Thursday, April 29, 2010

opet..sobsss..

Opet ialah nama kepada arnab yang sangat kami sayang.
untuk cerita tentang opet, klik sini...
Dan hari ni, 28 April 2010, opet telah meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya
Sebenarnya, aku sedih jugak dengan kematian opet, sebab rasa macam sayang sangat kat bunny yang manja ni.
Air mata aku tak lah mengalir laju, just bergenang je.
Tapi, adik dan lutfi menangis bagai nak rak, diorang memang sangat100x sayangkan bunnies ni, lepas balik sekolah mesti tengok opet dan montel.
Adik-adikku, tak pe la, dia mati sebab sakit kan, nanti kalau dia tak mati dia seksa jugak kan?
Aku sendiri menyaksikan dengan mata aku sendiri macam mana opet mati.
Opet menggelepar macam kena ape ntah.
Kita tahu kan arnab tak ada suara, tapi maybe disebabkan sakit yang teramat, aku dapat dengar suara opet.
Sedih sangat masa tu.
Semalam, hidung dan mulut opet berdarah, dan hari ni, leher dia bengkak.
Aku mintak abah bawak opet ke vet.
Tapi, abah cakap maybe kena penyakit tetanus (kancing gigi) due to infection kat tempat bleeding tu.
It just my father's assumption.
Tapi aku rasa ad betulnya sebab memang badan opet kejang sangat tadi.
So, kalau binatang, baik mati je, nanti lagi seksa.
Dan, macam tu jugalah aku cakap kat lutfi dan adik, baik biar dia mati, nanti kalau dia hidup dia akan terseksa.
Tak baik kan seksa binatang kan..kan..?
Adik-adikku sayang, nanti kita beli bunny baru ye.
Nanti boleh teman montel.
Kesian montel tidur sorang-sorang malam ni.


p/s : Binatang kalau mati dia dah tak ada apa-apa dah, manusia ni kena masuk alam barzakh, dan seterusnya ke alam akhirat untuk dihisab. Tiba-tiba terfikirkan hal ini. Bersediakah aku ?


0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com