Wednesday, May 5, 2010

solusi


Pernah dengar tak majalah SOLUSI ?

Hari ni, kebetulan pulak barang dapur dah habis, so, ajak umi pergi pasar (ni kes tak reti drive, so umi yang kena jadi driver kalau nak pergi mana-mana). So, masa kat pasar tu ada la kedai jual majalah. Teringat pulak kat majalah SOLUSI (aku beli edisi-19, tajuknya Hikmah Musibah), so terus pergi beli.

Sebenarnya nak cerita pasal majalah SOLUSI tu, bukan nak cerita hal pergi pasar. Itu hanya pendahuluan karangan je tu.

First time jumpa majalah ni masa tengah tunggu nak basuh baju (basuh guna mesin ye, bukan guna tangan) kat uia hari tu. Tak tahu la siapa yang punya. Tengok je majalah tu, terus baca, dan terus jatuh cinta dengan isi kandungan majalah tu. Sangat-sangat suka!

Masa balik Kelantan, terus beli majalah tu dengan harapan adik-adik aku akan baca majalah tu. Target aku ialah adik aku yang ke 3, sebab dia ni liat sikit kalau bab-bab nak baca buku agama, nak pergi solat jemaah kat masjid, nak puasa sunat, baca Quran dan macam-macam lagilah. Adik-adik aku yang lain aku tak runsing sangat. Macam Amir, dulu aku runsing, tapi sekarang dia dah banyak berubah. Imran memang tak runsing langsung, aku pulak yang malu dengan dia, sebab dia ni hafiz Quran. Adik dan Lutfi ok je setakat ni. So, Hanif la yang buat aku, umi dan abah runsing sikit.

Selama aku beli majalah SOLUSI ni, tak pernah nampak dia baca. Kalau majalah lain kat rumah aku macam TIME, Reader's Digest, Forbes, dan lain-lain rajinlah pulak dia baca. Nak cakap tak nampak, rasa macam dah tersangat expose dah majalah tu. Siap letak atas sofa lagi, sure-sure nampak. Tapi, hari ni, aku nampak Hanif BACA majalah SOLUSI tu. Memanglah majalah ni bukanlah boleh mengubah Hanif menjadi orang yang baru dalam sekelip mata. Tapi, at least, dia dah mula membaca dan harapnya akan terus membaca majalah ini. Dan, harapnya, ada la sedikit input yang diterima dari majalah ni kan. Ye la, dari dok baca benda tak berfaedah baiklah gunakan masa untuk baca bahan bacaan yang boleh bagi input kat kita kan.

So, kawan-kawan, mulai dari hari ni, jejomz kita baca majalah SOLUSI ! (mace ngepeng la pulop)



p/s : hari ni dapat tahu yang akak naqibah usrah masa kat UTP dulu, kak Ziana, dah nak kawin. Kak Ziana akan kawin pada 12 Jun 2010. Harap perkahwinan kak Ziana beroleh sakinah, mawaddah wa rahmah.....


0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com