Monday, April 26, 2010

perniagaan yang tidak akan rugi

Kalau sebut pasal perniagaan, mesti ramai yang terbayangkan duit kan? Dan ada juga yang akan fikir kalau berniaga mesti akan kaya kan? Tapi, ada juga yang akan fikir, "aku ni mana ada modal, nak meniaga mana boleh" dan juga akan ada suara yang mengatakan, "tak mahu la meniaga ni, nanti kang rugi pulak". Tapi yang pastinya, ramai yang ingin memulakan perniagaa kerana hasil yang kan kita dapat, iaitu DUIT. Yelah, zaman sekarang ni, semua benda perlukan duit kan.


Duit oh duit !!!

Dan, hakikatnya, ramai yang berminat bilamana mendengar tentang perniagaan yang menguntungkan, malah teruja bilamana keuntungan yang ditawarkan berlipat-lipat ganda. Bercakap mengenai perniagaan, ada satu perniagaan yang mana mempunyai banyak kelebihan iaitu:

1) Perniagaan ni tak pernah akan rugi. Kita akan dapat untung je, dan keuntungan pulak dalam jangka masa yang panjang.

2 )Semua orang boleh masuk, tak perlu modal duit LANGSUNG.

3) Kalau apply nak jadi ahli perniagaan ni, conform tak akan kena reject. Malah, insyaAllah, seluruh alam termasuk malaikat mengalu-ngalukan kedatangan anda sebagai seorang ahli perniagaan.

4) Perniagaan ni dapat jaminan dari Allah.

" Wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang melepaskan kamu dari azab yang pedih"
(Surah As-Saff : 10)

Haa, apakah gerangan perniagaan itu?


"(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(Surah As-Saff : 11)

Perniagaan itu ialah :
1) Beriman kepada Allah dan RasulNya
2) Berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa



Moga aku thabat dalam perjuangan ini !!

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com