25 Februari 2012. Hari Sabtu. Dapat mesej dari Imran, "Kakak, beli tiket flight terus balik Kelantan hari ni. Ayoh sakit tenat. Balik cepat takut tak sempat nak jumpa".
*Ayoh itu merujuk pada Atuk belah umi.
Allah! Masa tu ada hal lain. Tak boleh balik dengan segera sebab ada perkara yang mesti diselesaikan dahulu.
Tiba-tiba dapat lagi mesej. "Ire sampäi doh airport KB. Kakak cepat lah balik".
Maghrib baru sampai airport. Memang lewat. Sedih, tak ada direct flight ke Kelantan. Kena pergi Subang atau KLIA dulu. Lagi sedih sebab kalau naik FireFly memang tak sempat untuk saya yang di Kuantan ni untuk naik flight ke Kelantan bila sampai di Subang. MAS pun sama. Dah la tiket MAS tu kan MAHAL kot! Almost RM 800. Tu bukan tiket pergi balik. Mujur jugak ada masalah tiket ni. Kalau tak melayang RM800 tu. Kami ni bukannya orang kaya nak buat macam tu.
Jadi at last naik lah jugak bas. Alang-alang dah lambat baik sampai lambat je. Kalau naik flight sampai malam bukan boleh nak pergi lawat Ayoh yang sakit kat hospital tu terus. Kena jugak melawat pagi esoknya kan. Baik la naik bas sampai pagi jadi boleh terus pergi hospital.
Pagi Ahad, ke HUSM melawat Ayoh yang sakit. Keadaannya lebih baik dari hari sebelumnya. Tapi yang sedihnya, penyakit stoke yang dialami sejak 6 tahun yang lalu jadi makin teruk. Ayoh tersayang tak mampu bertutur dengan baik. Setiap kali nak bercakap, dia pasti menangis. Dia tak mampu bercakap seperti sebelum ini lagi.
Sedih :(
Lagi sedih bila pegang erat tangannya, sambil kata, "Ni kakak ni. Kakak baru sampai. Ayoh kenal dok?", air matanya gugur. Dia sebak. Aku menahan air mata dari mengalir. Bila berhadapan dengan orang yang sakit dan tengah emotionally unstable, kita harus kuat. Jangan mudah tunjukkan perasaan kita yang sedih tu.
6 tahun yang lalu, separuh badannya diserang stroke. Terlantar di katil. Allah tarik nikmat berjalan. Kini, Allah tarik nikmat bertutur, juga akibat stroke.
Moga Allah berikan yang terbaik buat Ayoh. Mohon doa sahabat semua agar diberikan yang terbaik buatnya. Moga diberikan kesenangan dan kemudahan untuk anak cucunya menjaga Ayoh tersayang tanpa kenal erti penat dan letih.
Ayoh yang dahulunya petah bercakap dengan kami adik-beradik, saya, Amir dan Imran. Ayoh jugalah yang mengajar kami mengenal Alif, Ba, Ta, hinggalah kmai mampu membaca Al-Quran. Ayohlah yang menghantar kami ke tadika dengan naik basikal. Klassik kan? Tapi itulah yang berlaku belasan tahun yang dulu. Aku berusia 5 tahun, Amir 4 tahun dan Imran 3 tahun.
Itu dulu. Kini, Ayoh terlantar sakit.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah kan.
Kita yang sihat ini, bila melihat yang sakit, syukurilah nikmat sihat yang kita masih punya ini.
Bila kita sakit, baru tahu siapa yang sayang kita atau tak sayang kita. Orang yang sayang kita akan terus menjaga dan membelai kita walaupun kita dah tak sempurna lagi. Kagum dengan Mek yang sejak bertahun lamanya menjaga suami tercinta. Selama bertahun-tahun itu juga, saya tak pernah dengar dia merungut letih.
Kalau kita yang tukar lampin atau nak angkat orang yang sakit stroke ni pun lepas tu akan sakit belakang, itu baru buat sekali dua, bukannya selalu. Mek hari-hari menukar lampin Ayoh dan dia tak pernah merungut sakit dan letih. Moga Allah berikan ganjaran pahala buat Mek yang gigih menjaga dan berbakti buat suami tercinta.
*Mek itu panggilan buat nenek tersayang.
Ya, baru aku tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan itu.
Ada hikmah aku balik ke Kelantan. Allah nak ajar aku sesuatu. Allah nak tunjukkan aku sesuatu. Bila aku besar nanti, bila umi abah tua, aku pula yang akan berbakti pada mereka.
Allah, ampunkan dosa aku yang telah aku lakukan pada kedua ibu bapaku. Moga aku jadi anak yang baik dan mampu memberi mereka kebahagiaan dunia akhirat.
Moga aku menjadi insan yang menghargai setiap nikmat yang telah Kau kurniakan padaku. Dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat yang ku ada.
notakaki :: Buat Amir yang jauh di Canada sana, insyaAllah, sempat jumpa Ayoh kalau dia panjang umur. Dia semakin stabil sekarang. Don't worry ok.
notakaki :: Imran naik flight malam ni jadi sempat ke kelas pagi esok. Aku, dengan relaxnya ponteng kelas Physiology esok. Mujurlah lab petangnya tak ada. Buat Ummu, thanks sebab tolong siapkan report :)
2 sila..silakan komen..:
moga Alah berikan apa yg terbaik buat ayoh..
insyaAllah. mohon doa dari semua. juga berdoa agar kuatkan kami sekeluarga menjaga dia sementara dia masih ada.
Post a Comment