Tuesday, April 20, 2010

lutfi..oh lutfi !

Alhamdulillah, di saat aku menulis post ini, lutfi, adikku yang bongsu, tengah melukis dan mewarna dengan gembiranya (maknanya dah sihat walafiat dah la). Sebenarnya, kami baru balik dari HUSM untuk buat EEG, shortform kepada Electroencephalography. Diharap result EEG ni yang akan keluar sebulan dari sekarang akan memberikan respons yang baik, harapnya tak akan ada keputusan yang menunjukkan lutfi ada brain complication.

Lutfi semasa proses EEG

Untuk pengetahuan anda semua, lutfi telah dimasukkan ke hospital pada 8 April 2010 kerana demam panas, namun ianya bukan sebab utama kenapa lutfi dimasukkan ke hospital. Biasanya, dalam adik-beradik aku, kalau demam panas, abah sendiri yang akan masukkan air dan bagi ubat kepada kami. Sangat-sangat jarang abah hantar kami ke hospital. Tapi, dalam kes lutfi ni, sebelum dia demam panas, sudah seminggu dia mengadu pening kepala yang teramat sangat, dan biasanya lepas dia buat homework, tengok tv dan membaca, dia akan complain sakit kepala. Kata abah, mungkin ada masalah vision (biasa lagi) atau brain (ni yang kami takut).

Dan, selepas dimasukkan ke HUSM, abah ada contact kawan abah yang juga merupakan Pakar Pediatrik di HUSM. Namun, pada ketika itu, kawan abah tu ada kursus luar pada Kota Bharu, jadi dia usulkan kes lutfi kepada Dr. Ariffin (bukan abah aku ye), yang juga merupakan Pakar Pediatrik di HUSM. Dan, setelah sesi soal jawab antara Dr Ariffin dan umi, doktor tu berpendapat yang mugkin lutfi ada brain infection, mungkin juga virus daripada rabbit sebab lutfi suka main rabbit, tapi menurut doktor tu, dia tak pasti yang virus daripada rabbit, namun dia cadangkan untuk tengok air tulang belakang lutfi untuk tengok sama ada lutfi ada brain infection atau tidak. Dan, umi dan abah setuju untuk para doktor menjalankan proses untuk ambil air tulang belakang lutfi. Doktor juga mencadangkan untuk buat CT Scan untuk kepala lutfi. Dan, pada hari Jumaat, lutfi buat kedua-dua proses yang dicadangkan oleh para doktor. Aku selaku kakak sulung sentiasa menemani umi dan lutfi, harapnya dapat mengurangkan dan berkongsi keletihan yang umi rasa dan mengurangkan rasa takut lutfi yang berada di hospital

Inilah mesin yang digunakan untuk Head CT Scan

Dan, alhamdulillah, selepas menjalani kedua-dua proses ini, keputusannya amat baik. Tiada yang pelik pada keputusannya, maknanya normal. Tapi, lutfi masih dikehendaki untuk berada di hospital agar dapat diberikan ubat antivirus. Dan, alhamdulillah, demamnya juga semakin kebah. Suhu menurun dari 39.6'c kepada normal. Syukur ke hadrat Illahi.

Jumaat, 9 April 2010, keadaan lutfi selepas
diambil air tulang belakangnya

11 April 2010, ahad. Hari ahad merupakan hari bekerja di Kelantan. Jadi, umi pun turut ke sekolah memandangkan keadaan lutfi pun dah ok. Abah still cuti agar dapt memudahkan pergerakan umi dan adik-beradik lain ke sekolah dan hospital. Jadi, akulah yang menjaga lutfi di hospital. Masuk hari ni, sudah 4 hari kami berada di hospital. Keadan lutfi baik dan stabil. Cuma kadang-kadang mengadu sakit belakang, kesan daripada proses ambil air tulang belakangnya. Ramai juga doktor yang datang untuk melihat keadaan lutfi dan juga untuk ambil darahnya.

Namun, apa yang mengejutkan aku, ada doktor datang dan memberitahu aku yang lutfi disahkan positif H1N1. Tak tahu puncanya dari mana. Jadi, doktor nasihatkan aku untuk ambil mask untuk aku dan juga lutfi. Juga, doktor cakap yang lutfi akan dipindahkan ke Hospital Tumpat untuk isolatekan dia daripada orang ramai.

Lutfi dipindahkan ke Hospital Tumpat pada malamnya. Jadi, kini lutfi dirawat di Hospital Tumpat. Lutfi berada di sana hinggalah hari khamis, 15 April 2010. Semasa di sana, lutfi hanya diberi ubat antivirus dan juga ubat H1N1. Selama berada di 2 buah hospital, lutfi menerima hampir 10 suntikan di badannya. Umi pula, cuti selama seminggu untuk menjaga lutfi di hospital. Dan aku, selama seminggu, menguruskan adik-adik di rumah selama umiku tiada di rumah. Semua tugas yang umi lakukan selama ni dapat aku rasa selama seminggu. Letih jugak rupanya.....

Inilah pengalaman adikku Ahmad Lutfi yang baru berumur 8 tahun, namun melalui pengalaman yang tak pernah aku rasa semasa zaman kanak-kanakku. Lutfi strong boy kan, kan?

Saya sudah SIHAT sekarang !!!
Thanks to all doctors at HUSM and Hospital Tumpat for treating me kindly
~kata lutfi~

3 sila..silakan komen..:

basyeerah said...

tirah, smga tabah dgn ujian ni..
bln 3 ari 2, abh ak denggi, adk ak yg djh 1 positif h1n1. alhamdulillah, skrg smua dh sihat.:)

athirahariffin said...

setiap ore Allah akan uji dengan perkara hok berbeza..alhamdulillah, abah mum n adik mum sihat doh..ado ore Allah uji denga kematian ahli keluarga..tapi kita, Allah uji sikit je kan...thanks to Allah..

Athirah I. said...

lutfi is strong enough..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com