Ceritanya begini, ada la satu hari, ada orang tanya aku apa faedahnya baca surat khabar. Bagi aku, memang amat berfaedah, sebab tu aku amat suka baca surat khabar. Soalannya seakan-akan menyindir aku yang memang suka tahu isu semasa. Tapi, dia tanya dengan cara yang baik, dan awal-awal lagi dia dah katakan yang dia bukan mahu berdebat, tapi hanya mahu bertukar pandangan kerana baginya, memang membaca surah khabar itu amat membuang masa dan tidak ada faedahnya. Tapi, akhirnya, ianya seakan mahu berdebat denganku. Banyak idea yang berlegar di fikiranku, tapi, disebabkan kelemahanku untuk berhujah dengan betul, aku seakan 'kalah' dalam 'debat' ini.
Memang kadang-kadang fakta dalam surat khabar tidaklah 100% tepat. Itu aku akui. Tapi, itu bukan alasan untuk kita lari dari mengetahui hal semasa. Takut percaya pada fitnah katanya. Memanglah kalau hanya bergantung kepada satu sumber, kita akan mudah untuk mempercayai hanya pada satu sumber itu. Jadi, janganlah membaca hanya satu jenis surat khabar sahaja. Bacalah banyak surat khabar tentang isu yang sama dan anda nilailah sendiri. Ok, dalam post ini aku bukan mahu menyatakan apa kelebihan memebaca surat khabar itu sendiri.Tapi di sini aku ingin nyatakan yang aku memang punya kelemahan iaitu tidak boleh berdebat dan berbahas secara berhikmah.
Ya. Secara berhikmah, Itu yang penting sebenarnya. Dan punya kelebihan untuk berbahas juga penting. Ok, mungkin anda tertanya-tanya, kenapa ianya penting. Bagiku, ianya penting agar kita dapat menerangkan pegangan dan kepercayaan kita agar orang lain dan secara tidak langsung, membuatkan mereka mudah untuk percaya dan yakin dengan apa yang kita katakan. Contohnya, kalau orang tanya kita kenapa perlu tutup aurat secara sebab orang yang tak tutup aurat tu pun ada yang jauh lebih baik dari yang menutup aurat? Adakah anda menutup aurat hanya untuk nampak 'baik' dan 'alim' di mata manusia? Ha, kalaulah kita ditanya tentang persoalan yang sebegitu rupa, bagaimana untuk yakinkan sahabat yang bertanya dengan pegangan kita selama ini. Kalaulah orang yang bertanya itu pandai berhujah dan berjaya mengutarakan hujah yang kukuh, bukankah kita gagal untuk menyampaikan apa yang patut kita sampaikan kepada dia? Mungkin juga, hujahnya boleh membuatkan mindset kita bertukar dan mungkin kita lari dari apa yang kita pegang dan amalkan selama ini.
Itu hanya contoh yang kecil. Bukan lagi ditanya tentang persoalan akidah. Mungkin juga satu hari kita akan ditanya oleh orang bukan Islam tentang Islam. Bagaimana insan macam aku yang punya kelemahan untuk berhujah, mahu menyampaikan apa yang aku faham tentang Islam kepada mereka? Dengan punya banyak pengetahuan bagiku tidak cukup, yang paling penting ialah cara bagaimana kita mahu meyakainkan mereka tentang Islam. Takkan dengan kelemahanku ini, aku akan 'kalah' dalam berhujah mengenai Islam.
Sebenarnya, memang amat ketara sekali yang aku takut untuk berdepan dengan situasi berdebat ini. Aku ni jenis yang penakut. Kalau nada orang tu tinggi sikit, mulalah aku kecut perut. Tapi, kalau difikirkan balik, memang nada orang tengah berdebat ni macam tu, bukan dia nak marah dan makan aku pun. Dan mulalah, air mata ini seakan mahu tumpah. Aishhh.. Tak suka la Athirah Ariffin macam ni !!!!!!
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment