Tuesday, April 6, 2010

muet, oh muet !!

Malaysian University English Test atau nama glamournya MUET.
Actually, alkisah yang sebenarnya aku akan menduduki exam MUET bulan ni, dan yang aku nak cakap sebenarnya ialah,

i have'nt prepare anything for my muet...

Waaaaa..nak nangis rasa. Bukan nak nangis sebab yang part tak prepare tu, sebab exam tu lambat lagi, tp, masalahnya sekarang,

athirah amat-amatlah malas nak study untuk MUETnya...

Ha, itulah masalah TERBESAR sekarang. Dan, aku pun tak tahu dah macam mana nak menimbulkan mood untuk jadi seorang pelajar yang berwawasan macam dulu (ye ke? agagaga..). Biasa la kan, cuti berbulan bulan jadi bibik sepenuh masa kat rumah atau boleh aku katakan jadi housewife la (ada class sikit, bibik tu macam... erkk..). Susah nak switch mood 'bibik' kepada 'student' balik ni. Ye la kan, mana tak nye, kalau bibik tu kerjanya pagi-pagi bukak blog dan facebook (bibik zaman sekarang moden sikit yer..), merantau kat blog orang kejap, then, tengah hari sikit masak lunch untuk family, then, tunggu umi, abah, dan adik-adikku yang lain sambil-sambil kemas rumah, then, after diorang balik, masa untuk makan. Petang, tengok tv dengan adik-adik. Malamnya, ajar adik aku, Lutfi baca Iqra' dan tolong dia buat homework. Then, lepas siap tu, aku akan main tenet.

Aish, nak menulis pun kekok sekarang, i mean, menulis dengan tangan la. Betul ni aku cakap, nak menulis pun susah. Bukan dah tak reti menulis, tapi tulisan aku sekarang, masyaAllah, tuhan je yang tahu betapa 'cantik' dan 'kemas' nya tulisan athirah ariffin ini sekarang.

Dan, tetiba pulak nak amik exam MUET. Buku MUET dah beli, tapi, yang aku beleknya page yang kat depan je, pastu, mulut aku ni start la nak menguap. Aishh, nak buat benda lain tak ngantuk pulak. Baca buku lain tak ngantuk pulak. Ni memang kena sindrom 'malas nak study oram putih' ni. Alasan..oh, alasan....

Masa makan aritu umi tanya, "Kakak, bilo nok study muet nyo? Exam tok lamo doh ni.."

Dan, aku pun cakap la balik,"Nati dulu umi, muet sene jah."

Hahah..itulah jawapan aku yang memang tipu semata-mata. Ada ke aku cakap MUET tu senang, Amboi, amboi, sedapnya mulut aku cakap kan, kan? Ingat ke ramai orang dapat band 6? Hissh, aku target dapat band * je....hahaha..

Ok, lah, setakat ini sahaja coretan aku yang tengah dalam mood malas ini.

^^,

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com