Friday, May 3, 2013

munajat kemenangan

Catatan di Jumaat yang terakhir sebelum PRU ke 13...

Kalau dulu, saya pernah bekongsi cerita Qiam With Me, program qiam jamaie seorang Sultan bersama rakyatnya. Walaupun tak diberi keizinan untuk menyertai qiam jamaie, saya berpuas hati dapat hantar hero-hero di rumah untuk qiam di istana. Inilah Kelantan. Subur dengan program mendidik jiwa :)

Hari ini, alhamdulillah, diberi keizinanNya untuk menyertai dan merasai qiam jamaie bersama puluhan ribu rakyat Kelantan yang lain. Kalau dulu di istana, kini kami berkumpul di padang stadium.




Program ini dinamakan Munajat Kemenangan :)


22 Jamadil Akhir 1434 H bersamaan 3 Mei 2013 . Alhamdulillah, Allah rezekikan saya untuk berada di sini. Hari yang sangat bersejarah buat saya. Izinkan saya berkongsi pengalaman manis saya ini ye.

Seawal jam 3 pagi, kami sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke tempat munajat. Dalam perjalanan menuju ke stadium, banyak kereta2x anak muda berkonvoi ke tempat munajat sambil mengibarkan bendera PAS. Tiba di stadium, jalan sangat jam (walhal masa tu baru pukul 3 ++ pagi), nak cari parking pun susah. Tapi at last dapat la jugak parking alhamdulillah. Gerai-gerai makanan dan pakaian pun banyak dibuka. Ini bukan 3 petang ye, 3 pagi. 

Masuk je dalam stadium, lagi kagum dengan lautan manusia yang datang semata-mata ingin qiam jamaie. Walaupun hujan renyai-renyai, semua tak berganjak dari tempat duduk. Ada jugak ibu bapa yang bawa baby-baby comel. Bagusnya kan. AllahuAllah.. tak dapat saya gambarkan perasaan saya masa tu.

Kami menunaikan solat Tahajud 4 rakaat 2 salam, solat Hajat, dan juga solat Witir di samping bersama-sama mengalunkan zikir munajat.

Allah, paling buat hati ni meruntum dan air mata jatuh berderai laju bilamana dibacakan Qunut Nazilah semasa solat hajat. Solat Hajat ni diimamkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Dalam fasa ini, rasanya, Qunut Nazilah ni satu kewajipan untk kita baca setiap kali selepas solat kan. Memohon pada Allah agar Allah memberi pertolongan memenangkan pakatan kita. Hanya pada Allah kami berserah...

Selepas solat Hajat, Tok Guru membacakan satu doa. Doa yang membuat puluhan ribu di stadium tu menangis. Allah... perkenankan doa kami Ya Allah, hanya kepadaMu kami berserah...

Saya percaya, malam ini, para Malaikat pasti bersama-sama kami yang meraikan satu pertiga malam bagi bermunajat memohon bantuan dari Allah, Tuhan yang memakbul segala permintaan. Lambat atau cepat, pasti tertunai.

Sebelum bersurai, dibacakan doa wehdah. Allahurabbi, tak dapat gambarkan perasaan tu. What an incredible feeling....

Kuliah Subuh juga terus disambung selepas menunaikan solat Subuh, disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Antara pesan Tok Guru yang berbekas di hati ialah, katanya, satu pertiga malam ialah satu waktu yang mudah untuk Allah makbulkan doa kita. Kita sebagai pejuang Islam, sepatutnya menggunakan waktu ni untuk memohon kemenangan Islam di muka bumi ni. Kita bukan hanya nak bermunajat malam ini sahaja, tapi harapnya, qiamullai menjadi darah daging kita. 

Saya sangat setuju dengan apa yang Tok Guru kata. Dalam fatrah PRU ini, kuatkan hubungan kita denganNya. Jaga amalan ruhiyyah kita. Masing-masing dah besar kan. Jangan sibuk nak berkempen, tapi end up bangun lewat Subuh iskisk. Banyakkan baca Quran, jaga solat berjemaah, jaga solat Subuh berjemaah, jangan tinggal Qiamullai dan banyakkan berdoa untuk kemengan Islam. 

Hoho pesanan ini ditujukan khas buat si penulis. Moga dikurniakan kekuatan buat kita semua untuk istiqamah.

Saya teringin sangat2x nak lihat suasana macam ni kat semua negeri di Malaysia ni. May Allah grant my wish :)

Perasaan berqiamullai bersama puluhan ribu jemaah yang lain sangat INDAH. Trust me ^.^


Jumaat, Sabtu dan Ahad. Counting the days... Moga kemenangan berpihak pada mereka yang ikhlas ingin menegakkan Islam. Allahuakbar!

Selamat mengundi! Khas buat rakyat Kelantan, satu ni je permintaan saya. Mohon diperkenan heheh.



KEKAL KELANTAN, TUKAR PUTRAJAYA :)


notakaki :: Balik awal ke Kelantan berbanding sahabat-sahabat yang lain. Alhamdulillah, sempat merasa bergerak kerja di Kelantan dan menyumbang utuk kemenangan di negeri tercinta. Walau seciput je, moga Allah terima amalku ini ^.^

notakaki :: Terasa nak makan semua benda, pizza, lasagna, pavlova, pie (kuatnya selera makanku kehkeh).. Tapi malas nak masak. Anyone can cook these for me? :)

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com