Suka bila buat aktiviti macam ni dengan family kan. Lutfi la paling comel, setiap kali habis kuliah, mesti dia akan berlari-lari ke arah pentas sebab nak salam dengan Tok Guru. Buat yang tak tahu, Tok Guru sangat suka bila ada kanak-kanak yang nak datang bersalam dengannya, dan akan dahulukan mereka berbanding orang dewasa. Err ni kalau dia rajin nak pergi, tapi kadang-kadang malas jugak budak ni kehkeh. Kena pujuk bagai dan kena siapkan baju untuk dia kalau nak bagi dia pergi hehe.
KELANTAN. I really wish that i can permanently stay there one day :)
Pssss... nak balik T.T
Pagi Jumaat ni, hanya mampu melihat dalam FB je gambar-gambar di Haflah(Pesta) Ilmu Anak Muda Kelantan di Stadium Muhammad Ke-IV. Allah, masa tengok gambar tu kan rasa jeles sangat kat orang yang berkesempatan ke sana.
Satu je komen saya. KEKAL Kelantan, TUKAR Putrajaya :)
******
Pagi Jumaat saya hari ini, seusai solat Subuh di surau tadi, bercakap dengan seorang ni, dan dia khabarkan bahawa Syeikh Ramadhan Al-Buthi telah pun kembali ke rahmatullah. Sheikh terbunuh hari ini dalam sebuah letupan berani mati di Masjid Al-Iman ketika sedang menyampaikan kuliah mingguannya di situ :(
Konflik Syiah-Sunni di Syria sangat teruk. Doakan moga umat Islam di sana tabah dan keadaan kembali pulih. Mereka ni saudara kita, biarpun jauh, tapi kita diikat oleh akidah yang sama. Setiap kali solat, kalau boleh, lazimi Qunut Nazilah ye sahabat.
Kenal tak siapa sheikh?
Pada yang biasa baca buku hasil tulisan beliau yang terkenal, Fiqh Sirah, pastinya akan mengenali ulama agung ini. Pada yang tak kenal, nanti beli la buku Fiqh Sirah tu ye, ada 3 edisi semuanya (saya pun tak habis baca lagi).
Sayu di pagi Jumaat yang barakah ini.
Moga husnul khatimah miliknya. Allahumma Amin.
22 Mac 2013, perginya seorang ulama' bernama Syeikh Ramadhan Al-Buthi.
22 Mac 2013, genap 9 tahun perginya as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin.
Muhasabah buat kita yang masih hidup.
Al-Fatihah.
notakaki :: Lagu ini sangat indah, KEEP ME TRUE. Keep on repeating this song.
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment