Alhamdulillah :)
Allah Allah pantasnya masa berlalu kan.
“Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Malam ini juga Imam Syafie senaraikan salah satu malam pintu langit terbuka (doa mustajab insyaAllah).
Jom kita berdoa sebanyak-banyaknya untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan ummat Islam. Jangan dilupa saudara kita di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Selatan Thailand dan seluruh dunia.
Semoga Allah memberikan kita peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini, amin :)
Ini pula antara Peristiwa-Peristiwa Penting Sepanjang Bulan Rejab.
- Perang Tabuk tahun ke-9 Hijriah
- Perang Yarmuk tahun ke-15 Hijriah
- Kemasukan awal Tariq bin Ziyad ke bumi Andalus pada tahun ke-97 Hijriah
- Isra' Mikraj pada 27 Rejab (Pendapat yang mashur. Pendapat ini dipegang oleh Imam Ibnu Hajar)
- Pensyariatan solat (ketika peristiwa Isra' Mikraj pada 27 Rejab)
Dan tak lupa, nak berkongsi satu doa. Ingat lagi dulu masa talaqqi bersama Ustaz Muhadir, beliau ada ajar doa ni pada kami :D
Moga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan. Allah... rindunya Qaryah Ramadhan....
Sekarang ni berada di Kelantan. Jangan jeles hihi. Saat blog diupdate saya tengah berada di rumah bersama yang tercinta. Errr tapi bukan balik sebab homesick tapi sebab kena hadiri 4th Malaysia Symposium on BioMedical Sciences di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (i wish to work here.. seriously). Orang tidur kat apartment saya tidur kat rumah heheh. Alhamdulillah rezeki saya dapat hadir program ni. Moga bermanfaat buat saya dan sahabat. Nanti saya kongsikan di lain post ye :)
notakaki :: Boleh jugak classmate yang duk jauh-jauh tu kenal rumah saya kan hihi
notakaki :: Boleh jugak classmate yang duk jauh-jauh tu kenal rumah saya kan hihi
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment