Monday, January 7, 2013

bangkit tahajjud


Dulu, ada orang pesan, "Lazimi qiamullai. Kalau malas sangat pun, at least sempat solat 2 rakaat. Bukan lama pun, kejap je. Paling-paling malas, bangun dekat-dekat subuh dan tunaikan solat 2 rakaat tahajud"

Terima kasih atas pesanan yang berbekas di hati.

Musim exam ni, ramai yang sanggup tidur lewat, yeah it's good, study kan, tapi kadang-kadang bila tidur lambat ni, kita akan tend untuk bangun lambat. Tidur pukul 3, rasa-rasanya boleh bangun tak pukul 5? 'Kita', refering to anyone yang terasa. Oh terasa jugak. Paling sedih bila musim exam ni, pukul 6.30 pagi tu barulah riuh rendah toilet tu, semua baru bangun tidur masa tu nak ambil wudu' nak solat. Kalau tahu kita bukan jenis mudah nak bangun awal, jangan ambil risiko.

It's better kalau tidur awal (definisi awal berbeza bagi setiap orang), then bangun awal kan. Tidur pukul 12.00 (bagi saya awal la ni kan), then you wake up at 4.30 a.m. Wah, rasa macam nak cakap kat diri, "Good girl for wake up so early today". That 'girl', not referring to me.

Depending on people. Tapi seboleh-bolehnya, cuba kita lazimi qiamullai. Kalau anda mampu bangun awal dan sempat untuk berqiamullai walau tidur lewat, teruskan. Bagus sangat-sangat. Anda memang sangat hebat!

Satu perkara yang mungkin boleh bagi kekuatan pada kita ialah, ingat akan keadaan kubur kita nanti kita mati lepas ni.

Cakap pada diri, "Bangun, bangun, jangan malas. Kubur it gelap gelita bagi sang pemalas".

Cuba tanya diri kita, berapa kali bangun qiamullai minggu ni? 

Ya. Kita bangun di malam hari, saat orang lain masih tidur, bukan untuk dunia. Bukan juga untuk manusia lain kagum pada kita. Bukan untuk tunjuk kat orang yang kita bangun menangis di malam hari mengenang dosa kita. No one sees you at that moment. It just between you and Allah. Ya, ia untuk saham akhirat kita. Kita bukan nak orang tengok dan rasa kita ni hebat, tapi kita nak jadi antara hamba yang hebat pada Allah.

Moga kita sama-sama dapat amalkan.

Saya dah habis exam. Pada yang tak habis lagi, GOOD LUCK!


notakaki :: Maaflah bahasa sangatlah rojak. Tapi sedap jugak kan makan rojak petang-petang macam ni.

notakaki :: Saya nak sangat baca buku ni... The Secret. Ada sesape yang nak tolong belikan tak? kehkeh

4 sila..silakan komen..:

cik.furas said...

untung ler da habis exam.. huhu

athirahariffin said...

huhu jgn jeles. teruskan berjuang dgn pena farah oi. nak kelik kelate doh ni, nak ikot dok? kihkih saje je wat jeles ;)

Nadiah Sidek said...

akak ada buku the secret tu...err..suami akak punya. dia kata best. akak tak baca pun lagi. buku sendiri pun banyak belum dibaca >_<

athirahariffin said...

ye keeee.. pos kat trah la hehe. tu la trah baca review macam best je kak :)

errr, sama la.. buku yg dah dibeli pun banyakkkkkkk sgt lagi x baca. beli rajin baca malas hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com