Alhamdulillah, they are all behave well, in studies and everything. They are my concern. I think there's no need to write down everything here.
Amir, Imran, Hanif, Adik dan Lutfi. 5 orang adik semuanya. Umi cerita adik-adik dah makin rajin dan matured.
Umi nak cakap kakak pun kena rajin macam adik-adik tu.
Hope they are all succeed in dunya wal akhirat.
*****
Hari Khamis yang lalu, lecturer Medical Microbiology, Dr. Afzan, ada bercerita satu kisah yang amat menarik.... dan sangat sedih. It touches my heart, my tears keep on flowing. Banyak point yang dia nak cakap, 2 yang penting yang saya dapat ialah, MATI dan MENGHARGAI IBU BAPA SELAGI MEREKA MASIH ADA.Dr kata, salah satu benda yang paling buat dia sangat sedih ialah bilamana dia tak dapat nak tunaikan hasrat ibu bapanya, tak dapat nak tunjukkan pada mereka kejayaan yang dia capai, dan dia tak dapat nak ucapkan kata sayang pada dua insan ini.
Ibu bapa Dr meninggal dalam sekelip mata. I cannot imagine that. Kehilangan dua insan yang sangat penting dalam hidup. Allah, masa tu airmata dah jatuh berderai. Tapi, cover la kan, dah la duduk depan lecture hall, memang Dr akan nampak la kan kalau tak cover.
Mati. Satu benda yang kita tak dapat sangka. Kita pun akan mati. Kalau mati sekarang (atau lebih tepat, selepas habis lecture tu saya akan mati), cukupkah amalan saya untuk dipersembahkan kepada Sang Pencipta.
Ibu bapa. Hargai mereka selama mereka masih hidup. Kita tak tahu sampai bila Allah akan pinjamkan 2 insan hebat ini pada kita kan. Allah, masa Dr cerita tu, terus teringat betapa banyaknya dosa saya pada mereka. Ampuni dosaku Ya Allah. Saya sangat-sangat berharap, saya akan hormat, cinta, sayang dan jaga mereka sepenuh hati saya. Berikan daku kekuatan Ya Allah.
Satu benda yang saya sangat sedih bilamana Dr ceritakan yang dia tak pernah ucapkan rasa cinta dan sayang dia pada 2 insan ini. What she means is that, you utter the word 'love' to them face to face. Ramai yang macam ni kan, malu katanya nak ucapkan cinta dan kasih pada ibu bapa masing-masing.
Untuk sesiapa yang belum pernah ucapkan pada kedua ibu bapa mereka, saya sangat sarankan untuk anda berbuat demikian. Tell them that you LOVE them so much. Banyak cara untuk kita manifestasikan cinta dan sayang pada mereka yang kita cintai dan sayangi, tapi salah satu cara yang boleh buat orang kita sayangi dan cintai tahu yang kita cinta dan sayang pada mereka ialah dengan mengucapkan kata sayang dan cinta itu. (can you count how many times i wrote the 'sayang' dan 'cinta' words haha)
Saya juga berharap yang saya akan dapat tunjukkan pada mereka yang saya mampu untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi. InsyaAllah, saya akan kuatkan tekad untuk belajar hingga ke peringkat PhD. Doakan saya :)
Pagi ni jugak, tiba-tiba terfikir, tahun ni saya akan kehilangan satu adik yang sangat saya rapat. Dia akan pergi jauh, sama seperti adik saya yang kini pergi jauh merantau ke negara orang untuk menuntut ilmu. 2 adik lelaki yang amat saya rapat. And i really hope that i'll get someone that can treat me the way they treat me kehkeh.
Kita ni dah besar kan.
Dan mungkin bila-bila masa sahaja Allah akan tarik nyawa kita dan orang yang kita sayang.
Saya doakan mereka yang saya sayang dan cinta bahagia dunia dan akhirat.
Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan dan
jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa
[Al-Furqan:74]
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment