Post ini menceritakan tentang kedua-dua program ini, bukan perbandingan antara kedua-dua program ini.
Agak lewat sikit aku tengok program baru di Astro Oasis tadi. Patutnya pukul 9, tapi, pukul 9.30 baru buka tv dan tengok program tu. Mantooop. Semua peserta mantap. Mantap dari segi ilmu agama, cara percakapan, perwatakan, dan macam-macam lagilah. Peserta semuanya ada 10 orang, dua darinya adalah dari Kelantan. Salah seorang peserta yang dari Kelantan tu, Syakir namanya, umur sama dengan aku, 19 tahun, muda tu, memang Imam Muda lah. Dia ni satu sekolah dengan adik aku, Imran, sekolah kat Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin, kira macam senior adik aku la. Baguslah program macam ni, yang mengetengahkan para pemuda Islam yang berkualiti semuanya. Alim je semua nampak, sejuk mataku memandang. Semuanya boleh buat calon suami. Rasa bangga pun ada. Yelah kan, sekarang ni, tak ramai pemuda yang berkualiti macam ni, yang dok merempit, dok berkepit dengan pasangan masing-masing, dok melepak membuang masa ramai la. Moga pemuda yang berkualiti dan beriman macam inilah yang boleh diharapkan untuk menjadi generasi penyambung Sultan Muhammad Al-Fateh. Bak kat cik faddy, 5 bintang untuk program Imam Muda. Aku tolong clap-clapkan ye faddy....
Lepas habis tengok Imam Muda, tukar pulak channel TV9. Tengok cerita Akademi Al-Quran 4, bukan Akademi Fantasia ye! Episod AQ4 kali ni menceritakan tentang ujibakat-ujibakat yang berlangsung di beberapa buah negeri di serata Malaysia. MasyaAllah, punyalah ramai orang yang pergi ujibakat. Memanglah sambutannya tak semeriah ujibakat Mentor, Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan rancangan yang sewaktu dengannya, tapi alhamdulillah sambutan untuk program yang berbentuk keagamaan macam ni pun agak menggalakkan. Yang buat aku rasa kagum bilamana budak Form 1 pun ada yang datang untuk menjalani ujibakat. Ada tu yang nangis sebab tak terpilih untuk ke peringkat yang seterusnya.
Sebenarnya, jujur dan ikhlas aku katakan, bilamana melihat program seumpama ini, melihat kepada kebolehan serta ketinggian ilmu para peserta program, aku rasa sangatlah rendah diri. Terasa banyak benar kurangnya diri yang hina ini dari segi ilmu keagamaan. Kira macam sambil tengok tv bersama keluarga, sambil bermuhasabah diri la. 2 in 1 la katakan.
Bagus la sekarang ni makin rancak program berbentuk keagamaan terpapar di kaca televisyen. Walaupun tak serancak dan penonton pun tak seramai program berbentuk hiburan, tapi sekurang-kurangnya, kalau buka tv, ada juga program yang boleh memberi makanan kepada rohani. Kalau yang tak ada niat nak tengok pun, kalau dah tertekan channel yang memaparkan program seumpama ini, mungkin ada hati-hati yang terdetik untuk terus melihatnya.
Harapnya, di masa akan datang, akan lebih banyak program seumpama ini dipaparkan dan akan memberi inputyang baik kepada yang menontonnya.
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment