Beberapa hari ni, isu panas yang timbul ialah tentang isu amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya tak mahu mengulas panjang tentang isu ini, lagipun, saya tsiqoh pada Tuan Guru yang soleh ini sebagaimana saya tsiqoh pada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Walaupun sekarang dalam fatrah exam, itu tak jadi satu masalah untuk saya sentiasa mengupdate tentang isu ini. Geram dan marah pada mereka yang senang-senang menghina TGHH. Itu tak tengok berita di media perdana seperti TV3 dan Tv1 lagi. Just update it in Facebook.
Saya teringat syarah Mufti Menik (which i do forget where did i heard that), jangan kita maki atau cerca orang sembarangan, takut-takut orang yang kita maki itu hubungannya dengan Allah sangat dekat. Itu yang saya pegang. What say you?
Melihat kepada peribadinya, isteri-isteri dan anak-anaknya, TGHH seorang yang sangat mengikut landasan Islam, walau diri ini tak pernah bersua dengannya.
So what i really want to say is that, please do think wisely before you accept the fact that is given by others, especially the fact that you got from newspapers and televisions and before you criticize it.
Hari ni, nak berkongsi satu fakta (which i do find it on Facebook). I hope this will help you to make a better decision about this arising issue.
Siapa Haji Hadi yg dok bagi amanat tu??
Pendidikan:
1) Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang
2) Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil
3) Aliran Sanawi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (Sma(a)sza)
4) Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi tamat dengan B.A. (Syariah).
5) Universiti al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975)
Penglibatan antarabangsa:
1) Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah
2) Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.
3) Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi.
4) Di Mesir, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir.
5) Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di [[Istanbul, Turki.
6) Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
7) Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
8) Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
9) Menyertai delegasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
10) Menyertai delegasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
Satu lagi, teringat satu perkongsian dari senior yang sangat dipercayai, katanya, TGHH ini dulunya pernah berusrah dengan Said Hawa. Naqibnya ialah Said Hawa. AllahuAllah... Kenal tak siapa Said Hawa? Pernah dengar tak? Rasanya kalau tak kenal boleh kot rajinkan tangan mengGoogle.
notakaki :: Tertarik dengan status Ustaz Hazmi Dibok berkenaan hal ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment