Thursday, November 26, 2009

Muhasabah Diri....

Alhamdulillah, akhirnya ari nie aku dah boleh bukak laptop, and of course bukak facebook n encek blog stlh 5 hari ak 'puasa'..hehe..almaklumlah minggu ni ak agak busy.

Ya, seperti sediakala, bilamasa ak free jer akan ku luangkan masa untuk ziarah blog dan website. Banyak yang aku dapat. Mungkin boleh mendidik jiwa ini yang kalau tidak diberi makanan, mungkin akan jadi kosong. Bukan badan ak je yg perlukan makanan, jiwa ini pun perlukan makanan agar sentiasa berada di landasan yang betul.

Hari ini, ak ingin berkongsi tatapan yg ak dapat dari Hilal Asyraf, melalui website beliau. Aku amat suka cara dan pendekatan beliau dalam menyampaikan mesej2x islam.

Bayak artikel yang sempat ak baca, tetapi, ada satu artikel yang amat menarik perhatianku. Tajuk artikel ini, "Wahai Umat, Aku Memanggil-manggil Kamu". Actly, ia adalah sebuah cerpen. Tapi mesej yang tersirat dalam cerpen ini amat mendalam. Ia berkenaan dengan perjuangan para pejuang palestin di Gaza dalam memperjuangkan tanah air mereka, tapi, harus diingat, mereka bukan sahaja memperjuangkan bumi Baitul Maqdis, tapi memperjuangkan ISLAM wahai sahabat sekalian. Islam yang kini kian tergadai dek kealpaan umat Islam yang hanya mementingkan kepentingan duniawi.

Cerpen ini dimulakan dengan satu ayat yang membuat diriku tersentak seketika....

" Kamu tinggalkan kami berjuang sedangkan pada kamu ada tanggungjawab"

Ya, kita juga punya tanggungjawab dalam menegakkan agama kita yang tercinta ini. Aku bertanya diriku, sejauh mana ak berkorban untuk Islam? Hanya Tuhan yang tahu betapa lemahnya diri ini, betapa lemahnya iman ini jika hendak dibandingkan dengan mereka yang sanggup mempertaruhkan segalanya demi Islam.

Aku, seorang insan yang amat lemah. Malu sebenarnya untuk kuakui, tetapi aku seorang yang punya banyak kelemahan. Maksiat dihadapan mata ini tidak aku cegah, tapi hanya sekadar membenci di dalam hati. Itulah aku. Takut. Itu yang ak fikirkan. Takut untuk kehilangan kawan bila kita menegur mereka, takut orang membenci diri ini tatkala ak menutur kata, dan takut..takut...takut....

Dalam cerpen itu juga diselitkan bersama sepotong hadis yang amat familiar bagiku, tapi, membuatkan otakku ini berfifkir sejenak.

Rasulullah SAW bersabda:

“Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan”

Ya, umat Islam kini boleh diibaratkan sebagai buih di lautan. Pernah anda melihat buih2x terapung di lautan? Ya, begitulah keadaannya. Umat Islam kini ramai, tetapi, berapa ramai yang menjadikan Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup mereka? Berapa ramai yang menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan sempurna?

Ya Allah, aku hambaMu yang lemah. Kekadang aku terfikir baagaimana keadaanku bila ak MATI? Aku tidak lagi bersedia Ya Allah. Amalanku amatlah sedikit. Amatlah sedikit. Namun, aku berharap aku tidak tergolong dalam kalangan umat Islam yang tergolong dalam penyakit wahn. Tahukah anda apakah wahn itu? Rasulullah pernah bersabda bahawa kelemahan umat akhir zaman ialah wahn, iaitu satu perasaan cintakan dunia dan takutkan mati.

Ya Allah, aku tahu aku hambaMu yang amat lemah lagi hina....
Ya Allah, tunjukkanlah padaku jalan yang lurus....
Ya Allah, mantapkanlah imanku walau apa jua badai yang melanda....
Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan yang kupilih ini....

AMIN...

Saturday, November 21, 2009

Urghh..kenapa ni tirah??

Umi, miss u...

Nak balik umah...

Kakak nak study pun malas...

Next week ada quiz chem and mat...

Nak balik....

Nak dok umah ngan umi...

Nak maen ngan lutfi n adek...

Nak...nak..nak...semua yg ada kat umah tu..

Ya Allah, kenapa hatiku amt tidak tenang sekarang?

Mungkin ini ujian dariMu...

Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini...

Ak disini belajar untukMu, demi agamaMu...

Ak juga disini untuk buat umi dan abah gembira dengan kejayaanku...

Ak tidak mahu gagal lagi dalam perancangan hidupku...

Ak tidak mahu umi n abah lihat ak seorang anak yg lemah...

Tetapi, hakikatnya, ak mmg lemah, amat mudah air mata ini gugur..amat mudah...

Hanya umi yg tahu betapa lemahnya ak..selalau jer nak nangis...

Mungkin betul abah cakap yg ak ni nampak je tough, anak sulung, tapi, akulah paling *****....

Ya Allah, kuatkanlah hatiku...

Bantulah aku untuk capai kejayaan dunia dan akhirat...

Jauhkanlah ak dari azab api nerakaMu...

Ya Allah, ak tidak hanya mahu berjaya di dunia, tapi ak juga mahu berjaya di akhirat sana...

"Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka"~Al-Baqarah : 201~

p/s...dah,dah...nak study pulak...umi..kakak balik next week..really miss u SO MUCH..wanna hug u my mum...

Thursday, November 19, 2009

Amalan selamatkan manusia daripada api neraka

Alhamdulillah...ari ni boleh jugak update blog..

Hari ni ak nak share satu hadis yg terdapat dalam buku Bertemu Janji Allah nukilan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tarmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafaie’, daripada Ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sa’id bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Semalam aku melihat perkara tang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan lelaki itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (Dengan amalan itu maka bertambah panjang umur lelaki itu).

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wuduk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dilkelilingi syaitan yang akan meyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Mka orang itu pun terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan meyesatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardhu adan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.

Au juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga,setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya.

Aku juga melihat sekumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan itu dia akan cuba dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan para manusia dan nabi.

Begitu juga aku melihat umatku sedang dilkelilingi oleh gelap-gelita meyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap-gelita dan menghantarnya ke tempat yang terang-benderang.

Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia; ‘Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah (berbual-buallah) terhadap orang ini.’ Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin ini kepada orang berkenaan.

Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.

Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku sedang diheret ke api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi munkar bersama dengan malaikat Rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari dalam kawah api neraka.

Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah SWT, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan Tuhannya. Ketika itu datanglah amalan mereka berupa akhlak yang mulia, lantas meemimpin tangan otang itu menuju ke hadrat Allah SWT.

Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang duhulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu menjadi penangkis kepada Allah melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.

Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebalinya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah amalan anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.

Aku juga melihat antara umatku sedang berdiri di tepi neraka jahannam dan hampir-hampir trjerumus ke dalamnya, maka,ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hinnga terselamatlah dia darpada api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu dosebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah api neraka. Meyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka, sebgaimana ketarnya orang sakit tenat. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu amalan ‘Husnu Dzan’ (sangka baik) terhadap Allah, mak husnu dzan itu mernyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam neraka serta dapat meneryskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang emngengsot dan merangkak di atas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah SAW) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat orang itu memimpinnya terus merentasi titian siratitu dan selamat sampai ke syurga.

Akhirnya aku melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.”

Ambillah iktibar daripada hadith ini wahai sahabat sekalian. First time ak baca hadith ni dalam buku Tok Guru, ak rasa nak share dengan sahabat sekalian. Diharap segala apa yang telah dikatakan oleh baginda akan kita jadikan amalan seharian.

"Sampaikan olehmu dariku walau sepotong ayat"-Maksud hadith-

Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan yg kupilih ini

Wednesday, November 18, 2009

Good Luck Amir..Do your best k..

Ermm, today my brother, amir, is sitting for spm rite now..

Wish him good luck..

Hope he'll get straight A+ for ur spm..

I know u will cause u really word hard towards it..

I know that..

Please, make umi n abah happy with ur success..

They really want to see us be an educated person and not to forget a good muslim.

...GOOD LUCK AMIR..HOPE U'LL GET 10A+...

Saturday, November 14, 2009

Weekend yang amat BEST..

Weekend ari tu amat kusuka..ceh, poyo je ayat..haha..ya, i really LOVE this weekend. Biasanya weekend ak yg biasa hanya teperap dalam bilik and of course depan laptop. And semua orang ingat ak tgh study. No..No..No..kalau ak bukak buku pun kejap je la..

Jumaat,13 Nov 09

Ok, lepas abis tutorial test mat je ak terus pergi PWTC, lebih kurang dalam pukul 12 lebiy cam tu. I went there with 6 of my classmates,x classmates exceli. Kitorang teramat lah letih. Macam mane x letih, terkejar2x bus, terkejar2x lrt, terkejar2x komuter..huh, boleh kurus ak camni. At last, sampai la jugak kitoram kat PWTC tu. sampai sane, kitoram cari surau nak solat zohor dulu. Terserlah yang amat sangat la yang kitoram pentingkan solat. Hahaha..amatlah perasan. Surau kat PWTC tu punya la cantik, cam kat hotel je. Then kitoram pun terus pergi Career Exhibition kat leverl 2 kot kalau x silap. Saje je nak pegi, bukannya kitoram nak cari kerja pun, just nak jalan2x sajela.

Masa kat PWTC

Then, punya la kitoram x de keje, kitoram pun meneruskan pengembaraan yg amat meletihkan dan menyeronokkan ke Times Square plak. Haha.. Ak ingat x nak la beli benda sebab duit x de (almaklumlah elaun x masuk lagi), tapi masa tgh jalan2x tu ak nampakla high heel yg amat memikat hatiku. Amatlah chanteek. Price pun cam ok je, then ak terus la beli. Amatlah puas hati.

Jibah..ni la high heel ak yang cun cam ak tu..
don't mind that background, tu katil ak tu..

Lepas kitoram shoping2x, rasa teramatlah lapar perut kami semua. So, kitoram decide nak pergi makan kat mcd, dan mcd ini amatlah dekat dgn Cosmos Theme Park. Even kitoram x main coz dah lewat dah+x solat asar lagi, tapi boleh la jugak nampak orang lain main roller coaster yg amat best itu. Yang penting, semua tempat yg kitoram pergi, sure pic akan diambil. Lepas abis makan, kitoram teruslah balik ke UIA.

Sabtu, 14 Nov 09

Hari ni pulak, atas request roomateku, ak pun pergilah ke Mid Valley pulak. Fareza, classmate ku yg tersayang pun join kitoram pergi mid. Then tetibe je vdad, bestfren forever ku msg bagitau yg kawan kitoram kat uitm nak jumpa kat mid jugak. Ak amatlah gumbira coz che 10 pun pergi mid. I miss her damnly. Lama sangat x jumpa dia.

Sampai je kat mid, ak, nadia n fareza terus pergi food court kerana perut kami amtlah lapar. Lepas makan je vdad cakap yg dioram semua tunggu kat mcd. So, ak pun pergila soram2x coz nadia n fareza nak pergi MPH. Sampai je kat mcd, punye la ramai yang ada, ety, enul, vdad, salma, che 10 n yam. Cam outing bebudak naim plak. So, ak pun decide la nak spend masa ngan dioram, balik lewat seket. Nadia n fareza balik UIA dulu coz nadia ada kerja nak disettlekan.

Yam n ety balik dulu, so, ak pun hangout la ngan uma, cep 10 n vdad. Rindunya kat cep 10, banyak jugak kitoram borak2x. Amatlah best hari ini.

Kat mid valley ngan bebudak UiTm, enul n c'10


LOVE VIVA VOUGE A LOT..HOPE WE CAN SPEND TIME TOGETHER....

Tuesday, November 10, 2009

Masa amatlah mencemburuiku.....

Huh..at last i found the article on baptism.. Yes, baptism in christianity. Actually, this is for RIM course project. RIM stand for Religions In Malaysia. When i say religious it means many religion rite. So, for this subject i'll learn all the religions in Malaysia. So, by this, we will know that only ISLAM is the only one for us and our way of life... And there's a lot of "karut-marut" things in their religion...

Ok, back to the topic.. Actly, there's a lot of things that i've been thinking rite now. There's a lot of things to do. Ok, ok, ok..be cool trah..Yes, i do not have much time.

Alah, cakap omputih la plak. Okla, ak nak cakap melayu plak. Kite ni org melayu, ckp melayu lg best. Seperti apa yg telah ak katakan, byk benda yg nak ak buat ari ni tapi ak rase macam masa amatlah m'cemburuiku. Teringat pula satu drpd 10 wasiat As-syahid Imam Hassan Al-Banna;

Kewajipan lebih banyak dari masa, oleh itu gunalah masa sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya

Ya, masa harus diguna dgn sebaik-baiknya. It's easy to say but it's hard to practise it. That's my opinion. Ya, mmg mudah untuk diucapkan, masa harus diguna dgn sebaik-baiknya, tp, bagaimana?? Teringat pula kpd satu surah di dlm Kitabullah yg amt pendek, tp besar sekali maknanya.

"Demi masa. Sungguh, manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
~Surah Al-'Asr ; 1-3~

Ya, manusia berada dalam kerugian. Ak manusia dan ak juga berada dalam kerugian. Masa yg Allah berikan kdg2x ak habiskan dgn tidur yg terlampau, tgk movie, tgk tv, facebooking, borak2x kosong, gelak byk2x dan amatlah banyak lg. Semua benda ni kdg2x melalaikan kita daripada ingat akan mati. Ya, mati. Perkara ni juga kdg2x boleh menggelapkan hati kita.

Hari ni, antara perkara yg ak plan untuk buat ialah baca chem for quiz tomorrow, pergi talk kat Lectue Hall B, cari article pasal baptism (da jumpe pon, after 3 hours of googling) dan byk lagi....
Yes, i did mention about talk kat LHB tu rite. That talk is about "Muhammad, The Art of War". This talk will be given by Ustaz Syaari Abdul Rahman (actly ustaz ni adalah abg kpd saudari Hajar Farhana, kwn kat sekolah Naim dulu). Ya, kdg2x ada jugak terlintas tak nak pergi talk sebab nak study. Tapi bila fikir balik..erm.. baik ak pergi talk. 2 jam je pun. Kalau tgk movie + borak2x + tidur + shopping + buat benda x b'faedah lgsg x pe la plak kan....Adoi...Ak harap bila ak pergi talk ni malam ni, byk ilmu yg ak dapat dan ak dapat lebih mengenali sirah Nabi Muhammad SAW...

Tu lah manusia, kalau pasal bab2x cari ilmu agama je rasa buang masa lah, bab beli buku agama plak rasa macam buang duitlah, kalau nak sedekah rasa macam x de faedah lah dan banyak lagi. Ak pun manusia jugak, actly, its a reminder for me too. Tulah, mmg dunia ni byk sgt benda yg best. Kdg2x yg haram pun kita tak hiraukan sgt sebab rase best tuh. And kdg2x bila environment kita byk buat benda yg haram ni, automaticly kita menghalalkan perkara tuh. Ingat, kita hidup kat dunia ni kejap je. Kejap sgt. Cuba bygkan macam mana keadaan kita semua bila di alam barzarkh dan di tika dihisab di pdg mahsyar kelak? Takut utk ak bygkan macam mana keadaanku di alam ini..takut...amat takut...

Oklah, that's all for this entry.....

Ya Allah, Tetapkanlah ak pada jalan yg kupilih ini.....

Friday, November 6, 2009

Something that i want to share bout my usrah....

Alhamdulillah, ari nie boleh postkan entry nie. Nak citer sikit bout usrah ptg tadik.Usrah ari ni buat pukul 6 ptg kat surau. Tapi, adoai, ak dtg lewat la. Adus, athirah, can't u be punctual? Ok, back to the topic. This is the very 1st usrah for this sem. Actly, ahli usrah ak same je cam last sem. Usrah ni under Persatuan Darul Naim or briefly known as PERDANA. It means that semua ahli dalam usrah ni adalah budak klantan. So, kitoram semua kecep klate ler.Ok, i got something to share with u all about our topic for usrah just now. Topic kami pada hari ini ialah Tasawwur Tarbiyah Islamiyah. Firstly, akak usrah kami, kak zati, tanye apa itu tarbiyah. Macam2x la kitoram jawab, itu la, ini la...

Kak zati pun cakap, time ni die x ckap lagi ape itu tarbiyah, tapi dia memetik kata-kata presiden GAMIS, seorang mahasiswa UM, yg pernah berkata bahawa tarbiyah bukan hanya didikan, tapi ianya adalah ternakan. Ternakan?Pelikkan? Kak zati pun explain la bahawasanya maksud tarbiyah seperti ternakan itu adalah seperti kita menjaga, memberi makan dan membelai haiwan peliharaan, begitulah juga tarbiyah. Ok or ko? Aku macam x dapat catch lagi maksud tarbiyah yg sebenarnya, then barulah kak zati bagitau the real definition of tarbiyah. Agak panjang maksudnya.

Tarbiyah ialah suatu peraturan yg terbaik yg mampu bertindak balas bersama fikrah insan, dikemukakan secara langsung melalui perkataan atau secara tidak langsung melalui qudwah (contoh ikutan / perbuatan), bertujuan mengubah manusia ke arah yg lebih baik menepati manhaj & wasilah tertentu.....


Teringat pula sepotong ayat Quran yg berbunyi...

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung"~Al-Maidah; 35~

Apa yg ak paham mengenai tarbiyah diri ialah bagaimana kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai aktiviti, antaranya dengan menyerai usrah. Melalui usrah, kita berupaya untuk bertukar-tukar pendapat sesama ahli dan mendengar ilmu yg disampaikan oleh naqibah. **Teringat pulak mase kat Naim dulu, selalu ajer ponteng usrah, odoai, teruknya ak dulu. Dah tua-tua ni baru nak berusrah**


Ok, then, apa itu matlamat tarbiyah? Sebenarnya, matlamat tarbiyah itu amatlah tinggi, tidak seperti apa yg aku fikirkan. Matlamatnya berperingkat, bermula dari Fardu Mualim hinggalah kepada pembentukan Khilafah Islamiyah.

1. Fardu Muslim
Ini bermaksud setiap individu Muslim wajib melaksanakan apa yg telah ditetapkan dalam Islam berpadukan Quran dan Sunnah.
2.Baitul Muslim
Iaitu pembentukan keluarga muslim yang terdiri daripada ibu dan bapa yang memahami hukum Islam dan dapat mentarbiyah anak-anak mengikut landasan syariat. **Nanti korang kalau nak nikah esok2x, carilah yg elok2x erk..**
3.Mujtamak Muslim
Apabila banyak keluarga Muslim yg terhasil, maka, komuniti masyarakat Muslim juga akan terbentuk. Dengan ini, golongan masyarakat cenderung untuk mengamalkan cara hidup Islam.
4.Daulah Islamiyah
Dengan komuniti masyarakat Muslim yg ramai dan memahami agama Islam itu sendiri, maka masyarakat akan berusaha untu menegakkan hukum Islam di negara mereka dan akan terbentuklah negara Islam. Negara Islam yg dimaksudkan bukan hanya pada nama, yakni hanya mengisytiharkan negara Islam, namun tidak mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.
5.Khilafah Islamiyah
Masih ingatkah anda akan kejatuhan Khilafah Islamiyah pada 3 Mac 1924? Satu malapetaka yg amat besar untuk umat Islam kerana Khilafah Islamiyah yg dibentuk sejak era awal Islam runtuh begitu saja. Pembubaran Negara Khilafah Islamiyah yang berpusat di Istambul ini dilakukan oleh seorang agen Inggeris berbangsa Yahudi iaitu Mustapha Kamal Attartuk. Inilah impian sebenar tarbiyah ini. Membentuk semula Khilafah Islamiyah.

Do u see how important tarbiyah is? Before ni ak hanya fikir skop tarbiyah hanya untuk memperbaiki diri sendiri, but, the real thing is, asas tarbiyah yg mantap mampu membentuk semula Khilafah Islamiyah yg pernah hancur suatu ketika dulu. Insya Allah, Hidup Islam, Hancur Kafir!!!

Ya Allah, Tetapkanlah ak pada jalan yg kupilih ini.....

Thursday, November 5, 2009

Ak tension nih..

Huh..tension sesangat semalam..ptg tu ok jer..tp malamnyer..tension gilerrr..byk sebab ak tension nih..nih bukan sebab study...tapi the reasons are....
1.......................
2......................
3......................
and byk lg...

Eeii..geramnyer ak..geram sesangat kat *********...

Dah la semalam umi call, tp mase tu mood ak x baek sgt..cakap kejap je ngan umi..around 15 minutes, biasenyer kalu ckap ngan umi at least dekat2x sejam...tp, my mom's voice make me feel cool for a moment...

***sori umi, kakak tension semale...***
sob3x....nak nangis, nak balik umah, nak jumpe umi...sob3x....

Tau2x je la kan, bile dah tension x kan tetibe nak study lak, kalau ak study pon x masuk gak..
Then ak decide nak bukak tenet, tp, huh, tenet x leh bukak plak..nie tetibe buat ak hangin semacam je ni..
Ok, nak call maheran la, tp ak msg die dulu sebab takut die busy...
And, mmg die busy, esok arinya(that's means ari nie la) die ade test chem..ok lah, x nak ganggu mum la cayarm..study betul2x, bia result gempak yer my dear...
Pastu, ak msg la ckin...budak ni mmg jenis yg happy go lucky giler, so, ak ingat nak call ckin la..

Ak msg ckin, "Mum tdow doh ko?"

Tapi, ckin reply lambat sgat..ak tidur doh ckin weh...

Then ak ingat nak tidur la...hope mimpi best2x..
Tapi mimpi pun x best gak..
Ak kunci jam kul 5, tapi bgn 5.30...huhh..
Sempat la sahur tapi ngan air masak+roti jerk...
coz ak ingat nak pose ari ni...
pastu, baca chem kejap qada' yg semalam...
kan semalam da ckap x leh study kan..

Ok, ari nie, mood tension tu dah ilang dah sikit...ok, tak nak dah tension cam tu...penat tau tension nih..

Wednesday, November 4, 2009

Diri Ini

Diri ini adalah hamba,
mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”

Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.

Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.

Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.

Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.

Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.

Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.

Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.

Diri ini adalah bakal isteri,
patuh kepada suaminya.

Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.

Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptanya.

----------------------------------------------------------------

‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna” adalah pertanyaan
Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
~Surah Al-A'raf, ayat 172~

Tuesday, November 3, 2009

7 sunnah utama Rasulullah

Hari ini petang ak takde kelas. Free..free..free....Then ak nak habiskan baca buku yang ak beli kat Kelantan ari tu. Tajuk buku ni ialah Diari Hidup Rasulullah SAW. A very nice and beneficial book. Banyak input yg ak dapat. Alhamdulillah, ak berjaya khatamkan buku ni. dari buku ni. Ok, sharing is caring rite? So, ak nak share la seket ape yg ak dapat aku dapat dari buku ni. Sikit dah la, ak dalam mood malas actly ni..haha...

Ok..serius...be serius...Melalui buku ini, kita dapat menjejaki sunnah utama Rasulullah SAW dalam sehari dari pagi hingga malam. Terdapat tujuh amalan sunah harian Rasulullah SAW yang terdapat dalam buku ini. Ini bukan bermaksud hanya tujuh amalan sahaja yang harus kita ikuti kerana masih banyak amalan yang telah dilakukan oleh baginda sepanjang hidup baginda, namun, tujuh amalan inilah yang Rasulullah SAW lakukan daripada bangun tidur sehinggalah baginda tidur semula pada malam hari. Harus diingat, setiap perbuatan yang telah dilakukan oleh baginda, jika kita contohinya dan jadikan sebagai amalan seharian, diharap akan dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah dan diharap kita akan mendapat syafaat Rasulullah tika kita amat butuh akan bantuan di akhirat kelak. Juga, diharap kita akan menjadi seorang Islam yg bukan hanya bergelar seorang Muslim, tetapi mempraktikkan setiap amalan yang dituntut syariat....INSYAALLAH.....

7 sunnah utama Rasulullah SAW...
1.Solat Tahajud
2.Menyelami dan memahami Al-Quran
3.Solat Subuh berjemaah di masjid
4.Solat Dhuha
5.Sedekah
6.Memelihara wuduk sepanjang waktu
7.Zikrullah

Untuk keterangan lebih lanjut akan fadhilat dan keistimewaan amalan ini, akan kukupas untuk entry yang lain..nak study pulak ni..

Antara pengajaran yg ak dapat dari buku ini ialah..
-Rasulullah SAW tidak diutus semata-mata mahu dipuja dan diagun-agungkan
-Rasulullah SAW tidak diutus semata-mata untuk menjadi simbol agama Islam
-Namun, Rasulullah SAW diutus sebagai qudwah hasanah, supaya kehidupannya, keperibadiannya dan keunggulannya menjadi bekal utama kepada umat baginda, iaitu saya, saudari, saudara dan seluruh umat Islam sekalian
-Jadi, ayuhlah athirah dan sahabat sekalian kita jadikan 7 sunnah utama Rasulullah SAW ini sebagai amalan seharian kita......

Ya Allah, Tetapkanlah ak pada jalan yang kupilih ini......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com