Tuesday, March 26, 2013

majlis cinta rasul

Mulanya tak plan nak pergi, tapi Allah takdirkan saya ke sini atas ajakan seorang sahabat. Kalau dulu saya pernah kongsikan pengalaman saya bersama Habib Ali di majlis KL Berselawat TV Al-Hijrah beberapa tahun yang lepas. Sabtu, 23 Mac 2012, Allah temukan saya dengan Habib Ali dan juga Habib Syech di Majlis Cinta Rasul.

Izin saya kongsikan pengalaman berharga saya ini ye. Moga ada manfaatnya.

Alhamdulillah, such a wonderful memories to be here and to be with them. Pukul 12, kami 4 orang bertolak dari Kuantan menuju ke KL. Sampai KL dalam pukul 3, so shopping dulu kat Mid Valley heheh.


Pukul 6.30 petang, kami tiba di Dataran Merdeka.

SUBHANALLAH. Speechless.





Majoriti (i can say about 90%) muslimin memakai jubah putih dan berkopiah, siap dengan pakai rida' lagi. Ya Allah sukanya bilamana melihat lautan manusia yang memakai pakaian sunnah sebegini. Muslimat pula gah dengan pakaian menutup aurat. Budak-budak kecik lagi la comel, pakai jubah, tudung dan kopiah putih. Bagusnya parents budak-budak ni kan, biasakan anak-anak pakai macam ni :)


Menurut pengacara, lebih kurang 70 000 orang yang hadir pada malam tu. Alhamdulillah, saya antara yang terpilih untuk berada di sana. Bilamana tahu yang program ni disiarkan secara langsung di TV Al-Hijrah, terus mesej umi, jadi umi dan adik-adik boleh tengok dari jauh (kot-kot kan kakak masuk tv kehkeh).

Majlis ni bermula dan diakhiri dengan selawat Ya Hanana oleh Habib Syech, salah satu qasidah yang saya suka. Subhanallah, tak dapat saya gambarkan perasaaan berselawat beramai-ramai bersama ribuan manusia di atas padang malam tu. Sangat indah. Terasa keizzahan Islam tu.


Alangkah indahnya kalau Dataran Merdeka tu dihidupkan dengan majlis seumpama ni, bukannya konsert-konsert yang saya rasa lebih banyak dari majlis ilmu :(

Di tengah-tengah majlis tu, ada tausiyah dari Habib Ali. Saya tak ingat semuanya, tapi antara yang menyentuh hati saya ialah bila mana Habib Ali menyebutkan, di hari akhirat kelak, padang ini insyaAllah akan menjadi saksi di akhirat kelak, dan akan berkata pada Allah, yang di saat dan detik ini, ribuan manusia datang dan memuji namaMu, bertasbih, bertahmid, bertakbir beramai-beramai, dan tak lupa, berselawat mengingati Rasullullah. Allah.... sayunya bila mengenangkan akhirat sana....

Untuk tahu tausiyah Habib Ali dengan lebih detail, boleh baca CATATAN ILMU TAUSIYAH HABIB ALI, ditulis oleh sahabat sekampus saya :)

Kalau dulu, saya pernah kongsikan mutiara kata dari Habib Ali, dan izin saya kongsikan sekali lagi, sebab bagi saya, ia sangat penting dan menusuk jiwa.

Menurut Habib Ali, Nabi Muhammad SAW berwasiat akan 3 perkara kepada para sahabat, iaitu :
1) Ajarkanlah anakmu cinta pada Nabi Muhammad SAW
2) Ajarkanlah anakmu cinta pada keluarga Nabi Muhammad SAW
3) Ajarkanlah anakmu cinta pada Al-Quran

Bagaimanakah caranya? Ini antara yang perkara yang perlu dilakukan untuk memupuk rasa cinta ini.
1) Sentiasa membaca dan mengkaji sirah Nabi Muhammad SAW
2) Meneladani akhlak Baginda
3) Memperbanyakkan bacaan selawat memuji Baginda

Kita akan dikumpulkan bersama orang yang kita cinta di akhirat kelak. Jadi muhasabah diri kita, sejauh mana kita cintakan Baginda.

Moga di akhirat kelak, kita semua beroleh syafaat Baginda. Amin Ya Rabb :)

Paling saya suka malam tu bilamana ramai yang datang dengan keluarga, paling saya kagum bila ada ibu bapa yang membawa anak-anak kecil. Ramai sangat baby-baby comel yang datang malam tu, and they are all behave well. Pandai pulak si kecil ni dengar dan duduk diam-diam time orang berselawat kan keke.

Pengalaman yang sangat berharga bersama sahabat. Bak kata Mira, "Kalau aku tak bawak mung mari sini, mung mesti tak dapat raso pengalame ni, jadi ucap terimo kasih banyok la ko aku"

Ok Mira, thanks banyok!

*********

Hari Ahad, saya dan classmates ke Muar untuk ke Walimah sahabat sekelas, Imah dan Rashid. Moga beroleh sakinah, mawaddah dan rahmat ye sahabat, moga beroleh kebahagiaan dunia akhirat dan lahirkan zuriat yang soleh solehah :)

Di Muar, mengutip pengalaman manis bersama sahabat sekelas, tidur di homestay yang sangat best, jalan-jalan sekitar bandar Muar, dinner mee bandung Muar yang sangat best di tepi sungai nan indah, breakfast di rumah keluarga pengantin baru dan jalan-jalan keliling kampung bersama-sama. 

Hari Isnin, tiba masa untuk pulang bertemu keluarga tercinta.


2 hari, 2 negeri. Nice experience.


notakaki :: Duduk kat rumah ni banyak kena masuk dapur la jawabnyaaaaa... Berat naik lagi lepas ni, hehe.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com