Monday, January 14, 2013

Qasidah al-Jalaliyah

Hari ni dah masuk 2 Rabiul Awwal 1434 H dah. Satu bulan yang istimewa buat para pencinta Nabi Muhammad :)

Pernah dengar tak qasidah ni? Ce try dengar. Pasti anda akan jatuh cinta. Ingat lagi malam tu, berqiamullai bersama-sama rakan seperjuangan, ada satu sesi, dipasangnya qasidah ni. First time dengar, tapi hati dah jatuh cinta pada qasidah ni. Moga kecintaan kita pada Rasulullah bertambah dari hari ke hari. Ya Rasulullah syafaatilah kami di akhirat kelak. Ameen Ya Rabb ^^,


SELAWAT adalah "TALIAN" mahabbah kita dengan RASULULLAH S.A.W
Sentiasalah kita "MENGHUBUNGI" baginda melalui SELAWAT

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ




Nabi yang mulia Rasulullah,
Yang mensyafaati kami Habibullah,
Yang mencintai kami, Khalilullah,
Atas beliau, shalwat kami Ya Allah.

Rasulullah gelarnya Kalimullah,
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah,
Rasulullah pilihan utama dari Allah,
Imam bagi yang taqwa kepada Allah.


Beliau datang bagi kami sebagai Rahmat,
Kami beriman kepada Beliau ya Allah,
Muliakan dan beri taufiq kami Ya Allah,
Dengan Husnulkhatimah & redhoMu Ya Allah.


'Afiatkanlah sekalian kami Ya Allah,
Hindarkan dari segala penyakit Ya Allah,
Bersihkan kami dari dosa-dosa Ya Allah,

Dengan kurnia Engkau juga ya Allah.


Ampunilah ibu bapa kami Ya Allah,
Kasihanilah mereka berdua ya Allah,
Tutupilah kejelekan kami Ya Allah,
Jangan ditampakkan yang itu ya Allah.

Senantiasa beri petunjuk kami Ya Allah,
Buat menuntut keredhaan Kau ya Allah,
Engkau adalah penolong kami ya Allah,
Dalam dunia serta akhiratnya Ya Allah.

Tempatkan kami di syurga Firdaus Ya Allah,
Disamping Nabi Muhammad Ya Allah,
Buat memandang Dzat Engkau Ya Allah,
Kami cinta Nabi pilihan Kau Ya Allah.

Atas Nabi Ahmad selawatKau Ya Allah,
Atas beliau Alhadi salamKau ya Allah,
Serta keluarga dan sahabatnya Ya Allah,
Yang demikian selama-lamanya ya Allah.

2 sila..silakan komen..:

Rintihan HambaMu said...

ana suka dgr qasidah..tenang je rasa.^_^

athirahariffin said...

Best kan, kalau hayati maksud dia lagi menusuk kalbu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com