Saturday, January 26, 2013

events in your life


‎"Allah knows exactly what to give you to help you return to Him. The events in your life are purposeful, appropriate & non-random."


~Shaykh Hamza Yusuf~



I just love this lovely words :)

Tuesday, January 22, 2013

kelebihan selawat

"Wahai orang-orang yang beriman, BERSELAWATLAH kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya"
[Al-Ahzab : 56 ]




"Dia memang seorang yang fasik, minum arak tapi lidah dia sentiasa basah dengan SELAWAT kepada saya, bila dia meninggal dia minta syafaat dari saya. Inilah sebab saya datang padanya," Rasulullah SAW.

Ya Allah, sebak sangat rasa dengar video ni. Terus kata pada diri, betapa alpanya aku selama ni. Pada yang free (yang tak free pun), dengarlah video ni, air mata anda pasti jatuh berderai.

Terima kasih pada sahabat yang kongsikan video ini. Terima kasih Ya Allah kerana gerakkan hati aku untuk lihat dan dengar kata-kata dari orang 'alim ini.

Sunday, January 20, 2013

2 amalan


WAHAI ANAKKU!
Istiqamahlah kamu dengan Surah Al-Waqiah dan Solat Dhuha, nescaya Allah murahkan rezekimu yang penuh dengan keberkatan. 

Janganlah kamu mengharapkan apa yang ada di tangan manusia, kamu akan kecewa, tetapi haraplah apa yang ada di tangan Allah, kerana ia lebih baik dan kekal.



Pagi-pagi ni, jangan tidur ye. Tak kiralah masa cuti ke tak cuti ke kan. Jom buat 2 benda ni. Nampak senang je kan, tapi susah jugak nak istiqamah ni. Pada yang memang istiqamah buat amalan ni hari-hari, tahniah! Doakan saya dan kita semua istiqamah.


notakaki :: Sila la 'like' page yang warna pink di atas tu, BEST! :)

notakaki :: Banyak betul rancangan yang best-best kat tv Al-Hijrah ni :)

Friday, January 18, 2013

updates on current issues

Sepanjang bercuti ni, banyak sangat isu-isu semasa yang timbul. Kadang-kadang rasa malas nak update dan sebarkan pada orang ramai, tapi bilamana tengok berita kat TV1 dan TV3 (yang mengampu tu), terus rasa ada semangat nak sebarkan. Ya Allah punyalah menipu yang dalam tibi tu. Sakit hati je rasa. Teruskanlah fitnahmu TV1, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Kita bukan nak jadi hero/heroin siapa paling updated tentang isu semasa (ada jugak ye yang jenis fikir macam ni =.=), tapi kita nak orang tahu kebenaran dan apa yang berlaku kat negara tercinta ni. Mana la tahu yang atas pagar tu boleh melompat ke arah yang satu lagi ni selepas tahu dan baca tentang isu-isu yang berlaku ni (err paham ke tak kalau x faham ignore je).

Pelbagai isu yang timbul. Isu Forum Mahasiswa di UUM (a.k.a isu 'LISTEN'), isu Golden Disk Awards yang diadakan di Malaysia (hari ni baru tahu isu ni, so lambat), isu pemberian kad pengenalan kepada golongan bukan warganegara Malaysia, rentetan isu kalimah 'Allah', isu air di Selangor dan isu-isu lain.



OK, terjumpa satu compilaton yang orang dah buat. Good work! So tugas kita baca la ye.

Isu Semasa Dalam Negara

Sinar-Kalimah Allah: DAP setuju keputusan majlis syura 

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-dap-perak-setuju-majlis-syura-1.121787
Sinar-Isu UUM: Sharifah digesa minta maaf

http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-uum-hormati-pelajar-sharifah-digesa-minta-maaf-1.121724
Mk-Sokongan untuk Bawani, kritikan untuk Sharifah 

http://www.malaysiakini.com/news/219052
Sinar-PKPIM gesa Sharifah minta maaf 

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pkpim-gesa-ahli-panel-minta-maaf-1.121815
Mk-UMNO jauhkan diri dari Sharifah tapi dia orang kuat BN 

http://www.malaysiakini.com/news/219020
Mk-Ekonomis Bank Islam terkejut digantung tugas sebab politik 

http://www.malaysiakini.com/news/218968
Mk-Masalah air: Jangan tunggu pilihanraya untuk bantu kami 

http://www.malaysiakini.com/news/219050
Mk-Pemuda MIC: Jangan pandang rendah suara mahasiswa 

http://www.malaysiakini.com/news/219046
Mk-Hanya 66 682 rakyat asing diberi kewarganegaraan di Sabah 

http://www.malaysiakini.com/news/219039
Sinar-SPR nasihat pemilih semak maklumat 

http://www.sinarharian.com.my/politik/pru13-spr-nasihat-pemilih-semak-maklumat-1.121697

Dulu, pernah quote kata-kata Pak Hamka dan buat ulasan mengenai kata-kata ini dalam blog ni, tapi hari ini izinkan saya quote balik dan tambat sedikit (ini pun quote jugak).

Kalau hidup sekadar hidup, 
babi di hutan juga hidup,
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan jua bekerja.

(Ini kata-kata Pak Hamka, dan di bawah ini, ada orang yang menambah (bukan saya) )

Kalau mahasiswa setakat belajar,
lembu di padang juga belajar.

(selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)

Ada satu status di FB ini (aka status roomate) juga sangat menarik hati ini untuk berkongsi, izinkan saya quote (hari ni hari quote sedunia kehkeh).

Dan bergemalah kembali hujah ....
"Mahasiswa kena fokus belajar! Dapatkan first class degree dulu, baru lah boleh berpolitik, berjuang demi negara"

Malu kat Zaid Bin Thabit, beliau masa Form 1 dah mintak izin Nabi nak pergi berperang!
Malu kat Usamah Bin Zaid, beliau Form 6 dah jadi panglima perang!
Sultan Muhammad Al-Fateh pada usianya 21 tahun sudah memimpin bala tentera dan membebaskan Kota Konstantinople!


Kita? Usia 22 tahun. Apa yang dah aku buat? Soalan ni menampar pipi sendiri =.=
Pada usia 22 tahun, Umar Abdul Aziz dilantik oleh Khalifah Abdul Malik (bapa mertuanya) sebagai Gabenor di Khunashirah. 


notakaki :: Jom baca Surah Al-Kahfi!

Monday, January 14, 2013

Qasidah al-Jalaliyah

Hari ni dah masuk 2 Rabiul Awwal 1434 H dah. Satu bulan yang istimewa buat para pencinta Nabi Muhammad :)

Pernah dengar tak qasidah ni? Ce try dengar. Pasti anda akan jatuh cinta. Ingat lagi malam tu, berqiamullai bersama-sama rakan seperjuangan, ada satu sesi, dipasangnya qasidah ni. First time dengar, tapi hati dah jatuh cinta pada qasidah ni. Moga kecintaan kita pada Rasulullah bertambah dari hari ke hari. Ya Rasulullah syafaatilah kami di akhirat kelak. Ameen Ya Rabb ^^,


SELAWAT adalah "TALIAN" mahabbah kita dengan RASULULLAH S.A.W
Sentiasalah kita "MENGHUBUNGI" baginda melalui SELAWAT

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ




Nabi yang mulia Rasulullah,
Yang mensyafaati kami Habibullah,
Yang mencintai kami, Khalilullah,
Atas beliau, shalwat kami Ya Allah.

Rasulullah gelarnya Kalimullah,
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah,
Rasulullah pilihan utama dari Allah,
Imam bagi yang taqwa kepada Allah.


Beliau datang bagi kami sebagai Rahmat,
Kami beriman kepada Beliau ya Allah,
Muliakan dan beri taufiq kami Ya Allah,
Dengan Husnulkhatimah & redhoMu Ya Allah.


'Afiatkanlah sekalian kami Ya Allah,
Hindarkan dari segala penyakit Ya Allah,
Bersihkan kami dari dosa-dosa Ya Allah,

Dengan kurnia Engkau juga ya Allah.


Ampunilah ibu bapa kami Ya Allah,
Kasihanilah mereka berdua ya Allah,
Tutupilah kejelekan kami Ya Allah,
Jangan ditampakkan yang itu ya Allah.

Senantiasa beri petunjuk kami Ya Allah,
Buat menuntut keredhaan Kau ya Allah,
Engkau adalah penolong kami ya Allah,
Dalam dunia serta akhiratnya Ya Allah.

Tempatkan kami di syurga Firdaus Ya Allah,
Disamping Nabi Muhammad Ya Allah,
Buat memandang Dzat Engkau Ya Allah,
Kami cinta Nabi pilihan Kau Ya Allah.

Atas Nabi Ahmad selawatKau Ya Allah,
Atas beliau Alhadi salamKau ya Allah,
Serta keluarga dan sahabatnya Ya Allah,
Yang demikian selama-lamanya ya Allah.

Thursday, January 10, 2013

sambutan tahun baru 2013

Yes, hari ni 10 Januari, tapi tak kira, nak cerita jugak tentang sambutan ambang tahun baru 2013 pada malam 31 Disember lalu.

Alhamdulillah, pagi ni sempat meluangkan masa untuk melihat video-video di You Tube tentang Sambutan Tahun Baru 2013 yang diadakan di Dataran Shah Alam. Sebenarnya nak elak tidur pagi. Almaklumlah sekarang ni musim cuti kan. Masa diadakan sambutan tu kan saya tengah exam, jadi memang tak dapat la nak tengok livestream kan (err, lagipun internet kat UIA tu lambat).

Suka tengok suasan di Dataran Shah Alam tu. Kalau nak tengok bolehlah rajinkan diri tengok kat You Tube ye.

Rupanya, malam tu, banyak sambutan tahun baru yang diadakan. Meh saya listkan (ini setakat yang saya tahu la) :

1. Laundry’s NYE Just One More Party 
2. Blackberry Music Mania @ Stadium Malawati, Shah Alam
3. Twelve 13 @ Menara KL
4. Yuksek @ Bedroom
5. e@Curve New Year's Eve party
6. Masquerade Party 2013 @ Publika
7. 'Jai Ho' @ SOULed Out Sri Hartamas 
8. Laundry’s NYE Just One More Party
9. Padang Esplanade, Pulau Pinang
10. Jaclyn Victor @ Gurney Plaza New Year Countdown Party 
11. Konsert "Sayangi Selangor, Yakini BN" 2013 di I-City 
12. Rumah Terbuka Malaysia Krimas 2012 & Sambutan Tahun Baru
13. Konsert AMBANG 2013 PUTRAJAYA

Huh, nak list semua ni rasa sedih je. Rupanya banyak lagi prgram maksiat yang ada. Then, the only one programme that is much more better than the programmes listed above is;


14. Sambutan Tahun Baru 2013 Bersama Ustaz Azhar Idrus oleh Kerajaan Negeri Selangor

Mujurlah adanya program yang sangat baik ini. Alhamdulillah, dihadiri oleh 120,000 dan kebanyakannya remaja. Moga selepas ini 13 program yang diatas tu tak lagi ada. Mungkin lepas PRU 13 kot. Moga selepas ini majlis ilmu dan majlis dengan para alim ulama' yang akan menggantikan konsert dan program nyanyian dan tarian.

Paling suka, dengar ucapan dari Ulama' Syria, Prof. Dr. Ali As-Sabouni. Tak pernah terbayang dek akal sambutan tahun baru diisi dengan kalam para ulama'. Yelah, selama 50 tahun lebih kita ni merdeka kan, setiap tahun mesti ada konsert la, tarian la, dan macam-macam la benda mungkar kan.

Hummm, 50 tahun merdeka, tapi kesan jahiliyah masih menebal dalam diri umat Islam di Malaysia ni.


Moga selepas ini majlis seperti ini akan subur di seluruh Malaysia ^^,

Monday, January 7, 2013

bangkit tahajjud


Dulu, ada orang pesan, "Lazimi qiamullai. Kalau malas sangat pun, at least sempat solat 2 rakaat. Bukan lama pun, kejap je. Paling-paling malas, bangun dekat-dekat subuh dan tunaikan solat 2 rakaat tahajud"

Terima kasih atas pesanan yang berbekas di hati.

Musim exam ni, ramai yang sanggup tidur lewat, yeah it's good, study kan, tapi kadang-kadang bila tidur lambat ni, kita akan tend untuk bangun lambat. Tidur pukul 3, rasa-rasanya boleh bangun tak pukul 5? 'Kita', refering to anyone yang terasa. Oh terasa jugak. Paling sedih bila musim exam ni, pukul 6.30 pagi tu barulah riuh rendah toilet tu, semua baru bangun tidur masa tu nak ambil wudu' nak solat. Kalau tahu kita bukan jenis mudah nak bangun awal, jangan ambil risiko.

It's better kalau tidur awal (definisi awal berbeza bagi setiap orang), then bangun awal kan. Tidur pukul 12.00 (bagi saya awal la ni kan), then you wake up at 4.30 a.m. Wah, rasa macam nak cakap kat diri, "Good girl for wake up so early today". That 'girl', not referring to me.

Depending on people. Tapi seboleh-bolehnya, cuba kita lazimi qiamullai. Kalau anda mampu bangun awal dan sempat untuk berqiamullai walau tidur lewat, teruskan. Bagus sangat-sangat. Anda memang sangat hebat!

Satu perkara yang mungkin boleh bagi kekuatan pada kita ialah, ingat akan keadaan kubur kita nanti kita mati lepas ni.

Cakap pada diri, "Bangun, bangun, jangan malas. Kubur it gelap gelita bagi sang pemalas".

Cuba tanya diri kita, berapa kali bangun qiamullai minggu ni? 

Ya. Kita bangun di malam hari, saat orang lain masih tidur, bukan untuk dunia. Bukan juga untuk manusia lain kagum pada kita. Bukan untuk tunjuk kat orang yang kita bangun menangis di malam hari mengenang dosa kita. No one sees you at that moment. It just between you and Allah. Ya, ia untuk saham akhirat kita. Kita bukan nak orang tengok dan rasa kita ni hebat, tapi kita nak jadi antara hamba yang hebat pada Allah.

Moga kita sama-sama dapat amalkan.

Saya dah habis exam. Pada yang tak habis lagi, GOOD LUCK!


notakaki :: Maaflah bahasa sangatlah rojak. Tapi sedap jugak kan makan rojak petang-petang macam ni.

notakaki :: Saya nak sangat baca buku ni... The Secret. Ada sesape yang nak tolong belikan tak? kehkeh

Saturday, January 5, 2013

impian


Di Canada sana, dah 2 minggu winter, kata adik.

Bila la nak merasa musim seperti di negara belah sana.

Cakap pada diri, "Kalau kau berusaha, insyaAllah kau akan dapat tirah"

Bila mencongak tentang masa hadapan, pastinya kita akan diserang seribu keraguan. Entah apa yang ada di sana, sehinggakan kita begitu takut untuk merencana. Benar, our future remains a mystery. Sesungguhnya kita tidak mempunyai makrifat tentang apa yang menanti kita.

Ini impian saya. Doakan ia jadi kenyataan. 

*****

1 paper lagi tinggal. Doakan ^^,

Friday, January 4, 2013

siapa orang yang bagi amanat itu?

Beberapa hari ni, isu panas yang timbul ialah tentang isu amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.  Saya tak mahu mengulas panjang tentang isu ini, lagipun, saya tsiqoh pada Tuan Guru yang soleh ini sebagaimana saya tsiqoh pada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun sekarang dalam fatrah exam, itu tak jadi satu masalah untuk saya sentiasa mengupdate tentang isu ini. Geram dan marah pada mereka yang senang-senang menghina TGHH. Itu tak tengok berita di media perdana seperti TV3 dan Tv1 lagi. Just update it in Facebook. 

Saya teringat syarah Mufti Menik  (which i do forget where did i heard that), jangan kita maki atau cerca orang sembarangan, takut-takut orang yang kita maki itu hubungannya dengan Allah sangat dekat. Itu yang saya pegang. What say you?

Melihat kepada peribadinya, isteri-isteri dan anak-anaknya, TGHH seorang yang sangat mengikut landasan Islam, walau diri ini tak pernah bersua dengannya.

So what i really want to say is that, please do think wisely before you accept the fact that is given by others, especially the fact that you got from newspapers and televisions and before you criticize it.

Hari ni, nak berkongsi satu fakta (which i do find it on Facebook). I hope this will help you to make a better decision about this arising issue.

Siapa Haji Hadi yg dok bagi amanat tu??

Pendidikan:
1) Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang 
2) Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil 
3) Aliran Sanawi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (Sma(a)sza)
4) Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi tamat dengan B.A. (Syariah).
5) Universiti al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975)

Penglibatan antarabangsa:
1) Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah
2) Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.
3) Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi.
4) Di Mesir, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir.
5) Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di [[Istanbul, Turki.
6) Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
7) Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
8) Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
9) Menyertai delegasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
10) Menyertai delegasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.


Satu lagi, teringat satu perkongsian dari senior yang sangat dipercayai, katanya, TGHH ini dulunya pernah berusrah dengan Said Hawa. Naqibnya ialah Said Hawa. AllahuAllah... Kenal tak siapa Said Hawa? Pernah dengar tak? Rasanya kalau tak kenal boleh kot rajinkan tangan mengGoogle.


notakaki :: Tertarik dengan status Ustaz Hazmi Dibok berkenaan hal ini.

Wednesday, January 2, 2013

usaha sementara masa masih ada


Jangan sesekali menghina Allah dengan berkata kegagalanmu adalah kehendak dan takdirNya tatkala anda KURANG BERUSAHA, MUDAH BERPUTUS ASA DAN MALAS.
~Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man~

Fight for 2 papers more, Parasitology and Physiology :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com