Beberapa hari ini, selalu teringat adik-beradik. Balik rumah pun, bukan boleh jumpa, nak skype, susah la jugak. Yang jenis tak online, yang seorang lagi, waktu 7 jam berbeza dari Malaysia, jadinya pengubat rindu bacalah blog mereka ataupun tengok je FB mereka.
Tadi baru register Goodreads untuk 2012 Reading Challenge. Hari ni baru teringat nak register. Lama dah berazam kalau masuk tahun 2012 nak register benda ni untuk motivatekan diri supaya lebih tekun membaca. Azam saya tahun ni nak habiskan baca 24 buah buku. Kan ada cuti after sem 2 ni, jadinya masa tu nak gunakan untuk habiskan target.
Oh ya, sape nak ikut pergi Konvensyen Fiqh Ummah 2012 ? Tiket kalau beli sebelum 15 Januari 2012 (Ahad) hanya RM100 je. Mahal la jugak tapi rasa macam berbaloi je bayar sebab program ni nampak macam best. Saya pun tak beli lagi, setakat ni baru bercadang nak pergi.
Semalam cakap dengan Ummu. The point is, be an optimistic person. Sebab tu letak gambar yang kat atas tu.
Terbaca satu artikel, entah kenapa, sangat suka ayat ini. Saja nak berkongsi,
"Saudari, bersabarlah. Biarlah Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya"
Ok, dah dah. Masa untuk study Epidemiology :)
Doakan saya buat yang terbaik.
notakaki :: Mother's voice and hug are the best medicine in the world.
notakaki :: Cucimata tengok benda yang sangat comel ini. Bestnya kalau pandai buat :)
2 sila..silakan komen..:
kalu mu 24 buah buku,aku kena 25 laa haha, mano bleh kaloh :)
jom cabar mencabar utk kbaikan diri,masyarakat dan negara..!
24 buku tu pun ak takot takot jah aim. takot x sampa target. tp ak kena jugak habiskan target ak ni! woaaa~~
Post a Comment