Friday, June 10, 2011

pakaian sunnah


Salam Jumaat!

Pernah tak anda dengar atau anda sendiri yang kata,

'Serban, jubah, rida' dan kopiah adalah amalan BUDAYA orang Arab. Bukan amalan AGAMA Islam.
Abu Jahal, Abu Lahab pun memakai jubah serban. Maka serban, jubah dan kopiah bukannya ibadat'

Allah, geram betul kalau dengar orang cakap macam ni. Tak tahukah anda bahawa ianya pakaian sunnah hah! Oh, teremo kejap.

Hari tu sempat menjenguk wall Facebook Ustaz Azhar Idrus. Ada yang bertanya mengenai ini, dan cara Ustaz Azhar jawab sangat menarik. Sekadar ingin berkongsi apa respons ustaz. Jawapan yang diberi Ustaz Azhar Idrus,

'Jadi Arab musyrikin pun buat ibadat haji semasa belum dibangkitkan Nabi Muhammad SAW. Jadi haji bukan ibadat la kalau macam tu jugak ker...'

Ini analogi yang diberikan oleh ustaz.

Untuk pengetahuan anda, ibadat haji telah diamalkan oleh Arab musyrikin semasa zaman jahiliah dan juga sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Kaabah dianggap tempat suci bagi mereka, di mana di sanalah terletaknya berhala Latta dan Uzza serta banyak lagi berhala lain yang disembah mereka.

Tapi, seperti mana yang kita tahu, ibadah haji adalah satu daripada perkara ibadat yang wajib kita lakukan jika berkemampuan. Orang Islam mengerjakan ibadat haji bukan kerana ingin mengikut BUDAYA orang musyrikin zaman dahulu kala, tapi kerana ia adalah apa yang telah dianjurkan oleh Allah dan Rasulullah, iaitu amalan dalam AGAMA Islam.

Niat, niat tu yang penting. Niatkan kerana ingin mengikut sunnah. InsyaAllah beroleh pahala :D

Sama juga seperti pemakaian jubah, serban, rida' dan kopiah. Mereka yang memakai pakaian sunnah ini bukannya ingin mengikut BUDAYA masyarakat Arab, tetapi kerana ianya adalah pakaian sunnah. Pakaian yang dipakai oleh Rasulullah.

Mungkin ramai yang dah pernah dengar dan tahu apa itu jubah, serban dan kopiah. Tapi, mungkin ramai yang tak tahu apa itu rida'. Hari tu ada yang bertanya saya apa itu rida'. Jom lihat gambar dibawah. Amir Munawer memakai rida' di sekeliling bahunya dan Sein (Hussein) memakai rida' di kanan bahunya. Itulah rida' wahai pembaca sekalian.

Amir dan Sein

Jangan kita sebagai seorang yang mengaku Islam tapi memandang pelik terhadap mereka yang berpakaian seperti ini. Jangan kita termasuk dalam golongan mereka yang sedikit demi sedikit menolak Islam.

Fikir-fikirkan. serban, jubah, kopiah adalah sunnah Rasulullah.
Bila orang yang tak mahu Islam ni macam-macam alasan dia akan bagi kan. Pakaian tu ikut budaya orang Arab la, pakaian macam tu tak melambangkan Islam la, pakaian tu outdated la, macam-macam la alasan yang mereka bagi.

Jom hidupkan sunnah Rasulullah tanda cintakan baginda. Tapi jangan pulak muslimat yang pakai kopiah dan serban ni eh. Pelik bebenor nampak! Muslimat semua, ikutlah cara pemakaian Quran dan Sunnah, tutuplah auratmu seperti mana yang dianjurkan.

Kecik-kecik dah pakai serban,
sejuk perut ibu mengandung :P

Marilah kita banyakkan selawat ke atas Rasulullah di hari jumaat yang mulia ini. Moga kita berolah syafaat baginda tika di akhirat kelak. Dan, jangan lupa baca Surah Al-Kahfi yer. Dah baca ke belum?

Perkongsian ringkas dari saya. Moga beroleh manfaat.

6 sila..silakan komen..:

mushaibah said...

nice sharing.mintak izin share di fb ye:) moga beroleh manfaat. terima kasih

athirahariffin said...

mushaibah :: silakan. moga beroleh manfaat :)

Unknown said...

Ahsanti ukhti....syukran atas peringatan...<3

Anonymous said...

tq ya anti..sy nk mintak nak share..semoga ia bermanfaat untuk umat islam..

n.a said...

Mohon share ye..

Unknown said...

mohon share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com