Hebatnya Sofiyyah (ibu Zubair al Awwam) yang nekad pakai pakaian perang dan menikam Yahudi dengan kerambit, lalu memenggal kepalanya kerana Yahudi itu cuba mengintip kubu wanita & kanak-kanak semasa Perang Ahzab.
Hebatnya pengorbanan Asma' yang sedang sarat mengandung sanggup mendaki ke Gua Thur yang terletak di puncak bukit itu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahanda Abu Bakar sewaktu peristiwa hijrah.
Beraninya Ummu Nusaibah bangun pertahankan Nabi yang terjatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amir al fasiq sewaktu Perang Uhud sehingga bahunya ditetak.
Besarnya pengorbanan ibunda Saiditina Khadijah r.a dalam perjuangan Islam sehingga sanggup menginfakkan seluruh hartanya demi Islam dan menjadi pendamping setia di waktu Nabi kesusahan.
Hebatnya Saiditina Aisyah r.a sebagai ilmuan muda yang menjadi rujukan ramai. Gagahnya Khaulah Al Azwar di medan perang.
Hebatnya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah pada Tuhannya.
Kita pula macam mana? Kenali bakat dalam diri, dan optimizekan bakat itu untuk kepentingan ummah :)
****
Ini saya copy dari FB Kak Hanis Rani, salah seorang exco SRC di IIUM Kuantan :)
Gambar di atas pula ialah Zainab Al-Ghazali, salah seorang serikandi Ikhwanul Muslimin yang saya amat kagumi. Baca buku Hari-hari dalam Hidupku hasil tulisan beliau boleh buat saya menangis mengenangkan betapa tabahnya dan tekadnya wanita ini memperjuangkan kalimah Allah. Moga syurga milik serikandi hebat ini. Saya sangat sarankan sahabat semua baca buku ini ok :)
Psss.. Saya sangat kagum dengan wanita solehah dan hebat di sekeliling saya tika ini. Hope to be like them.
Dan, jangan lupa doakan saya, dan kita semua jadi hebat untuk Islam!
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment