Monday, May 6, 2013

GE13


Update GE 13.

Memori 5.5.2013.

Kita mulakan dengan berita gembira.


Alhamdulillah Kelantan Kekal. Untuk Dun saya, Kak Ubai menang. Selama bergerak kerja di kawasan Kijang, beliau seorang yang sangat humble. Menurut orang yang biasa tidur di markaz selama bergerak kerja dengannya, beliau seorang yang sangat menjaga qiamullai. Alhamdulillah, Allah berikan orang yang kuat hubungannya dengan Allah untuk menjadi wakil kepada rakyat untuk kawasan kami :)

Untuk Parlimen PC, Dr Izani menang. Sejak dari kecik kenal dengan Dr Izani, a very good friend of my abah, and he's a very good man indeed.

Move on to sad news....


I saw my parents cried after we knew the result of GE13. Allah... that's what makes me hurt... A LOT.

"Wa makaru wa makarallah, Wallahu khairul makirin"
Kita merancang, dan ALLAH juga merancang, Allahlah sebaik-baik perancang.
[Ali-Imran : 54]


Ayat ini yang kuatkan saya. Bila baca nasihat Tuan Guru Haji Hadi, lagi buat saya sebak. 
Pesan TGHH :

Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaitu kerajaan Allah s.w.t.


'Kita tidak kalah..cuma belum menang'

Tears keep on flowing down. Allah Allah Allah....





Personally, PRU kali ini saya dapat menyedari banyak perkara.

Salah satunya saya dapat rasai sendiri ketidakadilan itu bagaimana pahitnya, dan bertambah-tambah pahit apabila saya tak mampu lakukan apa-apa. Tak mampu kerana terbatas dengan perintah Tuhan. Alhamdulillah, masih diberi nikmat yakin dengan janji Tuhan.


Yang paling perlu dimuhasabah adalah usaha yang terlalu sedikit untuk memenangkan Islam. Allah... =(

To those asking for "proof" to the allegations of BN cheating in the elections, please don't be blind and being ignorant about your country. There's a lot of proof that clearly can be seen.

Mungkin ini yang terbaik buat masa ni. Mungkin Allah tak bagi kemenangan pada kita kerana mungkin kita tak dapat mengisi kemenangan. Tapi, saya tak akan halalkan segala penipuan dan tipu daya mereka. Ingat, mahkamah Allah ada di akhirat kelak. Itu je yang mampu saya cakap.

Muhasabah diri balik. Mungkin Allah tak berikan kemenangan sebab diri kita sendiri. Koreksi balik hubungan kita dengan Allah. Apa yang jasad kita buat sebelum kita bertempur dimedan 'peperangan' ni? Qiamullai kita? Solat Subuh berjemaah kita? 


Terngiang-ngiang di kepala pesanan seorang hamba yang pernah ke Gaza. Menceritakan bagaimana mereka mempersiapkan kekuatan rohani mereka sebelum berperang. Salah satu kriteria awal untuk diterima masuk sebagai ahli Briged al Qassam ialah istiqamah bersolat Subuh secara berjamaah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum permohonan dan mesti disahkan oleh imam masjid di kariahnya.


Mungkin persediaan rohani kita tak cukup kuat dalam 'peperangan' kali ini....


Jom perkasakan tarbiyyah ruhiyyah kita. Pesanan khas buat diri sendiri yang lagha...

Aku impikan kita semualah yang tegar menjaga qiamullai dan solat Subuh berjemaah. Mulai esok... persedian rohani untuk PRU14...


This is what comes from the bottom of my heart. Ayuh ayuh sahabat..... Kita persiapkan diri kita semua ya. Doakan kita istiqamah melakukan segala gerak kerja untuk Islam ni :)

Ya Allah, redhailah jalan yang kami pilih ini. Amin :)



notakaki :: Faham-fahamla ye kenapa ada gambar hitam tu. Biar orang yang menipu ni ingat kegelapan alam kubur sikit. Hish menipu je kerjanya...


notakaki :: Adik-adik dah balik ke asrama, seperti biasa akh soghir, Lutfi akan nanges :(

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com