Wednesday, February 8, 2012

wahai orang yang malas dan suka tidur

Baru balik kelas Physiology. Prof Dr Ridzwan Hashim lecturer untuk Physiology. Tadi try Google rupanya hebat jugak lecturer saya ni. Pernah masuk Malaysian Books of Record sebab researchnya tentang gamat. Dia nampak humble je.

Terus online. Bukak FB, Prof Dr Muhaya ada share satu article dalam satu blog ni. An interesting article. Tajuknya macam yang di atas.

Untuk sem ni, selain dari Physiology, kami budak Biomed ambil subjek Molecular Biology, Cell Signal and Transduction dan Anatomy selain dari subjek requirement UIA yang lain macam Bahasa Melayu Kerjaya dan Study Circle. Semua subjek ni ada lab. Kalau sem lepas satu subjek je yang ada lab sekarang ni 4 subjek yang ada lab.

Kalau yang memang kenal saya, akan tahu yang saya sangat admire Prof Dr Muhaya. Sebab bagi saya dia berjaya dalam segenap aspek. Suka dengar dia dalam Ikim dalam slot Islam Itu Indah. Suara dia sangat motherly.

Awal-awal sem ni eloklah baca artikel ni supaya lepas ni tak malas lagi dan tak banyak tidur lagi ok.

Jom baca artikel yang saya cakap menarik tu :)

*****************************************


Lepas Isyak, Jumaat 9 Rabiulawal 1433.


Kali ini majlis ilmu yang dihoskan Profesor Dr Muhaya fokus kepada tafsiran surah al-Alaq. Kerana mendapat jemputan tiga hari lebih awal, saya bercadang menghadiri majlis itu dengan membawa sedikit kefahaman tentang surah tersohor itu. Sempat jua saya merujuk kitab tafsir oleh ibnu Katsir dan Sayyid Qutb. Lalu, sewaktu Ustaz Fauwaz membentangkan huraiannya, saya mengharapkan akan lebih cerah dan jelas jadinya kefahaman terhadap surah yang menjadi detik mula kerasulan Muhammad SAW.

Hebat ustaz muda ini, dibacanya tafsir terus daripada kitab bahasa Arab. Tentu begitu jauh bezanya dengan saya, yang mendapat kefahaman daripada terjemahan bahasa Indonesia kitab tafsir al-Quran karangan ibnu Katsir dan Sayyid Qutb.

Malam itu, pokok pembicaraan menyentuh soal perintah menuntut ilmu. Lima ayat pertama al-Alaq diberikan penghuraian.

'Bacalah (wahai Muhammad)dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.'

Saya fikir, elok benar kita renungi sebahagian intipati huraian Ustaz Fauwaz:-

1) Orang yang malas, suka tidur dan gemar berseronok tidak akan memperoleh ilmu.


Menuntut ilmu memerlukan pengorbanan. Ilmu dicari bukan untuk keseronokan. Mendaki Jabal Nur dan beribadah di dalam Gua Hira adalah gambaran betapa Muhammad sebelum kerasulannya, meninggalkan kemewahan dan keseronokan kerana mencari kebenaran (ilmu). Dalam konteks ini, kemewahan itu sebagaimana yang disediakan Siti Khadijah (pedagang yang kaya). Manakala keseronokan itu pula adalah segala nikmat duniawi yang tersedia dalam sebuah masyarakat jahiliyah.

2)Menuntut ilmu itu suatu dugaan besar. Orang yang malas, banyak tidur dan suka berseronok tidak akan merasai nikmat dan hikmah cabaran menuntut ilmu.

Sifat penting menuntut ilmu ialah ketabahan menghadapi kesukaran. Maka benarlah ungkapan pujangga 'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.' Tidak mudah mendaki Jabar Nur, dan tentulah sukar beribadah di dalam Gua Hira yang boleh memuatkan dua orang dewasa saja itu!


Tentulah lebih sukar apabila dipeluk sangat kejap oleh Jibril sehingga Muhammad menyangka dia akan mati. Bertambahlah seksanya kerana dipaksa pula membaca sesuatu yang Muhammad tidak faham dan tidak tahu apa-apa!

Iktibarnya, menuntut ilmu bukan perkara entengan. Pengorbanan, ketahanan diri, sokongan keluarga, iltizam dan istiqamah adalah antara faktor menentukan kejayaannya.

Yang paling penting, kita sebagai Muslim mesti memahami bahawa yang mendasari usaha pencarian ilmu itu ialah 'Bacalah dengan nama Tuhanmu...!'

Permisi. Bisa ketemu lagi.


notakaki :: Terbaca satu doa ni, doa untuk mendapat suami yang baik dan soleh. Instead of baca doa yang kita selalu baca yang dalam Surah Al-Furqan tu boleh jugak amal doa ni kan. Kan dah besar dah semua. hehe :)

اللهم سخرلي زوجا صالحا وأن يخطبني ويتزوجبي وأن يكون صاحبا في الدنيا والأخرة


allahumma sakkhorli zaujan soolihan, wa an yakhtubni wa yatazau wajubi wa an yakuu na soohiban fid dunya wal akhirat

"YA ALLAH YA TUHANKU, PILIHKAN DAKU SUAMI YANG SOLEH, DIA MEMINANGKU DAN MENGAHWINIKU SERTA JADIKAN DIA SAHABATKU DI DUNIA DAN DI SYURGA."

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com