Friday, April 2, 2010

which one do u prefer ? dosa atau pahala.....

Apabila kamu letih melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal.


~Saidina Ali~


Honestly, aku amat suka kata-kata di atas. First time aku jumpa kata-kata ini, terus aku jadikan status untuk facebook aku buat tatapan aku juga sahabat. Untuk dikongsi. Bagiku, kata-kata ini seolah-olah memberi aku motivasi. Motivasi untuk terus melakukan perkara yang baik, walaupun kekadang kita terasa letih, terasa asing dan bermacam-macam lagi dugaan. Tapi, ingatlah, kebaikan yang kita lakukan itu akan kekal. Kekal dan kekal. Pahala pun terus juga kekal, dan menjadi pemberat untuk timbangan di akhirat sana. Namun, jangan dilupa, kebaikan yan dilakukan haruslah niat kerana Allah, bukan untuk manusia, bukan juga untuk duniawi semata-mata.

Dosa. Satu perkataan yang kita selalu dengar dan kita takut untuk melakukannya, kerana memikirkan tentang azab yang akan mendatang. Namun, adakah kita terlepas dari tidak melakukan dosa. Semua orang boleh dikatakan akan melakukan dosa dalam hayatnya. Tapi, kita boleh untuk cuba hindari. Juga kepada rakan-rakan, tegurlah diri ini juga rakan kepada anda yang lain jika diri ini lalai, hanyut dalam melakukan dosa.

Dosa, kekadang seronok untuk melakukannya. Contohnya, tak tutup aurat. Zaman sekarang ni, kalau orang tutup aurat proper akan ada yang terasa pelik. Akan ada yang kata mereka ni jumud, tak kurang juga yang mengatakan mereka ni nak tunjuk alim la, nak tunjuk baik la dan macam-macam lagi. Walhal tu memang yang Allah suruh kan. Tapi, kalau pakai baju dan seluar ketat-ketat, pakai tudung tak menutupi dada, yang teruk lagi, tak pakai tudung langsung, cukur bulu kening dan macam-macam lagi cara untuk wanita bergaya walhal, langsung tak menepati ciri-ciri yang ditetapkan Islam. Tapi, mereka rasa bangga, seronok untuk melakukannya. Katanya, itulah style sekarang. Tapi, ingat, dosa akan terus kekal, unless mereka-mereka ini diberi hidayah untuk bertaubat.

Bab couple pulak. Perkara yang biasa sekarang. Mostly remaja sekarang mempunyai pasangan hidup masing-masing (nak kata suami / isteri pun tak). Best kan kalu hari-hari ada orang call, ada orang concern kat kita, ada orang sayang kat kita, ada orang yang kita boleh luahkan perasaan tatkala kita sedih dan macam-macam lagi la (geli aku..eeii..). Mungkin la couple ni seronok dan indah (tak pernah rasa, so tak tahu macam mana..haha). Tapi, ingatlah, dalam keseronokan yang anda rasai itu, anda bergelumang dengan dosa. Tahu kan couple tu haram kan? Tapi, bagi sesetengah pihak, mungkin sukar untuk diterima. Untuk keterangan yang lebih detail, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca artikel yang terdapat di iLuvIslam dan banyak lagi sumber lain mengenai couple ni (kalau x caye yang couple tu haram la...).

Yang aku jelaskan di atas ialah engenai keadaan remaja yang sebaya macam aku ni. Exceli, banyak lagi dosa-dosa yang manusia lakukan di dunia ini sebenarnya. Tapi, tak mahu ulas dengan panjang lebar, takut tersalah fakta. Tapi, insyaAllah, aku akan berkongsi apa yang telah aku tahu mangenai 70 dosa-dosa besar ini. Sebenarnya, aku pun tak ingat semua kesemua 70 dosa besar ini. 70 dosa besar ini ialah menurut Al-Imam Az Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair (70 Dosa-Dosa Besar). Sebenarnya, agak lama aku mencari di Google tentang hal ini dari banyak sumber, untuk mengesahkan kebenarannya. Tak nak la berkongsi ilmu yang kita sendiri pun tak pasti. Tapi, andai aku tersilap fakta, silalah komen dan tegur. Ini ialah himpunan 70 dosa besar menurut Al-Imam Az Zahabi.

1. Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram
29.Bunuh Diri
30.Berbohong
31.Hakim yang Tidak adil
32.Rasuah
33.Wanita yang menyerupai Lelaki
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat
40.Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain
43.Menabur Fitnah
44.Mengutuk Umat Islam
45.Mengingkari Janji
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami
48.Gambar pada Baju
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup
60.Berdebat dan Bermusuh
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

p/s :Cuba periksa dalam 70 perkara tu ada tak yang biasa kita buat? Kalau ada, sama-samalah kita cuba usaha untuk tinggalkan perkara tersebut. Semoga Allah swt selamatkan kita semua dari azabNya…




Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com