Sesetengah dari kita, mudah sangat pandang hina pada orang. Orang tu tak tutup aurat, terus tak dekati mereka. Orang bercouple, terus jauhi mereka, takut terjebak katanya. Orang tak solat, terus dikata mereka ini bukan orang yang harus didekati. Mudah sangat pandang hina pada orang. Mungkin mereka ni rasa mereka lebih mulia dari orang lain barangkali.
Kita ni muda lagi, jauh lagi perjalanan kita di masa hadapan.
Jangan pandang hina orang yang sedang lalai, yang jauh menyimpang dari agama. Siapa tahu, kelak dia akan balik kepada Islam dan menjadi lebih elok dari kita. Jangan pandang hina orang yang sedang bergelumang dengan maksiat. Siapa tahu kita yang sering solat lima waktu di surau, masjid, bagaimana akhir usia kita? Hidayah itu rahsia Allah. Kasih sayang Allah melebihi kemurkaanNya.
Teringat kata-kata yang saya pernah baca dalam buku Orang Bijak Berkata : Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa. Tajuk Cara Berprasangka Baik sangat menarik hati saya. Helaian mukasurat 57 dan 58 itu di penuhi dengan kata-kata hikmah dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani.
Ini dia cara berprasangka baik oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani ;
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku".
Jika bertemu orang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan pernah kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia leih baik dariku".
Jika bertemu seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku".
Jika bertemu orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memelukIslam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".
Indahnya akhlak para ulama'. Akhlak kita? Hurmmmm~
"Satu maksiat yang menyebabkan kamu berasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik daripada melakukan ketaatan yang menyebabkan kamu berasa agung, bangga dan hebat (sehingga menjadi ujub)"
~Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari~
notakaki :: Petang ni ke rumah Kak Husna insyaAllah. Barakallahu lakuma, wa barakallahu ‘alaykuma, wa jamaa baynakuma fee khair. Bukan Kak Husna kawen, tapi abang dia hehe :)
2 sila..silakan komen..:
masyaallah...sungguh inda para ilmuan mngamalkan husnu dzon.....
kadang2 kita rasa diri kita lebih hebat dr org lain sedangkn kita sndiri pn tdk mngetahui akan kedudukan kita bila brhadapan dgn ALLAH SWT.....
TERIMA KASIH diatas prkongsian...(n.n)
sekadar berkongsi kandungan dalam buku yang dibaca.
moga beroleh manfaat ^^,
Post a Comment