 20 Februari yang lalu. Lama dah dapat buku ni tapi sebelum ni sangat malas nak baca. Buku yang bertajuk Man Are From Mars, Women Are From Venus. Now i know how different Martians and Venusians are! And it make me really afraid to deeply know more about Martians. Huh! Buku ini sangat best ok! Nak buat syarat kalau nak kahwin dengan saya sila habiskan baca buku ni agar lelaki ni dapat tahu dengan jelas psikologi perempuan macam mana. Boleh tak? Hahaha~
notakaki :: Buat eti sayang, sila tabah dan kuat untuk menguatkan aku ok!