Thursday, April 29, 2010
opet..sobsss..
Monday, April 26, 2010
kalau Tuhan tu baik, kenapa buat neraka ?
Ini kisah benar.Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premisberkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalasdengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak,
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh disediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang.”
“Baik saya jadi tokey judi, atau bapa yam. Hidup senangm, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga”
“ Mungkin awak ni saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je awak”
“Takpe bunuh orang pun, sebab neraka tak de. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Than hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik?”
“Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘LULUS’ percuma”
“Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga, perogol akan jumpa orang yang dirogol dalam syurga, lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak”
“Takde siapa yang akan terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakan Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa. Adil ke macam ni?” tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesame umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, dan juga Maha Adil”
“Sebab tu neraka wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.”
“Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas duni ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah. Maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita”
“Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamualaikum”
Artikel ini dipetik di sini...
perniagaan yang tidak akan rugi
Sunday, April 25, 2010
semua orang kena buat, jangan banyak alasan !!
Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.
Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.
Justeru itu, Allah tala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :
كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)
**************************
Pesanku, gunakan segala kemudahan teknologi yang kita ada (facebook, twitter, blog), gunakan ia sebagai jalan untuk menjalankan misi amar ma'ruf, nahi munkar !!! Ia tanggungjawab kita bersama.
p/s : rindu akan usrah, dan terus msg akak naqibah, dan katanya, walaupun cuti ni x dop usrah, still buleh tamboh ilmu lagi, guna cuti ni untuk baco buku banyop2x....
Friday, April 23, 2010
aku ingin jadi pohon semalu itu...
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama,
pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua,
semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga,
semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali,
semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Sememangnya Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya. Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu. Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil namun penuh dengan keistimewaan...
Thursday, April 22, 2010
tag..tag..tag..
Tuesday, April 20, 2010
lutfi..oh lutfi !
Monday, April 19, 2010
jagalah 7 sunnah nabi
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Wallahualam. ..
to athirah....
Wednesday, April 14, 2010
subhanallah...ada sungai dalam laut..
Sungai dalam laut? Kedengarannya memang aneh, tetapi sungai tersebut terdapat di sebuah tempat di Mexico yang bernama Cenote Angelita(laut Mexico).Terdapat juga disana sebuah gua. Jika menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, dan dapat melihat sebuah ’sungai’ di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Dan si penyelam tersebut, Mr.Jacques Yves Costeau memeluk agama Islam, sebab dia yakin dan percaya bahwa Al-qur'an benar -benar Wahyu Allah.
Al-Qur'an Surat Al-Furqan:
Friday, April 9, 2010
get married first, then we couple...
Boy: Yes. At last. I have been praying for that.
Girl: Do you want me to leave?
Boy: NO! Don't even think about it.
Girl: Do you love me?
Boy: Of course! Over and over!
Girl: Have you ever cheated on me?
Boy: NO! Impossible?
Girl: Will you kiss me?
Boy: Every chance I get!
Girl: Will you hit me?
Boy: Are you crazy! I cannot even imagine doing that !
Girl: Can I trust you?
Boy: Yes.
Girl: Darling!
After Marriage ~ Simply read from bottom to top
Thursday, April 8, 2010
nak solat kena ada telekung ke ?
Setelah dikira-kira, sudah tahun kelima penulis berada di bumi Cork ini. Jauh dari keluarga, jauh dari bumi Malaysia. Sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sini, hati dah mula gusar tentang penjagaan diri dan iman, al maklumlah Islam dikatakan asing di bumi Eropah ini.
Namun, setelah masa berlalu, kehidupan yang dilalui tidaklah seperti yang digambarkan sebelum ini. Banyak perkara yang mematangkan kita sebagai seorang Muslim terutama dari segi pengukuhan akidah, pengamalan ibadah dan cerminan akhlak, lebih-lebih lagi kitalah duta Islam di sini.
Kadang-kala, terdetik di hati bahawa lebih senang untuk mempraktikkan Islam di siniberbanding di tanah air sana. Paling kurang, dari segi ibadah, kita lebih mudah mempelajari, memahami dan mengamalkan rukhsah yang diberikan oleh Allah swt. Pendek kata, Islam itu Mudah!! Siapa kata Islam itu remeh dan menyusahkan?
Biasa tak kita dengan situasi di bawah? Situasi di bawah bukanlah menunjukkan contoh pengamalan rukhsah, tapi cukup untuk kita memahami bahawa Islam itu mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Bila dah hidup di negara yang minoriti Muslim ini, barulah kita berusaha lebih sedikit menuntut tentang perlaksanaan ibadah itu sendiri seperti yang digariskan oleh Islam; oleh 4 Imam Mazhab & Ulama-ulama Muktabar yang menghuraikan berdasarkan rujukan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita tidak lagi menjadi Muslim yang pasif, yang beramal ibadah mengikut adat kebiasaan kita.
Situasi 1
Siah: “Jom korang, kita pergi solat. Waktu Maghrib dah nak habis nih. Lepas solat nanti, kita pergi laa cari kedai makan tu.”
Minah: “Alaa, korang je laa gi solat, aku tak bawak telekung la..terlupa. Nanti balik aku qada’ ah!”
Situasi 2
Seorang muslimah menunaikan solat di surau KL Central ketika dalam perjalanan untuk Program Pre-Departure Kolej Mara Banting (KMB). Bagi menjaga penampilan dan usaha untuk mendapatkan thiqah (kepercayaan) daripada peserta-peserta, muslimah ini memakai jubah labuh dan tudung batu permata.
Bisik-bisik seorang penghuni surau itu: “Aish, doh bakpe hok pelek sangak pompuang tuh semayang dok paka telekung tuh? Mane soh semayang die? Beso jalo pong dok reti-reti agi!”
Lirik-lirik pula beberapa penghuni surau yang lain. Lirikan tajam itu seolah-olah macam tengok orang buat maksiat kat dalam rumah ibadah lagaknya.
Situasi 3
Seorang anak yang merupakan penuntut University College Cork pulang untuk bercuti musim panas. Setelah bersiap-siap untuk ke usrah dengan sepasang baju kurung ‘pokka dot’, kedengaran laungan azan. Lalu, si anak terus mengangkat takbir untuk solat.“Allahuakbar…”
Tiba-tiba, debuk!! Adush, belakang si anak ditepuk orang! Si ibu rupanya!
“Nak semayang guane tak pakai telekung tuh? Aurat tutup tak sempurna.. Mana sah semayang! Ustaz mak masa dulu-dulu kata kita kena pakai telekung. Gi pakai telekung nung. Belajar tinggi-tinggi, makin tak paham agama mak tengok”
“Ala mak, tutup aurat laa ni. Dah tutup semua dah kecuali tapak tangan ngan muka. Tak semestinya kena pakai telekung. Kang tutup muka tak nampak plak kat mana sejadah.”
“Amboi, pandai pulak dia nak menjawab. Kita yang dulu-dulu ajar dia semayang, sekarang dia nak melawan kita plak. Pegi pakai telekung nung”
Kerana taatkan si ibu, maka si anak pun memakai telekung dan memulakan solat.
3 situasi yang dinyatakan di atas rasanya turut dialami oleh ramai di kalangan kita yang sudah lama tinggal di bumi asing. Iyalah, budaya orang Malaysia, bila nak solat kena pakai telekung! Tidak boleh kalau tiada telekung sembahyang. Setiap orang pasti sekurang-kurangnya mempunyai satu set telekung solat.
Dan setiap ibubapa pasti menyiapkan sekurang-kurang satu set telekung sembahyang untuk kegunaan anak-anak mereka.
Jadi, satu soalan yang penting untuk dijawab oleh setiap daripada kita; Muslimah yang bertanggungjawab untuk menjaga ibadahnya, dan juga Muslimin yang bakal menjadi pemimpin keluarga dan ummah.
Pemakaian telekung itu suatu syarat sah ataupun satu budaya dalam mengamalkan ibadah solat?
Saya sendiri sejak menuntut di luar negara, telekung bukan lagi satu keperluan apabila bermusafir. Jika di sini, kompas dan jaket labuh la lebih utama.
Jika di Malaysia pula, cukup sekadar pemakaian yang menepati syarat menutup aurat kerana masjid dan surau insyaAllah bertaburan di bumi tempat Islam berkembang. Apabila tiba waktu solat, maka tunaikanlah solat itu di tempat yang sesuai dalam uniform yang dipakai pada ketika itu. Adik-beradik dan ibu juga begitu. Alhamdulillah adik-adik merupakan orang yang mengikuti usrah, dan mak juga sedia belajar dari kami.
Namun, pertanyaan ayah sewaktu dalam kereta suatu hari membuatkan saya sedikit tidak berpuas hati kerana tidak dapat membalas hujah beliau.
“Eh, awak semua semayang ni, tengok-tengok sikit sah tak sah. Mak Ton suruh pesan hari tuh, dia dah bising sebab awak semua sembahyang tak tutup tapak tangan”
“Tapi ayah, aurat kita perempuan ni kan semua anggota tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Dan aurat kita dalam sembahyang adalah sebagaimana aurat kita sekarang laa kan? So, bolehlah nak solat dengan sebarang pakaian yang kita pakai, selagi mana kita pakai pakaian yang menutup aurat?”
“Tu aurat bila di luar, aurat masa sembahyang kena tutup belaka”
Sudah, saya dah pening dan ketandusan idea nak melawan hujah ayah. Jadi, baik diamkan sahaja. Tetapi sesuatu mesti dibuat. Kebetulan Milah (bukan nama sebenar) ada beli satu buku Fiqh Wanita. Jadi tepat sekali untuk dijadikan rujukan saya.
Alhamdulillah ada satu bab tentang ‘Aurat Wanita dalam Solat’.
Ada sesiapa yang nak teka atau berikan jawapan tentang aurat wanita dalam menunaikan solat?
Aurat Wanita dalam Solat
Maksud hadith:
Bila saya baca hadith ini, saya tahu mesti nanti ayah tanya apa yang dimaksudkan dira’, khimar dan izar tuh? Pelik-pelik istilah ini.
Dira’ = baju wanita yang dikenakan melalui leher sehingga ke badan (blouse, baju kurung, gaun)
Khimar = kain penutup kepala wanita dan tidak diwajibkan untuk menutup muka seperti telekung, kerudung
Izar= Pakaian yang menutupi tubuh separuh sehingga ke kaki (kain sarung, kain baju kurung)
Oh, jadi pemakaian telekung itu memenuhi tuntutan hadith sebenarnya (khimar + izar). Tetapi tidaklah jatuh hukum wajib memakai telekung.
Dalam riwayat lain,
Tetapi kena juga diingat kawan-kawan, kerudung/tudung itu apa syaratnya? Mesti ingat apa yang Allah swt dah sampaikan kepada kita tentang syarat tudung ini. Kalau lupa mari kita tengok sama-sama;
Aurat wanita menurut Mazhab Syafi’i dalam solat adalah sekujur tubuh kecuali muka, bahagian belakang tapak tangan dan telapaknya. Apabila auratnya terbuka dalam solat dalam keadaan dia mampu menutupnya, maka batal solatnya. Bila aurat terbuka kerana tiupan angin, lalu ditutup tanpa banyak gerakan, maka tidak membatalkan solat.
Tetapi sekiranya terbuka kerana sebab-sebab lain umpama dilanggar binatang atau anak-anak kecil, maka solatnya batal.
Kesimpulan
Jadi, saya rasa saya sudah memahami sedikit sebanyak aurat wanita dalam solat mengikut mazhab Syafi’i. Bolehlah telefon ayah sekarang. Hmm, atau mungkin boleh saja tinggalkan mesej di Facebook ayah, lagipun lebih senang nak terangkan.
Oh, sebelum berhenti, sebenarnya ada sambungan untuk situasi yang ketiga tadi.
Si anak yang taat itu lalu bersedia untuk keluar bagi menghadiri usrah setelah usai solat.
“Eh, nak pegi mana tuh? Menonong dengan telekung tak bukak?” kata si Ibu.
“Nak gi usrah. Dan lambat dah ni.”
“Bukak laa telekung tuh dulu. Tak ke pelik nak pakai telekung berjalan keluar.”
“Dah tuh tadi kata pakai baju kurung tak tutup aurat, tak sah sembahyang. Jadi, kenalah pakai telekung kalau nak berjalan keluar. Baru tutup aurat betul. Nanti berdosa pulak kalau orang nampak aurat kita”
P/s: Muslimat, bersedia untuk menentang arus budaya Malaysia? Dan bersedia untuk memahamkan masyarakat Malaysia tentang perincian perlaksanaan solat? Hmm.. ‘Dare to be a Stranger’
Wednesday, April 7, 2010
kita umpama pokok...
Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan dalam hatinya. Umpama pokok dengan akarnya. Bermakna, tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya, sepertimana pokok, apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Apabila rosak akar, maka akan rosaklah pokok dan cabangnya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.”
(Al- A’raf: 58)