Sunday, June 12, 2011

bola oh bola

'Gomo Kelate Gomo'


Semalam tengok bola bersama keluarga. Saya, umi, Imran, Hanif dan Lutfi. Adik dah balik MTS. Abah ada meeting di KL. Amir tak balik Kelantan lagi. Rasanya kebanyakan rakyat Kelantan dan Terengganu memang tercongok depan TV semalam tengok bola kan. Bola oh bola. Saya dan umi tak minat pun, tapi semangat nak tengok sebab The Red Warrior yang main. Team Kelantan tuuuuu, mestila sokong!

Awal-awal game Lutfi dan Imran je yang tengok, Lutfi siap pakai baju The Red Warriors. Semangat oh even tengok depan tv je. Bila dah tengah-tengah tu baru saya, umi dan Hanif tengok. Memang bising tengok bola dengan family ni. Biasalah kalau orang perempuan tengok bola mesti bising, even tak faham pun game tu. Dalam team Kelantan tu saya kenal Khairul Fahmi sorang je. Same as umi. So, kami dua beranak dok sebut, 'Fahmi, Fahmi' je la. Dah dia sorang je yang kami kenal. Tapi dia memang hebat kan.

Bila umi and the boys tengok bola memang meriah!



Lucu pulak bila ada status kawan Imran kat Facebook, 'Sakit lingo weh denga mok dok nepik'. Haa, dah tengok bola suspen-suspen takkan nak senyap je kan.

Imran memang update status pasal bola kat FB dia. Bola oh bola.

Semangat tengok stadium tu penuh dengan baju warna merah. Tapi tak puas hati bila ada adegan yang tak masuk akal langsung untuk dibuat, contohnya, ada penonton yang tak pakai baju (wekkkkk, wekkkkkk), baling botol, baling mercun, laser sana sini. Uncivilised! Jadi penonton tu tengok je la, no need to do all the stupid thingy.

Kan best bila gol takbir ramai-ramai biar bergegar stadium tu.

Satu lagi, tak suka bila pemain tu tak tutup aurat sepenuhnya. Pakai stokin dah panjang mencecah lutut, tapi tiba-tiba seluar pendek tak mencecah lutut. Boleh nak pakai seluar pendek tu, tapi pakai la tight kat dalam. Jadi, lutut tu tutup. Kan elok macam tu. Bila gol nak sujud syukur pun senang. Tak ada la bersorak tak tentu hala je bila menang. Hensem pun hensem kan kalau tutup aurat.

Teringat pada Ruqayya Al-Ghasara, seorang atlet Bahrain yang pernah bertanding dalam Piala Olimpik dalam acara lari 200 meter. Menariknya tentang wanita bernama Ruqayya ni, dia memakai pakaian yang menutup seluruh tubuhnya ketika dia bermain. Dan lagi menarik, dia pernah berjaya merangkul pingat emas pada Piala Olimpik. Siapa kata kalau tutup aurat membataskan pergerakan? Ruqayya siap menang lagi. Kalau setakat nak tutup lutut tu, boleh sangat la kan.

Sukan tak salah. Manusia yang membuatkan sukan itu banyak cacat celanya. Teringat kisah Rasulullah SAW yang pernah berlari-lari dengan Sayidatina Aisyah di sebuah padang. Romantik kan Rasulullah bila Baginda biarkan isterinya tersayang menang walhal kalau ikut logik, wanita berlawan dengan lelaki, memang lelaki la yang akan menang.

Umi cakap Ruqayya ni pernah datang Malaysia masa Nisa' Games masa tahun 2007 dulu. Satu program di bawah Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Nisa' Malaysia.


Berbalik pada bola.

Pada yang tengok match semalam, mesti tahu kan yang Kelantan pada mulanya menjaringkan gol pada minit yang ke 78:58 oleh Nurul apa entah nama dia. Ni Imran yang cakap la. Memang nampak selesa sebab masa tu dah nak dekat akhir match dah. Dengan yakinnya Lutfi siap cakap Kelantan mesti menang ni. Umi cakap, jangan yakin sangat, masa ada lagi tu, nanti kalah.

Lepas tu, Kelantan main macam tak nak main je, main acah-acah je. Tiba-tiba, team Terengganu menjaringkan gol. Jadi, keputusan seri. Kami memang sangat frust. Even saya ni tak minat bola tapi rasa sedih la bila Terengganu jaringkan gol. Maaf yer orang Terengganu!

Surprisingly, bila tinggal beberapa minit je lagi nak habis match, sekali lagi gol dijaringkan oleh Kelantan, eh silap, Terengganu. Oh, ni memang buat kami rasa sangat-sangat frust, Tak de la sangat-sangat, tapi frust jugak la.

Jadi, keputusannya, Terengganu : 2, Kelantan : 1. Ganung la mene deh, buke Kelate.

Bila habis je match, buka FB. Memang ramai yang update status pasal bola. Bola oh bola. Tapi ada satu status seorang sahabat di FB ni yang menarik perhatian saya.

"Pemain Kelantan yang berjaya menjaringkan gol di akhir babak perlawanan seperti yakin bahawa mereka akan menjadi juara sedangkan wisel penamat belum dibunyikan sehingga mereka dikecewakan apabila pasukan Terengganu berjaya menjaringkan 2 gol sekaligus muncul sebagai juara"

"Begitu juga dengan kehidupan kita, janganlah kita berasa 'sedap hati' dengan amalan serta kebajikan yang kita lakukan sehingga kita yakin yang kita akan mendapat husnul khotimah sebelum maut menjemput akan tetapi berdoa la kepada Allah agar dikurniakan husnul khotimah"

Betul! Kadang-kadang kita terlalu yakin dan 'sedap hati' yang kita ni buat amal kebajikan yang baik dan rasa kita tergolong dalam kalangan yang baik, walhal kita masih tak tahu penghujung nasib kita macam mana. Kita tak tahu yang kehidupan fana kita di dunia ni berakhir dengan husnul khotimah atau su'ul khotimah. Jadi, jangan pernah berhenti berusaha keras dan berdoa. Jangan kita terlalu yakin dan rasa 'sedap hati' kerana kita sebagai hamba tak tahu akan nasib kita di masa depan.

Dia juga ada berkongsi amalan ini. Moga dapat kita jadikan sebagai amalan.

Di antara doa-doa yang perlu didawamkan adalah :

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)”


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”


Ketahuilah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut. Dan kepada Allah jua kita dikembalikan.

Allah, golongkanlah aku dalam kalangan mereka yang mati dalam husnul khotimah.

Ya Allah, matikan kami dalam husnul khatimah.


Bola oh bola.
Dalam tengok bola, ada ibrah yang dapat diambil.
Dalam tengok bola, dapat muhasabah diri.
Dalam tengok bola, nasihat pada diri jangan terlalu yakin dan selalu jadi orang yang berdoa agar dimatikan dalam husnul khotimah.

Akhirnya kijang terlompat girang pada awalnya tadi patah kaki, akhirnya kalah.

Penyu tak jadi menangis, kerana beroleh kemenangan.

Apabila ditakdirkan tiada rezeki, memang ia tidak akan jadi milik kita sekalipun sebegitu hampir.

Apapun, congrats ganung!

Buat pemain Kelantan, syabas diucapkan kerana terus unggul dalam bolasepak tanah air (ayat skema macam dalam tibi).

"Peteh Teganu peteh"


notakaki :: Apa maksud 'Peteh Teganu peteh' yer? Saya sampai sekarang tak tahu.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com