Wednesday, March 24, 2010

Nak couple boleh tak?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.



Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.


Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,....

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21)Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.(151).


Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

**Artikel diambil dari I Luv Islam**

Tuesday, March 23, 2010

Aku lalai dalam nikmat yang Allah berikan


Di sini, aku ingin ceritakan apa yang berlaku kepadaku. Bukan untuk membuka aib diri ini, tapi diharap apa yang aku luahkan hari ini mampu memberi pengajaran kepada yang membaca. Sekarang aku di rumah sedang bercuti selama 3 bulan, dan seperti biasa rutinku di tengah hari, aku akan prepare untuk masak lunch kepada keluarga aku. Boring-boring dok kat dapur sorang-sorang (sebab umi dan adi-adik aku pergi sekolah), aku pun dengar Ikim.fm melalui phoneku, diharap sambil memasak, bolehlah juga memberi pengisian kepada hati yang lagho ini. Dan, berkumandanglah lagu Obat Ati nyanyian Opick. Di sini aku buka ingin sertakan lirik lagu itu, tapi apa yang aku dapat melalui lagu itu.

Menurut lagu ini,ubat hati ada 5 perkara:
1. Baca Quran
2. Solat malam, yakni Qiamullai
3. Bergaul dengan orang soleh
4. Banyakkan puasa
5. Zikir

Setelah mendengar lagu ini, aku tiba-tiba merasakan yang selama aku diberi kelebihan bercuti di rumah ini, banyak hak-hak kepada Allah yang aku tidak tunaikan. Bacaan ma'thuratku tidak lagi istiqamah, begitu jua bacaan Al-Quraanku, tidak lagi menjadi rutin harian, tidak istiqamah dalam menunaikan solat tahajud, walhal itu adalah cara untuk aku mendekatkan diri dengan Allah, solat pun kadang-kadang je awal waktu, solat sunat entah ke mana dan macam-macam lagi. Tiba-tiba aku rasa aku tak manfaatkan masa terluang yang Allah bagi kat aku ni sebaik mugkin. Nak kata busy study, mustahil, nak kata busy buat kerja rumah, tak pun, kerja rumah yang aku buat pun bukanlah berat sangat, setakat memasak dan kemas rumah je, bab-bab laundry aku tak sentuh pun.

Itulah, manusia ni kadang-kadang kalau Allah bagi kita busy, 'busy' itu kita jadikan alasan untuk tidak memperuntukkan masa kepada Allah, tapi, bila Allah bagi masa lapang pun kita lalai. Ya Allah, janganlah biarkan hatiku ini dari lalai dari mengingatiMu. Janganlah jadikan aku insan yang tergolong dalam kalangan hamba yang lupa bahawa destinasiku bukan hanya di dunia, tapi di akhirat sana.

Kalau sebelum cuti dulu, semasa aku masih lagi di UIA, banyak yang aku plan nak buat semasa cuti ni, antaranya, membaca sebanyak mungkin buku-buku yang ada kat rumah aku dan menambahkan ilmu aku yang amatlah sikit ini dari segi agama mahupun hal yang lain. Untuk pengetahuan sahabat semua, abah aku ni antara insan yang sangat suka membeli buku, tapi beliau tidak ada masa untuk membacanya dek sibuk dengan kerjanya sebagai doktor. Umi, walaupun seorang guru, namun jarang membaca buku yang abah beli sebab sibuk menguruskan rumahtangga kerana rumah aku tak ada maid. Tapi, terus terang aku katakan, sepanjang cuti ini, tiada satu pun buku yang aku sempat khatamkan, Baca tu ada la jarang-jarang, tapi, tak ada satu buku pun yang aku sempat habiskan. Malas menjadi alasanku. Alasan yang tidak munasabah langsung. Walhal, aku ni boleh la dikategorikan sebagai seorang yang agak suka membaca. Kalau di UIA dulu, ada je orang jual buku, terus aku singgah dan beli, dan habiskan buku tersebut.

Aku sengaja memberitahu kelemahan diriku ini di blog ini, seperti yang aku katakan di awal tadi, aku mahu sahabat semua ambil iktibar dari aku yang lagho dalam nikmat yang Allah berikan padaku ini.

Pesanan untuk diriku, ingat tirah, hidup bukan sekali, tapi dua kali. Di dunia dan juga di akhirat. Dunia hanyalah sebagai kenderaan menuju ke akhirat. Manfaatkan setiap masa, jadikan setiap perkara yang dilakukan ikhlas kerana Allah, harapnya, dikira sebagai ibadah. Harapnya, ia menjadi saham untuk bertemu Allah diakhirat sana.

“ dan tidaklah KAMI menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya hanya untuk bermain-main(sia-sia) sahaja” Ayat 16 Surah Al-Anbiya.

Monday, March 22, 2010

Peringatan untuk diriku dan sahabat seakidah yang disayangi sekalian


Bismillahirrahmanirrahim

Pernah mencuri hati seseorang? Atau pernahkah hati ini dicuri seseorang? Kalau dicuri hati tidak mengapa, tapi kalau dicuri iman itu bahaya. Jadi biarlah hati ini dicuri oleh orang yg boleh menguatkan iman kita. Yang pastinya, dalam jalan pernikahan yang halal. Wanita2 yang bujang eloklah beringat, berdoa semoga menjadi golongan yang memperteguhkan iman kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya dengan laki-laki sama ada yang bujang atau pun yg sudah punya isteri. Janganlah mengurangi iman si gadis dengan kata2 godaan penuh licik dan pandangan membunuh. Sama juga dengan wanita, jangan berperangai murahan.

Genggamlah imanmu kuat-kuat! (^.~)

Ya Allah, janganlah jadikan aku pencuri hati lelaki...

Sunday, March 21, 2010

montel dan opet

Ha, tajuk post ini ialah montel dan opet.
Teka, teka, apakah itu?
Montel dan opet actuallay nama 'new members' kat rumah aku.
Bunnies, yup.. bunnies..
Dua ekor arnab ini ialah ahli baru keluarga aku.
Oleh sebab adik bongsu aku, lutfi dan adik amatlah suka akan binatang, so abah aku upah la orang buat 'rumah' untuk arnab yang akan dibeli itu.
After 'rumah' mereka dah siap, petang tu adik dan lutfi terus ikut abah beli rabbits, before mereka berdua pergi kedai nak beli rabbits tu, aku selaku seorang kakak yang baik hati (ehem....) tolong la carikan serba sedikit maklumat tentang arnab ni dekat Google.
Banyak juga info yang kami dapat. Info-info ini penting kerana kami semua perlu ada serba sedikit maklumat sebelum kami mahu menjaga dua ekor arnab yang comel itu.
Ia juga penting agar kami boleh menjaga arnab ini sebaik mungkin kerana mereka juga makhluk Allah, betul tak?

Adik and Lutfi with their bunny

Abah, adik dan lutfi beli opet dan montel hari Khamis. Opet tu 'boy' bunny dan montel tu 'girl' bunny.
Tapi, hari sabtu baru decide nak bagi nama montel dan opet kat dua ekor budak rabbits ni.
Adik dan lutfi sangatlah sayang kat opet dan montel ni, malam-malam pun sanggup pergi turun tengok keadaan mereka even mereka berdua ni actully budak penakut, so kadang-kadang aku pergi juga teman mereka jumpa montel dan opet kat tepi rumah ni.
Pernah ada sekali tu, adik tertidur dalam rumah opet dan montel sebab duduk jaga bunnies ni lama sangat. Letih la tu.
Aku pun kadang-kadang sampai sejam jugak dok dalam 'rumah' opet dan montel ni, khusyuk tengok gelagat mereka yang comel sangat-sangat.

Kawan-kawan adik dan lutfi tengah tengok montel

Sekarang aku nak cerita sikit sejarah nama montel dan opet.
Montel tu arnab pompuan, dan sangat la chubby dan comel. Bulu montel warna putih dan kelabu. Oleh sebab montel ni kuat makan dan melihatkan badannya yang chuby itu, so, kami namakan dia montel.

Montel

Opet pula arnab laki, tapi sangatlah kurus dan weak. Opet ni tak nampak macam laki langsung, tak gagah dan tak aktif. Dok diam je reti. Makan pun sikit.
Opet tu actually nama binatang yang dalam movie Upin dan Ipin tu, ada la yang upin dan ipin jumpa dalam hutan tu kan. Ingat tak?
Oleh sebab adik-adik aku ni minat sangat kat upin dan ipin, so kami namakan la arnab laki tu opet.

Opet

Begitulah alkisahnya nama opet dan montel yang comel itu.
Dan kami harap opet dan montel cepat-cepatlah bagi kami arnab-arnab baru yang comel ye.
Jangan reti makan je opet dan montel, especially si montel tu.



Wednesday, March 10, 2010

rintihan seorang pelajar

Minggu ini merupakan minggu yang agak tension. Bukanlah tension sangat pon, tapi, bila aku buka facebook, ramai kawan-kawan yang membicarakan hal result. Hampir tiap-tiap hari jugak aku buka IIUM Student Portal untuk melihat keputusan exam semester 2 aku di UIA. Tapi, lain yang aku nak, lain yang didisplaykan kat komputer ni. Jadi, aku sabar je la. Aku akan tunggu hari khamis ni, 11/3/2009 untuk aku tengok result semester 2 aku.

Harapanku amat besar untuk aku dapat pointer 3.5 and above so that aku akan dapat stay dalam course aku sekarang. Tapi, whatever my result after this, i will just accept it as i know that i've give my best and work hard for final exam. Kita yamg merancang tapi Allah yang menentukan. Jadi, Allah dah beri masa untuk aku belajar dan merancang masa depanku, selepas segala ikhtiar yang kita lakukan, berserahlah pada Allah, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Teringat sepotong ayat dalam Al-Quran yang selalu aku jadikan sebagai motivasi untukku tikala aku 'jatuh' agar aku 'bangun' dari kejatuhanku :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sdang kamu tidak mengetahui."~Surah Al-Baqarah : 216~

Aku juga amat berharap agar segala usahaku akan memberikan aku kecemerlangan dalam keputusanku nanti. Ya, belajar itu ibadat, kita ikhlaskan diri kita belajar kerana Allah. Bagiku, kuharap, masa yang diperuntukkan untuk belajar bukanlah masa yang sia-sia yang hanya berbentuk duniawi semata-mata, tapi, ianya juga boleh kujadikan sahamku di akhirat kelak. Aku mahu kejayaan di dunia dan akhirat Ya Allah.

Aku mahu keputusan cemerlang kerana ini juga tanggungjawabku. Tanggungawabku sebagai seorang Islam, sebagai pelajar UIA, sebagai anak kepada kedua ibu bapaku, dan kakak kepada adik-adikku. Aku tidak mahu dengan keputusanku yang teruk, aku akan menjadi fitnah kepada Islam, aku juga tidak mahu masyarakat memandang pelajar sebuah universiti Islam yang mengamlkan ajaran Islam kecundang dalam pelajarannya, aku juga tahu, umi dan abah menyimpan hasrat yang besar untuk aku berjaya dalam pelajaranku, dan aku harap aku tidak mengabaikan tanggungjawabku ini dan aku juga mahu adik-adikku jadikan kakak sulung mereka ini sebagai contoh dari segi sahsiah serta akademik.

Dan, besar harapanku agar aku dapat menggembirakan umi dan abah dengan keputusanku yang akan keluar esok. Ya, ESOK....

p/s :: Nak masak kek pisang untuk family di pagi hari ini sebab banyak pisang yang mek* aku bagi.

p/s :: Hari khamis petang aku akan menjadi fasilatator untuk program Kem Waja Diri Tingkatan 3 di sekolahku tercinta, SMKA Naim Lilbanat. Harapnya aku buat yang terbaik. Program ini tamat jumaat malam.

*mek=nenek




Friday, March 5, 2010

~ jogging ~

Setelah sekian lama badan aku ni tak mengeluarkan peluh dan membakar lemak secara besar-besaran, maka, aku pergilah jogging kat Taman Tengku Anis tu. Even taman tu dekat je dengan rumah aku, naik basikal pun boleh sampai, tapi, disebabkan aku ni agak malas sikit bab2x membakar lemak ni, so, jarang sangat la aku pergi. Dalam family aku ni, umi n abah je rasanya yang rajin pergi beriadah.

Aku pergi kat taman tu dengan umi, abah, adik dan lutfi. Disebabkan adik dan lutfi nak main air kat taman tu **kat taman tu ada swimming pool** so, aku dan abah je la yang jogging . Masa jogging tu, abah bagi tips kat aku :
1) Before jogging warm up dan after jogging, cool down **tahu dah tapi sebab lama tak jogging tu yang lupa nak buat tu**.
2) Masa jogging, make sure jatuhkan kaki belakang dulu, bukan kaki depan. Abah cakap kalau buat macam ni body kita akan guna semua muscle. Actually, i dont really understand how does it works but i just do it blindly. wee~~
3) Masa jogging, manfaatkan masa untuk berzikir. For your information, kat taman tu, every certain meter ada board zikir besrta maksudnya.

Masa tengah jogging tu, banyak la pemandangan yang aku tak berapa suka. Well tahu-tahu je la kan, orang perempuan jogging zaman sekarang pakai baju ketat-ketat, pastu, bila jogging paham-paham je la, banyak benda yang vibrate **x tahu nak guna term ape, vibrate pun acceptable lah*. Yang lelaki pulak, pakai seluar atas lutut, adoi, susah sangat ke nak beli seluar yang atas lutut. Errm, maybe diorang tak jumpa kot seluar panjang kat mall yang diorang pergi tu. Kesiankan. Ini menunjukkan masih ramai lagi yang tidak menutup aurat secara sempurna. Tahu, aku ni pun bukannya complete sangat, tapi, oleh sebab mata ini agak sakit, so aku luahkan luahan hati kat encek blog.

Then, after we all jogging, aku dan abah pun pergi kat umi yang tengah dok berpicnic sorang-sorang coz adik dan lutfi tengah dok happy main air sampai tak ingat kat umi. Masa borak-borak dengan umi, umi offer suruh makan, nama lagi picnic kan, mesti ada makanan. Aku ni dari tadi tahan diri dari makan sebab kononnya tadi masa jogging dah bakar lemak dah, tapi, prinsip aku **ceh, prinsip kot**, rezeki jangan ditolak. So, dengan berseleranya aku makan. Makan mana boleh tak berselera kan..kan..

Adoi, agak lama jugak la tunggu bebudak ni main air. Yang lucunya, abah ajak umi pergi jogging **Eh, lupa nak cakap yang umi pakai baju kurung dan selipar masa tu**. So, umi dengan selambanya pergi jogging berdua-duaan dengan abah. Umi, umi.. Pastu, lutfi pulak, tetiba panggil aku cakap nak google. Dia cakap mata dia pedih la kena air. Isshh, ngada-ngada budak ni. So, aku pun pergila cari dalam beg baju diorang, tapi tak ada, so maknanya umi tak bawa la. Then, cakap la kat lutfi yang benda tu tak ada, pastu, merajuk pulak cakap aku tak nak bagi. Adoi ~ pelik aku bebudak ni.

Itulah kisah aku dan keluargaku pergi jogging. Next week, nak jogging pulak. Tapi umi cakap kat lutfi kalau cukup solat 5 waktu sehari, boleh pergi taman, kalau tak, semua tak boleh pergi. Adoi, adik aku yang sorang ni pun, macam-macam cara dah aku buat biar dia cukup solat 5 waktu, tapi, kalau dah anak bongsu kan, marah sikit nak merajuk, so, kakak yang baik ni tak jadi la nak marah. Tahu la umur dia baru darjah 2, tapi, before cukup umur nak kena rotan **10 tahun dalam Islam**, kena practise la biar cukup solat 5 waktu kan kecik-kecik ni.

**For your information, lutfi tu yang bongsu, darjah 2, adik tu yang kedua bongsu, darjah 6.




Wednesday, March 3, 2010

ikhtilat....


Pagi ini aku luangkan masa menjenguk blog rakan-rakan. Ada post dalam satu blog ini menarik perhatianku. Rakanku ini menceritakan mengenai ikhtilat (percampuran) antara lelaki dan wanita. Aku teringat akan satu mesej yang diberi oleh seniorku di UTP melalui yahoo satu ketika dulu. Dan, terus aku membuka inboxku di yahoo mail. Diharap apa yang diberi oleh seniorku ini akan diambil pengajaran oleh kita semua.

Bismillahirrahmaanirrahim

Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.

Demi cinta dan sayangku kepada muslimah-muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.

Amma ba’d:

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.



4.
Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5.
Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan :

Fatwa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama
1996 m – 1416 h

Regards,

Nor Huda Mazan
Final Year Final Semester,
Business Information System,
Universiti Teknologi PETRONAS

Aku redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan
Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan rasulku...

Monday, March 1, 2010

hygiene is important ok !

Hari ini aku nak berkongsi sedikit tentang artikel yang aku baca kat laman web LANGIT ILLAHI. Tajuknya, "Rumah Bujang Beriman"**sila klik**. Actually, artikel ini cerita pasal perangai lelaki bujang yang tak tahu nak jaga kebersihan dan beranggapan bahawa segala kerja yang berkaitan dengan mengemas dan menjaga kebersihan rumah adalah di bawah tanggungjawab wanita. Huh! Aku memang setuju sangat dengan apa yang saudara Hilal Asyraf katakan. Mengapa aku sangat-sangat bersetuju ??? Ini adalah kerana melalui pengalaman aku sendiri tinggal dengan keluarga yang mempunyai 4 orang adik lelaki daripada 6 orang adik-beradik. Aku tak tahu la, maybe naluri lelaki ni tak suka nak kemas-kemas barang.

Lelaki..lelaki..kamu semua kan nak jadi ketua keluarga kelak. Macam mana nak jadi imam kepada keluarga kalau diri sendiri pun tak tahu nak jaga? Rajin-rajinkanlah diri anda membantu ibu anda, sebagai latihan untuk anda membantu isteri anda kelak. Ingat, jangan hanya lepaskan segala kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas rumah, memasak dan sebagainya kepada isteri anda sahaja. Zaman moden ni, mostly suami isteri bekerja, so, sama-sama letih lepas balik kerja kan, kan? So, disini aku nak stresskan yang aku nak seorang suami yang PEMBERSIH. Sekali lagi, PEMBERSIH ok! **AMIN3X**

Aku kekadang kesian tengok umi buat kerja rumah sorang-sorang. Yang buat aku lagi geram dan sedih ialah bila towel dan baju sendiri pun tak reti nak kemaskan. Adoi ~ tak paham aku karenah budak-budak ni. Dah la aku ni jenis yang boleh dikatakan ahak pembersih la jugak**koya..koya**. Aku allergic sangat bila tengok rumah bersepah. So, tangan aku ni cepat je nak kemas rumah. Kalau kena mood aku tengah nak kemas rumah berkobar-kobar, satu rumah aku bersihkan. Happy sangat bila tengok rumah bersih. Tapi, yang aku pelik sangat, bilik adik-adik lelaki aku biasanya akan 'back to normal' tak lama lepas aku bersihkan bilik diorang. Rasa nak marah jugak kadang-kadang, tapi, bila aku fikir balik, kalau aku marah pun tak guna jugak. Perangai diorang akan still sama. Mujurlah satu-satunya adik perempuanku tu pembersih orangnya. Kadang-kadang dia kan tolong jugak aku kemas rumah, tapi, kalau dia dalam mood malas, sruh 1000 kali pun tak nak tolong.

Tapi, itulah dugaan dan cabaran sbg anak sulung**ceh, ayat cam besar sgt la dugaan tu**. Tapi, yang aku nak tekankan kat sini ialah kebersihan. Semua orang pun tahu kan KEBERSIHAN IALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. So, kalau kita ni nak buktikan kita ni beriman pada ALLAH, jagalah kebersihan diri, tempat tinggal dan keadaan sekeliling kita. Kadang-kadang malu pulak dengan orang kafir, mereka lebih faham apa itu kebersihan. Mereka lebih mempraktikkan kebersihan dalam kehidupan mereka. Umat Islam hari ini ramai yang pengotor, ini secara tidak langsung boleh membawa fitnah kepada Islam itu sendiri. Ingat, segala amalan yang kita lakukan jika niatkan segala amalan itu kerana Allah, akan dikira sebagai ibadat. Dan ingat, segala ibadat kita kepada Allah harapnya akan membwa ganjaran pahala kepada kita dan harapnya akan memberatkan timbangan amal baik kita di padang mahsyar kelak. Jadi, pesan kepada sahabat sekalian, rajin-rajinkanlah diri anda untuk mengemas dan menjaga kebersihan, ikhlaskan niat kerana Allah.

Aku juga nak ingatkan kepada diri aku sendiri yang selama 3 bulan aku bercuti kat rumah ni, diharap aku dapat memanfaatkan cuti aku ni dengan kerja yang berfaedah. Aku harap aku ikhlas tolong umi kemas rumah dan masak lunch hari-hari**practice jadik isteri solehah bak kata ~~~, haha**. Hehehe...

Saturday, February 27, 2010

~ tunaikanlah hak-hak mereka ~

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Friday, February 26, 2010

Hadith Tentang Dua Golongan Yang Akan Memasuki Neraka

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".


H.R. Muslim

Keterangan

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.


Sunday, February 21, 2010

Ingin jadi VVIP di padang mahsyar kelak?

Menarik bukan. Kalau cakap pasal nak jadi VVIP je, semua orang nak kan. Sebab apa ye? Sebabnya, VVIP ni special, segala kelebihan dan keutamaan VVIP dapat, nama lagi Very Very Important Person kan. Tapi, pernahkah kita terfikir untuk menjadi VVIP di padang mahsyar kelak, tempat di mana semua umat manusia dari zaman nabi Adam hinggalah ke umat akhir zaman. Huh, keadaan tempat tu jauh sekali dapat kita bayangkan macam mana keadaannya.

Sebenarnya, tujuan entry ini dibuat adalah untuk berkongsi satu ilmu yang ak dapat masa dengar ceramah kat IKIM fm ari tu. Hadis tu menceritakan tentang 7 golongan yang akan bernaung di bawah bayang 'Arasy Allah tika di akhirat kelak. Masa dengar radio tu aku tiba-tiba teringat yang aku pernah baca tentang hadis ini dalam buku yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Bertemu Janji Allah. Then, ak belek2x la balik apa yang ada dalam buku tu.

Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :

"Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh rahmat Allah, pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya, iaitu raja (pemerintah) yang adil. Pemuda yang hidupnya berbuat ibadah (taat) kepada Allah. Lelaki yang hatinya tergantung di masjid, apabila keluar meninggalkan masjid hatinya sentiasa ingat untuk pergi ke masjid (untuk beribadah) semula. Dua orang yang berkasih (bersahabat) kerana Allah, berjumpa dan berpisah kerana Allah. Lelaki yang mengingati (zikir) Allah seorang diri sehingga mengalirkan air mata. Lelaki yang digoda oleh wanita jelita mengajak melakukan maksiat, tetapi dia menolak dengan katanya: 'Bahawa sesungguhnya aku amat takutka Allah yang mentadbir sekalian alam, dan akhirnya lelaki yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah, sehingga ketika tangan kanannya memberi tangan kirinya tidak mengetahui'

Demikianlah 7 golongan mukmin yang kamil, iaitu golongan yang tidak akan merasa kepanasan matahari akhirat kepadanya, walaupun matahari itu berada di atas ubun-ubun kepalanya. Mereka selamat daripada segala huru-hara akhirat, tidak merasa dahaga dan lapar. Tidak berendam dalam lautan peluh walaupun jiran sebelahnya karam dalam peluh masing-masing. Tidak jemu menanti keputusan mahkamah Allah walaupun orang lain keletihan menuggu beribu tahun lamanya.

Jadi, wahai athirah dan sahabat sekalian, hitunglah diri masing-masing adakah tergolong dalam golongan mukmin yang kamil ataupun sebaliknya.

Saturday, February 20, 2010

i'm 9 teen already

athirah as a birthday girl

see, 9 teen, still teenager rite?

fareeza and fatihah are the 1st to wish me..
they hug and kiss me, terharu sesangat...sayang korang..

fatihah dan fareeza

thanks kepada semua yang wish melalui message phone dan kat wall facebook..sayang korang jugak...
to all VVIANS, thanks dear!
tak lupa juga kepada ISNAATHIRAH yang sanggup buat entry khas untuk aku...love it dear!
thanks a lot!!!

east dan trah

hari ni ak happy sangat..
fareeza dan fatihah belanja kek secret recipe..haha..makan free ak ari ni...
before makan fareeza suruh buat 3 wishes, and my wishes are;

1. berjaya dunia akhirat
2. berjaya dalam pelajaran dan kerjaya agar dapat menggembirakan umi abah dan menyumbang kepada ISLAM
3. dapat pendamping (suami) soleh dan dapat membimbing ak dunia dan akhirat

**actually, banyak lagi, tapi, dah dia suruh bagi 3 ak bagi 3 je la**

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILLAHI kerana pada 20 FEBRUARI 2009, ak masih hidup dan masih boleh menikmati segala kurniaanMu Ya Allah, ak berharap agar ak akan menjadi hamba yang lebih baik dari segala segi, dan juga tidak lupa bahawa tujuan ak dilahirkan hanyalah untuk beribadat kepadaMu.....

Ya Allah, golongkanlah aku dalam kalangan sebaik-baik insan
yang lahir ke muka bumi ini

Thursday, February 18, 2010

i'm fall in love with u



mr W705, wanna hug u!

i'm craving for u...

u're soooooo cute....

u ni cantik sangat, dah la colour pink, i GERAM sesangat!

nak beli u, tapi u mahal sgt la...

nanti ape umi abah i cakap...

ada sesape nak tolong belikan untuk i x?

aku di uia

Alhamdulillah, ari ni tamat sudah paper last ak, CHEM. Harapnya ak skor dapat A la paper ni. Dengan habisnya paper CHEM ni, maka tamatlah sudah episod hidupku di UIA untuk SEM 2 ni. Syukur juga aku panjatkan ke hadrat Illahi kerana telah menempatkan ak di UIA ni. Actually, memang tak ada langsung planning atau cita-cita untuk masuk UIA. Tapi, ALLAH knows what is the best for me. Dan, memang bukan cita-cita sebenar ak untuk menjadikan DENTIST sebagai cita-citaku.

Cita-citaku memang dari kecik nak jadi ENGINEER dan belajar di UTP. Selalu ak berdoa agar ak dapat menjejakkan kakiku ke UTP. Alhamdulillah, Allah perkenankan doaku. Ak ke UTP dengan harapan untuk jadi seorang engineer. Hampir satu semester ak berada di UTP. Tapi, mungkin UTP bukan tempatku. Umi dan abah pun selalu cakap yang ak ni memang tak sesuai jadi engineer. Abah cakap," Engineer is a tough career, and i don't think you'll be able to be a good engineer". Umi pulak cakap." Kakak, engineer tu kasar sikit kijo dio, lagi2x kalu kijo nge PETRONAS, tapi, kalu kakak raso hok tu terbaik untuk kakak, umi x halang". Tengok, awal-awal lagi parents ak dah cakap ak ni x sesuai jadi engineer dan masa dapat offer dari UTP tu, memang diorang agak berat untuk merelakan ak belajar di sana.

Tapi, tak lama ak berada di UTP, selepas result SPM, umi dan abah suruh ak mintak MEDIC, tapi ak tak nak. Tak sanggup. Mungkin sebab ak selalu tengok abah ak letih balik rumah lepas rawat patients dan bergelumang dengan on-call. But still, they want me to apply for other courses rather than engineering. Selalu ak solat istikharah dengan harapan agar Allah memberi ak pilihan yang terbaik. Alhamdulillah, mungkin jugak dengan berkat doa umi dan abah, hatiku berat untuk memilih DENTISTRY. Ak keluar UTP setelah 5 bulan ak di sana. Dan, sekarang ak di UIA dalam Asasi Pergigian. Dan sekarang, memang berkobar-kobar dan x sabar rasanya nak ke Kuliyyah Pergigian kat UIA Kuantan. Tinggal lagi 2 sem untuk ak habiskan foundation ni before ak dapat pergi ke Kuantan. Kini, ak mulai rasa UIA lah tempat terbaik untukku. Ak suka bia'ah disini. Di UIA, banyak benda baru yang ak alami dan paling ak tak sangka, 'tanggunggjawab' itu diberi padaku. Mulanya rasa tak layak, tapi, ak harap ak akan istiqamah dalam apa yang ak lakukan. Besar juga harapanku agar dapat berjaya dalam segala apa ynag ak ceburi agar ak dapat menggembirakan hati kedua ibu bapaku.

Di sini, ak postkan gambar-gambar ak dan classmatesku di UIA....

ENJOY D PICS!!!!





pssttt :: harap dapat skor A semua subject....

Friday, February 12, 2010

valentine day !!! jangan sambut, HARAM !!

Dipetik dari blog CINA ISLAM
~renungilah wahai saudara seakidahku untuk peringatan bersama~

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.



Tuesday, February 9, 2010

ubat ngantuk...^^,

Update blog lagi...
Adoi...gatal betul tangan ni nak menulis...kalau buat latihan mat tu malas pulak..^^,
Tengah2x baca chem boleh ak curang dengan buku chem dan beralih arah ke encik blog.
Nampak sangat ak sayang encik blog dari buku chem tu kan, kan..
Tapi, ak nak A CHEM ye!! Jangan silap paham...
Actually, nak avoid dari perasaan ngantuk, kan ngantuk terlebih kan ak hinggap kat katil pulak (alasan semate-mate).
Ni nak cerita ni, tadi ak msg la faddy dan faddy pun reply la balik. Antara yang terkandung dalam mesej kedua-dua pelajar ini ialah;(cam ayat keling + ayat skema)

Trah: faddy, malam ni ko free x? Kalo ko free ak nak pegi study mat kat bilik ko, boley x?

Faddy: bole je, tapi tu pun kalau x de briefing la.

Trah: briefing sal ape faddy? ok la, kalau ada briefing tu ko inform la kat ak.

Faddy: briefing sal medic. orait boss!

Trah: ooo..sal medic ka.. baik la d0c!

Itulah antara perbualan athirah yang rajin nak pergi merayap bilik budak 4 flat yang hebat giler mat semata-mata nak pergi tanya soalan compilation past years yang x leh nak buat (ada unsur yang menunujukkan ak dah abis buat semua compilation except for certain questions yang x leh nak buat..hihi..). But, that's n0t the main point here. Yang ak nak tekankan disini ialah briefing pasal medic tu. Faddy ni budak one year programme, so, this is the last long sem for her, and this coming july, she can straightly go to Kulliyyah Of Medicine, Kuantan. Wooww, bestnya ko faddy, ak ni lambat lagi nak pergi kuantan (orang bagi one year programme, gatal2x nak extend sape suruh!!). Tapi, memang bestkan bila kita dah nak menuju apa yang selama ini kita tuju. Dan, sesiapa yang baca entry ni, doa-doakanlah agar ak juga berjaya menjejakkan kakiku ke Kuliyyah of Dentistry, Kuantan. INSYAALLAH.

Ok, nak pergi study pulak. Da x ngantuk da. Kan bagus ada encik blog, boleh jadi ubat bia ak x ngantuk. ok , bye2x..

Monday, February 8, 2010

Toleransi Dalam Agama

Alhamdulullah, ari ni ak boleh jugak update blog ni. Actually, ingat lepas khatam RIM (Religious In Malaysia) baru nak update blog, tapi, tangan ni gatal2x je nak menulis. Tapi, at least dah 90% dah abis baca RIM tu. Exam RIM tu pun hari jumaat ni, lambat lagi. Owh, doakan biar ak ingat apa yang ak dah baca yer. AMEEN. Tadi pening jugak kepala aku nak faham dan hafal perkara dalam agama lain. Dalam subjek RIM ni, ak kena belajar pasal Buddhism, Hinduism, Sikhism dan Christianity, not to forget, ISLAM. Pernah tak korang dengar Catta Ariyasaccari, Ariya Atanggika Mangga, Tripitaka, Panca Sila, Guru Nanak, Kirpan, Kesh, Kaccha, Kangha, Kara, epistle, gospel dan macam2x lagila vocab baru. Ya, inilah kelebihan ak yang dah belajar ni, tapi malas pulak nak explain kat korang apa benda semua ni. Mulanya ak pelik jugak kenapala nak belajar pasal agama lain, ye la, mana tahu takut2x ada perkara yang boleh kacau akidah kita. Tapi, ustazah ada la jugak cakap bila kita belajar agama orang lain ni, mudah untuk kita tahu apa kelemahan agama diorang dan mudah untuk kita mengajak mereka untuk memehami Islam yang serba lengkap ini. Memang ada betul nya apa yang ustzah cakap, agama mereka memang banyak menunjukkan fakta yang agak mengarut dan tak masuk akal.

Tajuk last dalam RIM ini ialah tentang Religious Tolerance. Dan, hari ini aku nak berkongsi sedikit apa yang dah ak belajar dalam kelas dan berkongsi sedikit ilmu yang ak ada ni. Disebutkan dalam sirah tentang Umar Al-Khattab, ketika beliau sedang sakit dan nazak, beliau berpesan,

"I insruct you on behalf of the people who have been given protection in the name of Allah and His Prophet (the non-Muslim minorities within the Islamic state known as dhimmi's). Our covenant to them must be fulfilled, we must fight to protect them, and they must not be burdened beyond their capabilities"

Untuk pengetahuan anda semua, semasa Khalifah Umar Al-Khattab menuturkan nasihat ini, beliau sedang menanggung kesakitan akibat ditikam oleh orang bukan Muslim yang menikam beliau menggunakan pisau belati yang diselaputi racun. Bayangkan, tika beliau sakit diserang oleh orang bukan Muslim, beliau masih lagi berbicara mengenai betapa pentingnya menjaga hak orang bukan Muslim. Kalau diikutkan nafsu, sudah pasti ada perasaan dendam terhadap golongan orang bukan Muslim. Ini menunjukkan bahawa betapa Islam amt menjaga kebajikan kafir zimmi (yakni orang kafir yang berada di bawah pemerintahan Islam dan menurut segala peraturan yang telah ditetapkan).

Tapi, harus diingatkan, toleransi dalam agama menurut Islam bukan bermaksud kita menyamakan agama kita dengan agama lain, ini kerana Islam ialah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT. Allah telah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Ar-Rum, ayat 30:

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."


Toleransi dalam agama ini juga bukan bermaksud kita tidak perlu untuk berdakwah dan menyampaikan mesej Islam kepada non-Muslim, kerana ianya merupakan tanggungjawab setiap dari kita untuk cuba menyampaikan keindahan Islam itu sendiri. Dakwah tidak semestinya hanya melaui lisan, kita juga boleh berdakwah dengan menunjukkan contoh teladan yang baik (dakwah bil hal). Teringat pula apa yang abah ak pernah cakap. Orang Cina, India dan lain2x sebenarnya ada kecenderungan untuk memilih Islam sebagai agama, tetapi melihatkan umat Islam sendiri yang menunjukkan contoh yang tidak baik, contohnya, ramai pemimpin negara sekarang (yang majorotinya Islam) mengamalkan rasuah, menfitnah dan ada juga yang terlibat dalam kes pembunuhan. Menurut abah, ini yang menyebabkan mereka tidak berminat kepada Islam dengan melihatkan contoh yang tidak baik dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Dalam keadaan politik di Malaysia setakat ini, aku amat mengagumi kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana betapa beliau menunjukkan contoh teladan yang baik dalam toleransi dengan agama lain. Contohnya, tentang pejualan arak dan kegiatan judi di Kelantan, memetik kata-kata beliau yang diperolehi dari sebuah blog:


"Kini apa yang kita lakukan pada awal pemerintahan di tahun 1990 dulu masih lagi dapat dikekalkan, judi kita haramkan terus penjualannya dan mendapat sambutan baik dari kaum lain, manakala penjualan arak pula kita hadkan premis jualannya juga tidak menimbulkan kemarahan masyarakat bukan Islam,"katanya lagi

Seriusnya Islam dalam menjaga adab dan tuntutan ini digambarkan dalam sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menyakiti zimmi (rakyat bukan Islam), maka dia telah menyakiti aku; dan sesiapa yang menyakiti ak; maka dia telah menyakiti Allah" (At-Tabrani)

Dan, konklusinya, toleransi dalam agama itu penting, lebih-lebih lagi di Malaysia, yang mana negara kita terdiri dari berbilang bangsa serta agama. Disini, ingin sangat diingatkan, Islam tidak mengira bangsa, semangat yang harus ada dalam diri setiap Muslim ialah semangat Islam, bukan semangat bangsa. Ingat, semangat bangsa merupakan punca jatuhnya khilafah Islamiyah itu sendiri. Jadi, untuk menegakkan kembali khilafah islamiyah yang telah jatuh, ayuh, bangunkanlah semangat untuk menegakkan Islam itu sendiri, bukan hanya untuk menegakkan bangsa anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com