Friday, May 7, 2010

.... for THEM

Alhamdulillah, aku antara insan yang mendapat tawaran untuk pengajian asasi 1 tahun di UIA PJ ini. Begitu juga mereka. Agak takut pada mulanya untuk meneruskan pengajian 1 tahun. Agak padat jadualnya, takut tak larat physically and emotionally. Setelah meneruskan program pengajian satu tahun, ternyata, memang jadual agak padat, dan aku antara insan yang merasakan bahawa aku tidak layak untuk meneruskan pengajian satu tahun. Jadi, cepat-cepat apply untuk extend pengajian satu tahun kepada satu tahun setengah. Dalam kelas kami, aku, Fareeza, Ema, dan Kamal antara yang tidak meneruskan pengajian satu tahun. Tapi mereka, masih dengan cita-cita mereka untuk menghabiskan masa di CFS IIUM hanya untuk setahun, dan seterusnya terus pergi ke Main Campus UIA di Kuantan. Mereka yang aku maksudkan ialah....
Faddy-Medic
Zulaikha-Medic
Lina-Dentistry to Medic
Faiezah-Pharmacy to Medic
Iman-Pharmacy to Medic
Fusa-Pharmacy to Medic
Raihanah-Pharmacy
Aina-Pharmacy
Izzati-Allied Health Sciences
Zahim-Pharmacy

Aina, Fareeza, Kamal dan Zahim
tiada dalam gambar


Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Walaupun dulu, kamu semua sangatlah busy dengan study dan assignments yang amat banyak, tapi kini, kamu semua dah boleh meneruskan pengajian ijazah masing-masing kan. Setahun lebih awal dari kami semua yang masih belum tamat menghabiskkan pengajian foundation kami semua.

Honestly, aku amat respect sangat kat korang semua. Mana taknya, dalam satu batch kita, tak sampai 30 orang (betul ke ni?) yang masih ingin meneruskan program satu tahun yang ditawarkan oleh UIA. Dan kini, kamu semua dah berjaya kan. TAHNIAH SAHABAT! Satu lagi yang buat diri ini sangat respect kamu semua ialah, kamu semua sangat-sangat busy, mana taknya, contact hours sangat banyak berbanding students yang biasa dan kelas dari pagi hingga ke petang, tapi korang semua still boleh skor dalam setiap quiz dan juga test. I wonder, macam mana la korang semua buat ye?

Juga, ingin diucapkan di sini terima kasih banyak-banyak kerana membantu diri ini secara langsung mahupun secar tidak langsung. Kepada Cikgu Faddy, terima kasih sebab sudi ajar aku, walaupun aku ni susah nak faham, kau tetap sabar ajar aku. Dan, sorry kalau aku selalu pergi ketuk-ketuk pintu bilik kau semata-mata nak pergi tanya soalan. Mungkin berkat kau ajar orang, kau jadi pandai. U got 4 flat dear. U deserve for it! Juga, kepada semua, thanks for everything ya !

Sebenarnya, agak sedih jugak bila tak dapat join farewell party yang korang buat. Nampak macam sangat-sangat BEST. Sangat jealous sebab tak dapat join. Tapi, korang masih ingat kat aku. Still buat movie untuk aku. Fareeza, its ok for u not to press the START button, at least i know that they're still remember me.

Nanti korang semua pergi Main Campus bulan 7 ni, study elok-elok yer. Mostly korang semua dapat Medic, dan harap satu hari dapat tengok korang semua jadi doktor ye. Juga kepada yang dapat Allied dan Pharmacay, all the best to all of u. Korang semua masuk setahun awal daripada kami semua. So, nanti, korang semua akan jadi senior kami, tahniah yer. Suka, suka, sebab boleh jadi junior u all, nampak macam sangat muda. Juga, doakan kami disini meneruskan pengajian kami di CFS IIUM ini. Diharap dapat megikut jejak langkah kamu semua, menjejakkan kaki ke Main Campus dalam bidang yang kami semua dambakan.

Dan, akhir sekali, ingin meminta maaf jika diri yang hina ini ada menyakiti hati atau buat korang semua terasa tanpa diri ini sedari sedang melakukannya. All the BEST for all of u.....


Faizah, Fusa, Rai dan Aina
bersama Madam Laili (tengah)

Rai, Faiezah, Aina, dan Faddy
bersama Sir Mahadir

Buatmu sahabat, jaga akhlak, jaga peribadi, jaga imanmu...
Raih redha Illahi, bukan redha manusia....
Moga berjaya di dunia, dan yang paling penting, berjaya di akhirat sana...

5 sila..silakan komen..:

ezzati nasir said...

Athirah!!!!

apekah ini???

"Izzati-Allied Health Sciences
and the only brother..."

do i look like a brother to you? adeyhh laa....

athirahariffin said...

aku refer kat zahim la..bukan kau..
oklah,kalau ada misunderstanding..
nak delete la part the only brother tu..aishh..

ezzati nasir said...

ayat tu mcm bersambung dgn name aku huhu thanx aniway.. i love you :)

ariemahfusa said...

tirah

--really like this post.. tibe2 aku rase macam ko ade bakat menulis lak.. haha.. boleh diperkembangkan lagi ni.. :D

-- ukhwah bukan berpaksikan kepada berape banyak mase diluangkan bersama, tapi sejauh mane kite ingat kat mereka walaupun berjauhan.. ingat kat kami ye tirah! :D

--all the best! aku nak chop ko bg treatment kat gigi aku.. haha

athirahariffin said...

zati : x pe ..x pe.. ak dah delete dah ayat tu...nanti kang buat org confuse plak..

fusa : hahah..baru taw ak ada bakat..
ko lambat sket fusa discover bakat ak..
harap ukhwah kita berkekalan ye sayang..
ehem, sal treatment tu, free of charge..haha..
eh, doakan ak dapat stay dentistry yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com