Thursday, April 1, 2010

murtad kerana seorang lelaki

Hari ini, ingin aku kongsikan apa yang telah aku baca dalam blog seorang senior di UIA. Ianya mengisahkan tentang seorang wanita yang murtad disebabkan kasih dan cintanya kepada seorang lelaki. Semasa aku sedang membaca kisah ini, aku tertanya-tanya, agung dan suci sangatkah cinta kepada manusia itu sehingga sanggup menukar agama dan dan berpaling dari cintaNya. Ingat, kita bercinta dengan manusia untuk mendapat redha Allah. Kasih dan sayang kita kepada suami (kepada yang sudah mempunyai suami, aku belum lagi ye), ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh umat Islam sepatutnya hanya untuk mencari redhaNya.

Wanita yang murtad ini bernama Hartina Kamaruddin. Mungkin kes ini agak lapuk, ianya berlaku pada tahun 1996. Tapi, ambillah iktibar kepada apa yang berlaku di negara kita ini. Pohonku, bacalah kisah ini, moga ada pengajaran yang boleh diambil. Harap, anda dapat menyebarkan apa yang terkandung dalam kisah ini. Kupohon sekali lagi, baca artikel ini hingga habis.

*********************************************************
Assalamualaikum. kita baca la apa yang ditulis ni. buat pedoman kita dan keluarga kita. kes Hartina. Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk-jenguk lah anak-anak kita, adik2 kita, saudara2 se-Islam kita....

Trully, Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.


Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.


Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".


Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.

Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.


Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu.

Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.


Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.


Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.

Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini? "Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.


Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.

Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.


Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.


Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja.

Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.


Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.

Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.


Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu.

Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.


Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"


Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.


Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.


Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.


Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan erangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak engapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?


Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.


Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.


Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.


Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.


Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.


Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.


Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang.


Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.


Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk enguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.


Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.


Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa.
Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa.


Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang.
Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.

Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.


Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.


Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya.


Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.


Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.


Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.


Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja.
Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya.

Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.


Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?.


Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun. Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam.


Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.


Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.


Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.


Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.


Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran.
Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).


Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.


Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.


Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.


Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke tasnya, orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.


Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama.
Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.


Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?


Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.


Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.


Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.


Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.


Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkanNya" .


Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami.



Ya Allah, tetapkanlah hatiku dalam Islam........

ingatan buat diri ini yang lalai

Wahai orang2 yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tida kamu kerjakan? Sangatlah di benci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang
kamu tidak kerjakan
(As-Saff: 2-3)

Ya Allah, bila aku melihat ayatMu ini, terasa amatlah kena dengan diri aku sekarang.

Ya Allah, bimbinglah aku ke jalan yang benar.

Bantulah aku menghadapai ujianMu ini Ya Allah.

Bantulah aku untuk membantu insan yang kusayangi tika insan itu dalam masalah.

Jadikan aku insan yang sentiasa ingat akan azab pedihMu jika diri ini lalai melakukan dosa.

Jadikan aku antara golongan yang mengaplikasikan segala ilmu yang ada.

Ya, aku tahu, ilmu itu bukan untuk dimegah-megahkan, tetapi untuk menjadi amalan dalam kehidupan.

Kuatkan imanku Ya Allah...

Bantulah aku untuk istiqamah dalam menjaga hubungan denganMu dan juga hubungan dengan makhlulMu...

Tuesday, March 30, 2010

unstable moOd

Ya, di saat dan ketika ini mood aku sangatlah tidak stabil. Don't really know the reason why. Hari ini, banyak benda yang aku tak suka aku buat. Tapi, tak nak la cerita lebih-lebih kat blog ni. Ada satu benda yang aku buat ni, sangatlah buang masa aku.

Sangat..sangat..dan sangat.

Sampai jadi benci kat diri aku. If right now you're thinking what am i doing today, just think about it, cause i will not tell it here. Tapi, janganlah suudzon (bersangka buruk) pulak dengan aku ye. Tak baik tau. But actually, i hope, please don't guess what it is about.

Dan, aku makan sangat-sangatlah banyak hari ni.Sangat, sangat. Hisshh...this is another reason i dont like myself today. To eastna, i think i'm becoming a monster like u..agagaga.. Believe me, i ate a lot today.

Dan, kepada sesiapa yang rasa aku dah sakitkan hati dia hari ini, sorry sesangat. Again, sorry sesangat.... I'm not in a bad mood today, i'm just in an unstable mood. Aku rasa orang perempuan akan faham perasaan ini bila time tu dah nak sampai.

Actually, aku happy je hari ini, as usual, gelak-gelak dan bermanja-manja dengan adik-beradik aku yang kusayangi sekalian (sebab hari ni sekolah kat kelantan cuti, so, semua adik aku ada kat rumah), bukannya marah-marah orang tak tentu pasal dan buat muka masam tak tentu pasal, tapi tulah, dalam hati ni siapa yang tahu perasaan 'unstable' aku tu kan.

Kalau kat UIA, ada la juga reason kenapa mood aku jadi tidak stabil, mungkin kerana assignment yang banyak dan kuiz yang hari-hari ada, tapi kalau kat rumah, aku happy jer. Sebab tu aku kata di awal post ini tadi, aku tak tahu kenapa mood aku sebegini rupa hari ini.

Ok lah, setakat ini sahaja post kali ini. Tak nak cerita lebih-lebih sebab aku takut aku akan tulis benda-benda yang mengarut nanti. Biasalah kan, unstable mood. Agagaga~~~


A pic taken from Deviant Art entitled 'War In Me'

Errm, ada kena mengenakah gambar itu dengan aku..haha..saje jelah amik pic ni..saje nak describe kan mood aku yang tidak stable itu. Bukan aku ye yang tak stable, mood aku itu patut dipersalahkan kerana menjadikan aku agak blur hari ini.

**Perasan tak post aku kali ni agak mengarut....



Saturday, March 27, 2010

i bought new books

Tengok je tajuk post ni, mesti ada yang cakap, beli buku baru pun nak cerita.

Saja je nak cerita, sekarang ni kan musim Kuala Lumpr International Book Fair, atau nama glamournya KLIBF 2010 yang berlangsung di PWTC. Tapi, yang sedihnya, aku dok kat Kelantan, benda alah tu buat kat PWTC, yakni kat KL.

Nampaknya, aku tak boleh pergi la kat KLIBF tu untuk tahun ni, tapi, aku ada la pengalaman pergi KLIBF yang kat PWTC tu tahun lepas. Actually, masa tu baru lepas habis interview dentistry kat pejabat MARA (aku apply scolarship MARA untuk further dentistry kat Jordan, tapi, unfortunately, aku tak dapat). Ingat lagi, masa tu 17/04/09 iaitu hari Jumaat. Lepas habis je interview tu, terus ajak umi dan abah pergi PWTC. Dan, masa itu jugaklah pertama kali aku ke PWTC. **napok sangat darat aku nih, budok klate la katoke**

Masa kat PWTC tu, aku sebenarnya agak pening dan serabut juga, almaklumlah, ramai sangat orang masa tu. Hishhh, aku ni dah la alah sikit kalau orang ramai-ramai ni.

Opps, lari tajuk sudaaa...

Haa, tentang buku baru tu, alkisahnya hari ini aku pergi KB Mall, bukan PWTC yer, dengan family aku. Memang niat pergi KB Mall ni nak beli buku, specifically, buku MUET, almaklumlah, dalam bulan 5 nanti aku akan mengambil exam MUET. Masa kat KB Mall tu, umi dan adik pergi kedai kasut, abah dan amir pergi beli baju untuk amir (amir nak beli baju untuk interview) manakala aku da Imran pergi beli buku. Mulanya bercadang nak pergi POPULAR, kedai buku yang dimiliki orang orang non-muslim, tapi, adikku Imran, cakap tak nak, dia nak pergi MUDA OSMAN, kedai buku yang dimiliki oleh muslim. Lepas tu, aku faham la, adik aku bukan saja-saja tak nak pergi POPULAR tu, tapi, memang abah dan umi aku pun pernah pesan, kalau ada kedai orang Islam, utamakan kedai orang Islam terlebih dahulu.

Masa kat kedai buku tu, buku pertama yang ada kat kepala aku ialah buku Langit Illahi, dah lupa niat utama nak pergi kedai buku adalah untuk membeli buku MUET. Cari punya cari, aku tak jumpa buku tu, then ada la beberapa buah buku yang menarik perhatianku. Haha..Selepas tiga buah buku yang aku ambil, last sekali jumpa juga buku Langit Illahi yang dicari-cari dari tadi. The last one tu. For your information, masa nak bayar tu baru teringat buku MUET, so baru nak pergi ambil buku tu.

Hari ini, nak memperagakan buku-buku yang athirah telah beli.........


Buku pertama yang diambil



Harapnya segala yang bermanfaat dalam buku
ini dapat aku jadikan amalan


Buku yang mengisahkan tentang manusia hebat yang
berada di belakang ulama' tersohor


Buku hasil karangan Hilal Asyraf, seorang pelajar
University of Yarmouk, Irbid, Jordan


Not to forget, MUET book, as a tool for me to prepare
myself to sit for MUET examination

Harapanku amat besar agar aku MEMBACA semua buku yang aku beli ni. Bukannya hangat-hangat tahi ayam je nak beli, tapi tak baca.......

Friday, March 26, 2010

jom heboh di Kelantan

Untuk pengetahuan anda, Jom Heboh akan diadakan buat pertama kalinya setelah 7 tahun ianya diadakan, iaitu pada 26 da 27 Mac 2010. Pertama kali aku dengar yang Jom Heboh akan diadakan di Kelantan, aku agak terkejut sebenarnya. Tahu-tahulah, bila sebut je Jom Heboh, kita akan membayangkan betapa ramainya artis yang akan berkumpul terutamanya artis perempuan yang berpakaian tak senonoh itu. Juga, adanya konsert pada penghujung Jom Heboh yang mana kita boleh lihat para artis dan juga peminat mereka akan terkinja-kinja melompat di atas pentas.

Aku tertanya-tanya, adakah pihak kerajaan negeri akan membiarkan hal yang sedemikian rupa di Kelantan ini?

Pada pagi ini, aku cuba tengok kat TV3 berkenaan Jom Heboh. Terkejut aku dibuatnya! Tahu tak kenapa? Pengacara TV3, semuanya dah bertudung litup. Alhamdulillah, even tudung diorang tak menutupi aurat 100% kerana aku lihat tudung yang mereka pakai menampakkan bonggol rambut di belakang kepala bertepatan dengan hadith nabi tentang aurat wanita;

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim

Tapi, at least diorang pakai tudung. Diharap, Allah akan memberi hidayah kepada mereka untuk menutup aurat satu hari kelak. Ini juga peringatan kepada diri sendiri, yang sebenarnya tak lengkap lagi. Ini mungkin requirements yang kerajaan Kelantan tetapkan, nak adakan Jom Heboh di Kelantan boleh, tapi artis perempuan harus menutup aurat. Mungkin ada suara yang mengatakan perbuatan ini hipokrit, iaitu menyuruh orang yang tidak menutup aurat untup menutup aurat, tapi, sebenarnya ini adalah satu langkah pihak pemerintah untuk menjalankan apa yang telah disyariatkan oleh agama.

Dan pagi ini, aku ada la baca Harakah **untuk artikel asal, sila klik**. Dan, dalam paper tu ada dinyatakan bahawa konsert yang akan diadakan nanti tidak akan melibatkan artis wanita, juga yang paling penting, tempat duduk lelaki dan wanita akan diasingkan pada konsert tersebut. Juga, pihak pengajur menyediakan tempat solat untk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan kewajipan mereka.

Alhamdulillah, even Jom Heboh diadakan di Kelantan, tapi, banyak kelainannya. Kelainan yang sepatutnya berlaku di tempat Jom Heboh di negeri lain. Diharap apa yang kerajaan negeri Kelantan usahakan ini akan diikut oleh negeri lain. Berhibur boleh, tapi jangan sampai mengabaikan apa yang disuruh agama. Paling aku sukapasal Jom Heboh kat Kelantan ini, pengasingan tempat duduk antara lelaki dan perempuan sewaktu konsert. Even memang aku tak akan pergi pun konsert tu sebenarnya, tapi bagi rakyat Kelantan yang akan pergi ke konsert tersebut, terutamanya para remaja, ikhtilat mereka akan terjaga.

Wednesday, March 24, 2010

Nak couple boleh tak?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.



Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.


Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,....

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21)Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.(151).


Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

**Artikel diambil dari I Luv Islam**

Tuesday, March 23, 2010

Aku lalai dalam nikmat yang Allah berikan


Di sini, aku ingin ceritakan apa yang berlaku kepadaku. Bukan untuk membuka aib diri ini, tapi diharap apa yang aku luahkan hari ini mampu memberi pengajaran kepada yang membaca. Sekarang aku di rumah sedang bercuti selama 3 bulan, dan seperti biasa rutinku di tengah hari, aku akan prepare untuk masak lunch kepada keluarga aku. Boring-boring dok kat dapur sorang-sorang (sebab umi dan adi-adik aku pergi sekolah), aku pun dengar Ikim.fm melalui phoneku, diharap sambil memasak, bolehlah juga memberi pengisian kepada hati yang lagho ini. Dan, berkumandanglah lagu Obat Ati nyanyian Opick. Di sini aku buka ingin sertakan lirik lagu itu, tapi apa yang aku dapat melalui lagu itu.

Menurut lagu ini,ubat hati ada 5 perkara:
1. Baca Quran
2. Solat malam, yakni Qiamullai
3. Bergaul dengan orang soleh
4. Banyakkan puasa
5. Zikir

Setelah mendengar lagu ini, aku tiba-tiba merasakan yang selama aku diberi kelebihan bercuti di rumah ini, banyak hak-hak kepada Allah yang aku tidak tunaikan. Bacaan ma'thuratku tidak lagi istiqamah, begitu jua bacaan Al-Quraanku, tidak lagi menjadi rutin harian, tidak istiqamah dalam menunaikan solat tahajud, walhal itu adalah cara untuk aku mendekatkan diri dengan Allah, solat pun kadang-kadang je awal waktu, solat sunat entah ke mana dan macam-macam lagi. Tiba-tiba aku rasa aku tak manfaatkan masa terluang yang Allah bagi kat aku ni sebaik mugkin. Nak kata busy study, mustahil, nak kata busy buat kerja rumah, tak pun, kerja rumah yang aku buat pun bukanlah berat sangat, setakat memasak dan kemas rumah je, bab-bab laundry aku tak sentuh pun.

Itulah, manusia ni kadang-kadang kalau Allah bagi kita busy, 'busy' itu kita jadikan alasan untuk tidak memperuntukkan masa kepada Allah, tapi, bila Allah bagi masa lapang pun kita lalai. Ya Allah, janganlah biarkan hatiku ini dari lalai dari mengingatiMu. Janganlah jadikan aku insan yang tergolong dalam kalangan hamba yang lupa bahawa destinasiku bukan hanya di dunia, tapi di akhirat sana.

Kalau sebelum cuti dulu, semasa aku masih lagi di UIA, banyak yang aku plan nak buat semasa cuti ni, antaranya, membaca sebanyak mungkin buku-buku yang ada kat rumah aku dan menambahkan ilmu aku yang amatlah sikit ini dari segi agama mahupun hal yang lain. Untuk pengetahuan sahabat semua, abah aku ni antara insan yang sangat suka membeli buku, tapi beliau tidak ada masa untuk membacanya dek sibuk dengan kerjanya sebagai doktor. Umi, walaupun seorang guru, namun jarang membaca buku yang abah beli sebab sibuk menguruskan rumahtangga kerana rumah aku tak ada maid. Tapi, terus terang aku katakan, sepanjang cuti ini, tiada satu pun buku yang aku sempat khatamkan, Baca tu ada la jarang-jarang, tapi, tak ada satu buku pun yang aku sempat habiskan. Malas menjadi alasanku. Alasan yang tidak munasabah langsung. Walhal, aku ni boleh la dikategorikan sebagai seorang yang agak suka membaca. Kalau di UIA dulu, ada je orang jual buku, terus aku singgah dan beli, dan habiskan buku tersebut.

Aku sengaja memberitahu kelemahan diriku ini di blog ini, seperti yang aku katakan di awal tadi, aku mahu sahabat semua ambil iktibar dari aku yang lagho dalam nikmat yang Allah berikan padaku ini.

Pesanan untuk diriku, ingat tirah, hidup bukan sekali, tapi dua kali. Di dunia dan juga di akhirat. Dunia hanyalah sebagai kenderaan menuju ke akhirat. Manfaatkan setiap masa, jadikan setiap perkara yang dilakukan ikhlas kerana Allah, harapnya, dikira sebagai ibadah. Harapnya, ia menjadi saham untuk bertemu Allah diakhirat sana.

“ dan tidaklah KAMI menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya hanya untuk bermain-main(sia-sia) sahaja” Ayat 16 Surah Al-Anbiya.

Monday, March 22, 2010

Peringatan untuk diriku dan sahabat seakidah yang disayangi sekalian


Bismillahirrahmanirrahim

Pernah mencuri hati seseorang? Atau pernahkah hati ini dicuri seseorang? Kalau dicuri hati tidak mengapa, tapi kalau dicuri iman itu bahaya. Jadi biarlah hati ini dicuri oleh orang yg boleh menguatkan iman kita. Yang pastinya, dalam jalan pernikahan yang halal. Wanita2 yang bujang eloklah beringat, berdoa semoga menjadi golongan yang memperteguhkan iman kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya dengan laki-laki sama ada yang bujang atau pun yg sudah punya isteri. Janganlah mengurangi iman si gadis dengan kata2 godaan penuh licik dan pandangan membunuh. Sama juga dengan wanita, jangan berperangai murahan.

Genggamlah imanmu kuat-kuat! (^.~)

Ya Allah, janganlah jadikan aku pencuri hati lelaki...

Sunday, March 21, 2010

montel dan opet

Ha, tajuk post ini ialah montel dan opet.
Teka, teka, apakah itu?
Montel dan opet actuallay nama 'new members' kat rumah aku.
Bunnies, yup.. bunnies..
Dua ekor arnab ini ialah ahli baru keluarga aku.
Oleh sebab adik bongsu aku, lutfi dan adik amatlah suka akan binatang, so abah aku upah la orang buat 'rumah' untuk arnab yang akan dibeli itu.
After 'rumah' mereka dah siap, petang tu adik dan lutfi terus ikut abah beli rabbits, before mereka berdua pergi kedai nak beli rabbits tu, aku selaku seorang kakak yang baik hati (ehem....) tolong la carikan serba sedikit maklumat tentang arnab ni dekat Google.
Banyak juga info yang kami dapat. Info-info ini penting kerana kami semua perlu ada serba sedikit maklumat sebelum kami mahu menjaga dua ekor arnab yang comel itu.
Ia juga penting agar kami boleh menjaga arnab ini sebaik mungkin kerana mereka juga makhluk Allah, betul tak?

Adik and Lutfi with their bunny

Abah, adik dan lutfi beli opet dan montel hari Khamis. Opet tu 'boy' bunny dan montel tu 'girl' bunny.
Tapi, hari sabtu baru decide nak bagi nama montel dan opet kat dua ekor budak rabbits ni.
Adik dan lutfi sangatlah sayang kat opet dan montel ni, malam-malam pun sanggup pergi turun tengok keadaan mereka even mereka berdua ni actully budak penakut, so kadang-kadang aku pergi juga teman mereka jumpa montel dan opet kat tepi rumah ni.
Pernah ada sekali tu, adik tertidur dalam rumah opet dan montel sebab duduk jaga bunnies ni lama sangat. Letih la tu.
Aku pun kadang-kadang sampai sejam jugak dok dalam 'rumah' opet dan montel ni, khusyuk tengok gelagat mereka yang comel sangat-sangat.

Kawan-kawan adik dan lutfi tengah tengok montel

Sekarang aku nak cerita sikit sejarah nama montel dan opet.
Montel tu arnab pompuan, dan sangat la chubby dan comel. Bulu montel warna putih dan kelabu. Oleh sebab montel ni kuat makan dan melihatkan badannya yang chuby itu, so, kami namakan dia montel.

Montel

Opet pula arnab laki, tapi sangatlah kurus dan weak. Opet ni tak nampak macam laki langsung, tak gagah dan tak aktif. Dok diam je reti. Makan pun sikit.
Opet tu actually nama binatang yang dalam movie Upin dan Ipin tu, ada la yang upin dan ipin jumpa dalam hutan tu kan. Ingat tak?
Oleh sebab adik-adik aku ni minat sangat kat upin dan ipin, so kami namakan la arnab laki tu opet.

Opet

Begitulah alkisahnya nama opet dan montel yang comel itu.
Dan kami harap opet dan montel cepat-cepatlah bagi kami arnab-arnab baru yang comel ye.
Jangan reti makan je opet dan montel, especially si montel tu.



Wednesday, March 10, 2010

rintihan seorang pelajar

Minggu ini merupakan minggu yang agak tension. Bukanlah tension sangat pon, tapi, bila aku buka facebook, ramai kawan-kawan yang membicarakan hal result. Hampir tiap-tiap hari jugak aku buka IIUM Student Portal untuk melihat keputusan exam semester 2 aku di UIA. Tapi, lain yang aku nak, lain yang didisplaykan kat komputer ni. Jadi, aku sabar je la. Aku akan tunggu hari khamis ni, 11/3/2009 untuk aku tengok result semester 2 aku.

Harapanku amat besar untuk aku dapat pointer 3.5 and above so that aku akan dapat stay dalam course aku sekarang. Tapi, whatever my result after this, i will just accept it as i know that i've give my best and work hard for final exam. Kita yamg merancang tapi Allah yang menentukan. Jadi, Allah dah beri masa untuk aku belajar dan merancang masa depanku, selepas segala ikhtiar yang kita lakukan, berserahlah pada Allah, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Teringat sepotong ayat dalam Al-Quran yang selalu aku jadikan sebagai motivasi untukku tikala aku 'jatuh' agar aku 'bangun' dari kejatuhanku :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sdang kamu tidak mengetahui."~Surah Al-Baqarah : 216~

Aku juga amat berharap agar segala usahaku akan memberikan aku kecemerlangan dalam keputusanku nanti. Ya, belajar itu ibadat, kita ikhlaskan diri kita belajar kerana Allah. Bagiku, kuharap, masa yang diperuntukkan untuk belajar bukanlah masa yang sia-sia yang hanya berbentuk duniawi semata-mata, tapi, ianya juga boleh kujadikan sahamku di akhirat kelak. Aku mahu kejayaan di dunia dan akhirat Ya Allah.

Aku mahu keputusan cemerlang kerana ini juga tanggungjawabku. Tanggungawabku sebagai seorang Islam, sebagai pelajar UIA, sebagai anak kepada kedua ibu bapaku, dan kakak kepada adik-adikku. Aku tidak mahu dengan keputusanku yang teruk, aku akan menjadi fitnah kepada Islam, aku juga tidak mahu masyarakat memandang pelajar sebuah universiti Islam yang mengamlkan ajaran Islam kecundang dalam pelajarannya, aku juga tahu, umi dan abah menyimpan hasrat yang besar untuk aku berjaya dalam pelajaranku, dan aku harap aku tidak mengabaikan tanggungjawabku ini dan aku juga mahu adik-adikku jadikan kakak sulung mereka ini sebagai contoh dari segi sahsiah serta akademik.

Dan, besar harapanku agar aku dapat menggembirakan umi dan abah dengan keputusanku yang akan keluar esok. Ya, ESOK....

p/s :: Nak masak kek pisang untuk family di pagi hari ini sebab banyak pisang yang mek* aku bagi.

p/s :: Hari khamis petang aku akan menjadi fasilatator untuk program Kem Waja Diri Tingkatan 3 di sekolahku tercinta, SMKA Naim Lilbanat. Harapnya aku buat yang terbaik. Program ini tamat jumaat malam.

*mek=nenek




Friday, March 5, 2010

~ jogging ~

Setelah sekian lama badan aku ni tak mengeluarkan peluh dan membakar lemak secara besar-besaran, maka, aku pergilah jogging kat Taman Tengku Anis tu. Even taman tu dekat je dengan rumah aku, naik basikal pun boleh sampai, tapi, disebabkan aku ni agak malas sikit bab2x membakar lemak ni, so, jarang sangat la aku pergi. Dalam family aku ni, umi n abah je rasanya yang rajin pergi beriadah.

Aku pergi kat taman tu dengan umi, abah, adik dan lutfi. Disebabkan adik dan lutfi nak main air kat taman tu **kat taman tu ada swimming pool** so, aku dan abah je la yang jogging . Masa jogging tu, abah bagi tips kat aku :
1) Before jogging warm up dan after jogging, cool down **tahu dah tapi sebab lama tak jogging tu yang lupa nak buat tu**.
2) Masa jogging, make sure jatuhkan kaki belakang dulu, bukan kaki depan. Abah cakap kalau buat macam ni body kita akan guna semua muscle. Actually, i dont really understand how does it works but i just do it blindly. wee~~
3) Masa jogging, manfaatkan masa untuk berzikir. For your information, kat taman tu, every certain meter ada board zikir besrta maksudnya.

Masa tengah jogging tu, banyak la pemandangan yang aku tak berapa suka. Well tahu-tahu je la kan, orang perempuan jogging zaman sekarang pakai baju ketat-ketat, pastu, bila jogging paham-paham je la, banyak benda yang vibrate **x tahu nak guna term ape, vibrate pun acceptable lah*. Yang lelaki pulak, pakai seluar atas lutut, adoi, susah sangat ke nak beli seluar yang atas lutut. Errm, maybe diorang tak jumpa kot seluar panjang kat mall yang diorang pergi tu. Kesiankan. Ini menunjukkan masih ramai lagi yang tidak menutup aurat secara sempurna. Tahu, aku ni pun bukannya complete sangat, tapi, oleh sebab mata ini agak sakit, so aku luahkan luahan hati kat encek blog.

Then, after we all jogging, aku dan abah pun pergi kat umi yang tengah dok berpicnic sorang-sorang coz adik dan lutfi tengah dok happy main air sampai tak ingat kat umi. Masa borak-borak dengan umi, umi offer suruh makan, nama lagi picnic kan, mesti ada makanan. Aku ni dari tadi tahan diri dari makan sebab kononnya tadi masa jogging dah bakar lemak dah, tapi, prinsip aku **ceh, prinsip kot**, rezeki jangan ditolak. So, dengan berseleranya aku makan. Makan mana boleh tak berselera kan..kan..

Adoi, agak lama jugak la tunggu bebudak ni main air. Yang lucunya, abah ajak umi pergi jogging **Eh, lupa nak cakap yang umi pakai baju kurung dan selipar masa tu**. So, umi dengan selambanya pergi jogging berdua-duaan dengan abah. Umi, umi.. Pastu, lutfi pulak, tetiba panggil aku cakap nak google. Dia cakap mata dia pedih la kena air. Isshh, ngada-ngada budak ni. So, aku pun pergila cari dalam beg baju diorang, tapi tak ada, so maknanya umi tak bawa la. Then, cakap la kat lutfi yang benda tu tak ada, pastu, merajuk pulak cakap aku tak nak bagi. Adoi ~ pelik aku bebudak ni.

Itulah kisah aku dan keluargaku pergi jogging. Next week, nak jogging pulak. Tapi umi cakap kat lutfi kalau cukup solat 5 waktu sehari, boleh pergi taman, kalau tak, semua tak boleh pergi. Adoi, adik aku yang sorang ni pun, macam-macam cara dah aku buat biar dia cukup solat 5 waktu, tapi, kalau dah anak bongsu kan, marah sikit nak merajuk, so, kakak yang baik ni tak jadi la nak marah. Tahu la umur dia baru darjah 2, tapi, before cukup umur nak kena rotan **10 tahun dalam Islam**, kena practise la biar cukup solat 5 waktu kan kecik-kecik ni.

**For your information, lutfi tu yang bongsu, darjah 2, adik tu yang kedua bongsu, darjah 6.




Wednesday, March 3, 2010

ikhtilat....


Pagi ini aku luangkan masa menjenguk blog rakan-rakan. Ada post dalam satu blog ini menarik perhatianku. Rakanku ini menceritakan mengenai ikhtilat (percampuran) antara lelaki dan wanita. Aku teringat akan satu mesej yang diberi oleh seniorku di UTP melalui yahoo satu ketika dulu. Dan, terus aku membuka inboxku di yahoo mail. Diharap apa yang diberi oleh seniorku ini akan diambil pengajaran oleh kita semua.

Bismillahirrahmaanirrahim

Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.

Demi cinta dan sayangku kepada muslimah-muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.

Amma ba’d:

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.



4.
Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5.
Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan :

Fatwa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama
1996 m – 1416 h

Regards,

Nor Huda Mazan
Final Year Final Semester,
Business Information System,
Universiti Teknologi PETRONAS

Aku redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan
Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan rasulku...

Monday, March 1, 2010

hygiene is important ok !

Hari ini aku nak berkongsi sedikit tentang artikel yang aku baca kat laman web LANGIT ILLAHI. Tajuknya, "Rumah Bujang Beriman"**sila klik**. Actually, artikel ini cerita pasal perangai lelaki bujang yang tak tahu nak jaga kebersihan dan beranggapan bahawa segala kerja yang berkaitan dengan mengemas dan menjaga kebersihan rumah adalah di bawah tanggungjawab wanita. Huh! Aku memang setuju sangat dengan apa yang saudara Hilal Asyraf katakan. Mengapa aku sangat-sangat bersetuju ??? Ini adalah kerana melalui pengalaman aku sendiri tinggal dengan keluarga yang mempunyai 4 orang adik lelaki daripada 6 orang adik-beradik. Aku tak tahu la, maybe naluri lelaki ni tak suka nak kemas-kemas barang.

Lelaki..lelaki..kamu semua kan nak jadi ketua keluarga kelak. Macam mana nak jadi imam kepada keluarga kalau diri sendiri pun tak tahu nak jaga? Rajin-rajinkanlah diri anda membantu ibu anda, sebagai latihan untuk anda membantu isteri anda kelak. Ingat, jangan hanya lepaskan segala kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas rumah, memasak dan sebagainya kepada isteri anda sahaja. Zaman moden ni, mostly suami isteri bekerja, so, sama-sama letih lepas balik kerja kan, kan? So, disini aku nak stresskan yang aku nak seorang suami yang PEMBERSIH. Sekali lagi, PEMBERSIH ok! **AMIN3X**

Aku kekadang kesian tengok umi buat kerja rumah sorang-sorang. Yang buat aku lagi geram dan sedih ialah bila towel dan baju sendiri pun tak reti nak kemaskan. Adoi ~ tak paham aku karenah budak-budak ni. Dah la aku ni jenis yang boleh dikatakan ahak pembersih la jugak**koya..koya**. Aku allergic sangat bila tengok rumah bersepah. So, tangan aku ni cepat je nak kemas rumah. Kalau kena mood aku tengah nak kemas rumah berkobar-kobar, satu rumah aku bersihkan. Happy sangat bila tengok rumah bersih. Tapi, yang aku pelik sangat, bilik adik-adik lelaki aku biasanya akan 'back to normal' tak lama lepas aku bersihkan bilik diorang. Rasa nak marah jugak kadang-kadang, tapi, bila aku fikir balik, kalau aku marah pun tak guna jugak. Perangai diorang akan still sama. Mujurlah satu-satunya adik perempuanku tu pembersih orangnya. Kadang-kadang dia kan tolong jugak aku kemas rumah, tapi, kalau dia dalam mood malas, sruh 1000 kali pun tak nak tolong.

Tapi, itulah dugaan dan cabaran sbg anak sulung**ceh, ayat cam besar sgt la dugaan tu**. Tapi, yang aku nak tekankan kat sini ialah kebersihan. Semua orang pun tahu kan KEBERSIHAN IALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. So, kalau kita ni nak buktikan kita ni beriman pada ALLAH, jagalah kebersihan diri, tempat tinggal dan keadaan sekeliling kita. Kadang-kadang malu pulak dengan orang kafir, mereka lebih faham apa itu kebersihan. Mereka lebih mempraktikkan kebersihan dalam kehidupan mereka. Umat Islam hari ini ramai yang pengotor, ini secara tidak langsung boleh membawa fitnah kepada Islam itu sendiri. Ingat, segala amalan yang kita lakukan jika niatkan segala amalan itu kerana Allah, akan dikira sebagai ibadat. Dan ingat, segala ibadat kita kepada Allah harapnya akan membwa ganjaran pahala kepada kita dan harapnya akan memberatkan timbangan amal baik kita di padang mahsyar kelak. Jadi, pesan kepada sahabat sekalian, rajin-rajinkanlah diri anda untuk mengemas dan menjaga kebersihan, ikhlaskan niat kerana Allah.

Aku juga nak ingatkan kepada diri aku sendiri yang selama 3 bulan aku bercuti kat rumah ni, diharap aku dapat memanfaatkan cuti aku ni dengan kerja yang berfaedah. Aku harap aku ikhlas tolong umi kemas rumah dan masak lunch hari-hari**practice jadik isteri solehah bak kata ~~~, haha**. Hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com