Tuesday, June 7, 2011

cuti lama



Kelmarin mak saudara sekeluarga dari KL datang lunch kat rumah. Masa tengah bersiap kat dapur sempat berbual dengan dia.

"Bila kakak masuk degree?" tanya Cik Noi.

"Bulan 9 nanti, after raya" saya jawab.

"Laa, lamanya cuti. Mesti boring kan cuti lama-lama ni," kata Cik Noi.

"erk....," mumbling.

"Amir pergi Canada bulan berapa?" tanya Cik Noi lagi.

"Tengah-tengah bulan 8. Tak sempat raya kat Malaysia kot," jawab saya dengan sedih.

"ooooo..." jawab Cik Noi lagi.

Ok, memang akan bercuti lama. Satu lagi, memang adik saya akan buat degree dahulu dari saya, even dia muda setahun dari saya.

Cuti lama-lama kat rumah, pada sesetengah orang akan boring. Tapi pada saya, bila di rumah, tak akan ada istilah boring. Cuti lama-lama ni, kalau pandai manage masa, kita akan dapat buat banyak benda yang bermanfaat. Juga, akan dapat tambahkan skill-skill untuk diri di masa hadapan. Cuti lama-lama ni, kalau kita rasa masa itu penting, kita akan hargainya sebaiknya. Cuti lama-lama ni, manfaatkan masa untuk rapatkan hubungan dengan si DIA.

Allah, lemahnya aku!

Sekarang, masih rasa tak pandai lagi urus masa. Selalu main dengan adik-adik, bergalok sana sini, sentuh-sentuh buku tapi tak ada satu pun yang khatam. Ingat cuti ni nak khatam Al-Quran beserta dengan maksudnya, tapi sekarang ni, setakat mana yang mampu dilakukan? Ingat cuti ni nak kaji sirah Nabi serta para sahabat, tanda cintakan Rasulullah. Tapi sampai sekarang, berapa buku sirah yang telah dihadam? Ingat cuti nak nak baca buku motivasi untuk tingkatkan keyakinan diri. Tapi dalam banyak-banyak buku yang dibeli, banyak yang tak disentuh.

Nak buat itu dan ini, tapi semua tak terlaksana.

Dan, banyak, banyak, banyak sangat lagi perancangan yang tergendala.

Mujurlah saya bukan jenis yang suka tengok movie itu dan ini, campur cerita korea yang berpuluh-puluh episod tu. Kalau tak, memang rasa wasteful. Pagi, petang, siang malam tengok cerita, apa kejadahnya? Maaf la, tapi memang saya tak suka. Sebab dulu dah ada pengalaman tengok cerita korea ni, memang rasa buang masa sangat.

Sekarang ni cuti sekolah, maknanya adik (baca: Najihah) ada di rumah. Lepas ni dia kan pulang ke asrama MTS. Imran pula, 28 haribulan akan masuk KMB. Maka, tinggallah saya dan dua beradik yang lain (baca: Hanif dan Lutfi). Kiranya, dalam waktu yang tinggal inilah, akan manfaatkan masa untuk bergalok bersama mereka. Satu lagi, Amir hanya ada beberapa hari sahaja sebelum dia ke Canada. Sedih :(

Minggu depan baru nak start laksanakan SEMUA perancangan yang ada dalam kepala ni. Semua ye athirah, bukan separuh-separuh. Pastikan!

Kenapa baru minggu depan? Sebab minggu ni minggu pertama saya berada di rumah. Minggu lepas seminggu di Kuala Lumpur. Minggu ni juga minggu cuti sekolah. Yakni saya rasa nak bermain-main dengan adik-adik masa cuti sekolah ni. Mereka ni memang 'gila' kalau bab-bab ni. Logikkah alasan ni? Alasan, alasan..

Minggu depan, start dari pukul 6.45 pagi hingga pukul 5 petang, saya akan keseorangan di rumah. Kiranya, waktu inilah akan manfaatkan masa untuk buat segala perkara yang bermanfaat.

Satu lagi, kalau malas buat lesen kereta boleh tak? Malas la nak ke kelas memandu tu.

Pesan Habib Umar yang akan saya pegang,

"Sibukkan diri dengan benda yang bermanfaat,
agar dirimu tidak sibuk dengan benda tidak bermanfaat."

The time goes by and never turn back, so think before act, because (unfortunately) the mistakes can't be corrected.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com