Sunday, December 12, 2010

selawat di hujung minggu

Alhamdulillah, pada hujung minggu ini, hari Sabtu, saya ditakdirkan Allah, saya antara yang terpilih untuk ke majlis KL Berselawat, yang diadakan di Dataran TV Al-Hijrah, berhampiran Masjid Negara. Seriously, sangat teruja sebab ini pertama kali dalam hidup pergi ke majlis selawat seumpama ini.

Untuk membaca perjalanan kami, rasanya, eloklah anda klik blog kak Afiqah dan blog Farah Adlina. Rasanya mereka secara detailnya telah menceritakan perjalanan kami ke majlis itu. Lagipun, hari ni sebenarnya tak ada mood sangat nak update blog sebab banyak lagi kerja yang perlu dillakukan.

Syukur juga saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana saya berkesempatan untuk bersua muka dengan Habib Ali Zeinal Abidin AlHamid, yang selalu diceritakan oleh Ustaz Muhadir. Sungguh, ini kali pertama diri ini bertemu sang Habib, mungkin sebelum ini tak dipilh olehNya untuk mentap wajah sang Habib. Perwatakannya sangat tenang, caranya memberikan tausiyahnya sangat menyentuh hati.

Sebenarnya, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya rasa sangat berharga sewaktu Habib Ali memberikan tausiyahnya. Banyak yang diberikan olehnya, tapi yang ini saya rasa sangat penting untuk dikongsi.

Menurut Habib Ali, Nabi Muhammad SAW berwasiat akan 3 perkara kepada para sahabat, iaitu :
1) Ajarkanlah anakmu cinta pada Nabi Muhammad SAW
2) Ajarkanlah anakmu cinta pada keluarga Nabi Muhammad SAW
3) Ajarkanlah anakmu cinta pada Al-Quran

Bagaimanakah caranya? Ini antara yang perkara yang perlu dilakukan untuk memupuk rasa cinta ini.
1) Sentiasa membaca dan mengkaji sirah Nabi Muhammad SAW
2) Meneladani akhlak Baginda
3) Memperbanyakkan bacaan selawat memuji Baginda

Sahabat, sama-sama kita hidupkan hati kita untuk mencintai Baginda Rasulullah SAW sebagaimana cintanya Baginda pada kita semua, umat akhir zaman. Moga di akhirat sana kita bakal bertemu jasad yang mulia ini, moga kita mendapat syafaat Baginda kelak. Baginda juga pernah bersabda yang bahawasanya kita akan dikumpulkan di akhirat nanti bersama orang yang kita cintai, tepuk dada tanyalah iman, siapa yang anda cintai tika ini? Sama-samalah kita mencintai Baginda agar kita semua dapat besama dengan Baginda di akhirat kelak. Namun, kebanyakan dari kita lebih cinta akan artis-artis Korea, Jepun dan sebagainya.

Sama-sama kita amalkan apa yang diajar Habib Ali ini. Buat masa sekarang, memandangkan saya masih lagi tak berkeluarga, insyaAllah saya akan terapkan apa yang diajar ini pada adik-adik saya. Suatu hari nanti, akan saya ajarkan pada anak-anak saya. InsyaAllah...

Haa, cakap pasal anak, masa majlis selawat tadi saya terjumpa budak yang sangat cumeeeelllll. Saya sempat dukung dia taw, jangan dengki ye. Masa break antara maghrib dan isyak tu sempat jumpa dan cakap dengan ibu dia. Sempat jugak saya cubit pipi dia yang gebuuu tu, masa tu dia tengah tidur. Bagus parents budak-budak ni, ajar anak-anak masa kecil lagi ke majlis ilmu. Kalau kecil-kecil kia dah ajar, nanti besar tak la susah untuk ke majlis ilmu kan.

Yang pakai rida' hitam tu abangnya.
muka budak yang saya cubit pipi tu tak nampak pulak.

Program tamat agak lewat, rasanya nak dekat pukul 12 malam. Kami agak letih, tapi berpuas hati sebab hujung minggu ini terisi dengan benda yang sangat berfaedah. Untuk pengetahuan semua, lepas habis majlis itu, saya menemani Dayah ke UM melawat rakannya, Fara. Jadi, bermalamlah kami di UM.

Doa saya moga Fara dan mereka yang dalam program Ambang Asuhan Jepun(AAJ) ini akan berjaya fly ke Jepun semuanya. Hoho, mereka ni sangat packed hidupnya, pagi sampai petang kelas. Mereka sangat cemburu dengan student UIA yang sangat free jadualnya. Student UIA sekalian, jangan kita buang masa lapang kita, mereka ni sangat susah untuk dapat masa lapang, kita ni masa lapang banyak, tapi, tersalah isi dengan benda tak berfaedah buat diri, keluarga dan juga Islam!

Friday, December 10, 2010

HB dear !!

Credit to tikah sayang for the gorgeous pic!

HB. Happy Birthday maheran sayang.

Sorry coz i post it a bit late. Lewat sehari. Hehe. Supposely hari rabu tapi post entry ni hari khamis. Takpe, takpe.

08122010. Genaplah usiamu 19 tahun. Orang lain dok sibuk nak masuk umur 20 tahun dia baru nak masuk 19 tahun. Takpe, takpe, muda sikit kan. Bila tengok gambar kat atas ni, especially gambar kek tu, teringat masa semua vvians celebrate birthday maheran kat KB Mall. Surprise birthday party for her. Seriously, i do really miss the moment to be with all of you.

Maheran, lama sangat tak jumpa si cantik jelita ni. Hehe, kawan saya mestilah semua cantik jelita macam saya. Maaf ye, masuk bakul angkat sendiri! Memandangkan meheran ni duduk nun jauh di gua musang sana, so sangatlah susah nak jumpa dia. Lepas SPM, rasanya dalam 2 kali je kot jumpa.

Maheran ni antara orang yang rapat dengan saya semasa saya di Naim. Sekelas sekali start Form 2, duduk sebelah je dengan dia. Dorm pun sekali. Kami duduk di Dorm P, satu tempat yang meninggalkan banyak memori manis kami bersama. Kalau sedih-sedih kami berdua pergi isolatekan diri di tepi koridor, tengok Billion malam-malam (buat pengetahuan semua, asrama kami sangat dekat dengan Billion KB). Sesi luahan perasaan pun kat sini jugak. Kami jugak rapat dengan senior sedorm dengan kami yang memang satu kepala, Kak Fizah, Kak Is, Kak Tikah, Kak Kalle, dan ramai lagi la.

Masuk Form 3, kelas lain-lain. Saya 3UA, dia 3UH. Takpe, takpe, kami still rapat. Form 4 pun kami lain kelas. Still rapat lagi. Tapi kami tetap bersama masuk nasyid Soutun Naim. Dua-dua third voice, seorang lagi geng third voice ialah eti. Masa practise nasyid kami selalulah berdua, masa pertandingan pun selalu berdua. Ingat lagi masa pertandingan nasyid peringkat negeri Kelantan kat Gua Musang, sempat berziarah ke rumah maheran kat Taman Wangi. Sempat jumpa uminya, dan adiknya yang comel, hanan. Kami juga sempat ke sungai dekat dengan rumah maheran. Kalau teringat moment ni, saya selalu membelek-belek gambar. Sebab tu saya suka ambil gambar, sebab dengan gambar ni saya boleh ingat balik sweet moment yang berlaku. Alhamdulillah, Form 5 saya sekelas dengan dia, dan duduk di tengah-tengah antara dia dan wani. Serious, rindu sangat nak duduk dalam kelas 5US tu lagi. Rindu nak dengan maheran mengepek-ngepek dan membobel-bobel (hoho, bahaso kelate nih!).

Kalau nak cerita semua pasal maheran ni, rasanya tak akan habis. Mujurlah tulis kat blog ni tak guna dakwat, kalau tak habis dakwat dibuatnya. Kini, maheran mengambil jurusan farmasi di UiTM Pulau Pinang. Doakan agar dia berjaya menjadi seorang pharmacist seperti yang diidamkannya. Moga dia berjaya dunia akhirat. Itu doa saya buat semua sahabat saya.

Buat maheran tersayang, jagalah akhlak dan peribadimu, sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Sama-sama kita manfaatkan masa muda kita. Even aku bukan the first person hok wish ko mum, i'm happy that i can still wish a happy birthday wishes to you. Hopefully you're happy with this post. This post is just a little bit sharing about the sweet moments with you. Just a little bit, for the rest, just let us know that. Happy sangat dapat dengar suara mum hari ni. Aku harap result yang akan keluar esok ialah yang terbaik buat mum. Aku sokmo doakan yang terbaik buat mum. Sama-sama kita berjaya dalam bidang masing-masing.

Lastly,

HAPPY BIRTHDAY SAYANG! I JUST WANT YOU TO KNOW THAT I LOVE YOU! LOVE YOU FILLAH!


Thursday, December 9, 2010

jangan promosi dosa di facebook dan blog !!

Wahai pemilik blog dan empunya akaun facebook sekalian, jom kita baca artikel mantooop yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin ini. Sama-sama kita ambil ibrah dari artikel ini. Just have a click ok!


doakan keselamatannya

Semalam, sebelum kuiz Biology, saya dapat satu berita buruk dari fareeza. Fareeza dapat tahu daripada Faezah, iaitu rakan saya yang telah ke main campus Kuantan, yang rakan sekelas kami sewaktu semester 1, Zahim, yang juga satu course medic dengan faezah terlibat dalam kemalangan. Keadaan Zahim sekarang 50,50. Dia dimasukkan ke ICU. Saya buat entry ni semata-mata mahu kalian semua mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Zahim. Walaupun saya tak rapat dengannya sebab memang saya tak rapat dengan lelaki pun, tapi saya sangat sedih dengan berita ini sebab Zahim ni sangat baik walaupun dia ni agak senyap sikit. Harap kalian semua doakan Zahim dari jauh. Doakan keselamatannya. Moga Allah membalas jasa kalian.


notakaki :: Fareeza, Faddy, Faezah, Zulaikha, Iman, Rai, Aina, Lina, Fusa, dan Izzati, be strong k! Kita hanya mampu menadah tangan memohon apa yang terbaik buat Zahim. Moga Allah memberi keselamatan buatnya.

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 H

Ibnu Mas'ud berkata:
"Perkara yang paling sedih tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapiamalanku tidak bertambah"


Salam Maal Hijrah buat semua. Semasa hijrah nabi dahulu, Baginda tahu secara jelas jalan mana jalan yang ingin diambil untuk ke Madinah malah Baginda tahu apa yang ingin dilaksanakan di Madinah. Kini, tiada lagi hijrah ke Madinah, tetapi kita punya MATLAMAT yang jelas kenapa kita perlu berhijrah!

Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Marilah kita berazam untuk menjadi yang lebih baik. Moga amal kita makim bertambah. Moga kita makin dekat dengan Yang Maha Esa. Berhijrahlah!


notakaki :: Alhamdulillah, semalam, saya berkesempatan membaca doa akhir dan awal tahun bersama anak-anak Kelantan semasa iftar. Moga Allah kabulkan doa yang dibaca.....

Monday, December 6, 2010

kaki oh kaki


Kaki, rasa ramai yang dah tahu mengikut Mazhab Syafie, ianya aurat bagi wanita, tapi tahulah anda, sebenarnya masih ramai yang tak tahu bahawa kaki ini aurat sebenarnya. Yang dah tahu tu, ok lah, harapnya anda menutupnya la kan, jangan jadi orang yang berilmu tapi tak beramal dengan ilmu yang ada. Tutuplah kaki anda, mahukah anda pada setiap langkah anda berjalan, anda mendapat dosa atas benda yang anda rasa ringan, kaki je pun. Dosa kita ni dah banyak, janganlah kita nak menambah lagi dosa yang dah sedia ada. Tutuplah kaki anda wahai muslimat!

Tapi, bagi yang tak tahu. Sekarang ni anda kena tahu yang kaki itu aurat dan berDOSA jika anda mendedahkannya pada yang tak halal melihatnya. Mungkin anda tak tahu sebab tak ada orang yang nak beritahu anda kan. Mungkin ada antara kami yang tahu ni takut untuk beritahu anda, atau mungkin juga ada antara orang yang dah tahu ni memandang rendah pada anda sebab anda tak menutup aurat sepenuhnya atau mungkin ada antara kami yang hanya pandai mengutuk anda di belakang, tapi di depan, sangat pengecut. Itulah silap daie sebenarnya, golongan seperti anda ni tak mahu dekati.

Tahulah sahabat, kaki kita ni aurat. Mungkin ada yang tanya kenapa bercakap pasal kaki je, seolah-olah hanya kaki itulah yang aurat. Sebenarnya, saya sedih melihat kalian semua mempertontonkan benda yang sangat senang untuk ditutup. Janganlah kita ikut kata-kata syaitan. Janganlah kita memandang enteng akan kaki ini walaupun ianya berada di tempat paling bawah. Jangan kerana kaki kita, kita ditarik ke neraka kelak. Ingatlah azab Allah yang bakal kita tanggung kelak!

Tutuplah kaki anda! Tak wajib untuk pakai sarung kaki, tapi yang wajib ialah menutup kaki itu sendiri. Terpulang, jika anda rasa pakai kasut boleh menutup kaki anda, pakai kasut. Banyak brand kasut yang cantik-cantik sekarang, Crocs, Crocodile, School, Bata, Hush Puppies, Bonia, BUM, oh banyak lagilah. Beli yang mana anda berkenan, tapi yang penting tutup kaki anda. Jika anda rasa dengan melabuhkan kain anda, pihak muslimin tak nampak kaki anda, tutuplah dengan cara itu. Whatever it is, you covered your feet!

Saya pun dulu pernah jahil, saya mula tutup kaki pada umur saya Form 3. Sangat lewat! Even saya ni student SMKA, saya tahu ianya aurat, tapi saya tak mempraktikkan ilmu yang saya ada. Hinggalah pada satu hari saya terfikir, takkanlah aku nak buka aurat aku, buka kaki aku, setiap langkah aku jalan, muslimin nampak, dan aku dapat DOSA. Alhamdulillah, walaupun agak lambat saya realise, tapi at least saya tersedar. Moga Allah ampunkan dosa saya selama mana saya tak menutup aurat sebelum ini. Tapi, tak terlambat untuk anda berubah, asalkan anda ada niat untuk berubah ke arah yang lebih baik. Anda tak terlambat jika anda selagi mana anda belum lagi menemui ajalmu.

Pada semua yang terbaca entry ini, dan pada yang masih lagi tak menutup kakinya. Harapan saya besar agar anda mula berjinak-jinak menutup kaki anda. Jangan anda hanya pakai tudung, tapi tak menutup aurat sepenuhnya. Jangan anda tahu untuk tutup aurat sepenuhnya masa solat je. Cuba berjinak-jinak untuk menutup aurat sebetulnya semampu anda. Memang pada awalnya kita akan rasa segan dengan kawan-kawan mungkin, sebab sebelum ni dok terdedah je kaki, ditambah pula dengan hasutan syaitan yang memang tak suka anda menutup aurat. Mujahadahlah melawan nafsu, moga ada ganjaran di sisiNya. Tapi tahulah, lama-kelamaan, anda akan rasa sangat awkward bilamana kaki anda tak ditutup, bilamana anda rasa anda mendapat dosa atas setiap langkah anda, bilamana anda terfikirkan azab api neraka yang menanti anda dan bilamana anda faham kenapa kaki anda perlu ditutup.

Sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Sayang semua!

Eh, nanti dulu, pada yang rajin, sila taip You Tube dan taip lagi Hukum Pakai Stokin, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Sangat best ceramah ustaz! Kejap je pun. Tadi nak upload, tapi tak boleh. Silakan ye!


notakaki :: Doakan saya mudah untuk menerima ilmu, doakan saya mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Saya tak mahu kegagalan saya jadi fitnah pada Islam!

rinduuuuu

Ok, sekarang jam di tangan saya pukul 3.53 pagi, tengah buat lab report. Nak teman qilah buat tutorial math dan lab reportnya yang tak siap-siap lagi actually , tapi dia pun dah tertidur dan saya pulak yang tak tidur-tidur lagi sebab tadi terminum coffee. Huuu~~

Bukak facebook, macam biasa, perkara biasa bila online, dan habis saya conteng wall adik-beradik saya. Rindunya sama mereka, rasa nak nangis pulak. Huu, emo la ko ni tirah pagi-pagi! Ini apa yang saya conteng kat wall mereka yang saya rindu semua, saja je la nak share, tak boleh ke?

Amir : amir, please kiss and hug lutfi for me, miss him damn much!! kakak borim + nok balik rumah, deki amir buleh balik umoh. selamat berbakti ko umi abah, dont just wasting ur time playing dota k!

Imran : mere oh mere, study sedak la deh! prove that u can get 10 A's in ur spm. opss, 10 A+ ok!

Hanif : hello boy, can u just stop playing dota just for 1 day, 1 day only, and help ur mum or please do all the kumon stuffs! huhuhu, i'm just sooooo bored, tu hok gi tulis habih wallpaper ore lain tuh.huhuhuhu

Adik : adik, umi oyak ado test lisan mts eh tadi? hoho, how i wish u can get the offer from mts, and how i wish for u to stay at the HOSTEL.. huhuhu..be matured la, dok main nge rabbit jah, g dok asrama nuh!

Lutfi : budak botak, are u ok with ur kumon? huhu, lepas g kumon buleh make pizza, have fun with ur kumon botak!


Adik saya yang belajar kat Taylor, Amir akan balik ke rumah sebab dah habis final examnya minggu ni. Imran tengah exam sekarang, habis SPM 14/12/2010, subjek Arab last sekali. Even dia budak SIC dia ambik jugak Arab sebab dia sayang nak tinggalkan apa yang dah dia belajar di MTS. Oh, bagus, saya dulu sangat malas nak belajar arab, sekarang baru menyesal sebab malu pulak bila budak SMKA tak pandai arab. Hanif dan Lutfi ada tusyen kat Kumon cuti-cuti ni, sebab budak dua orang ni sangat malas nak belajar kalau kat rumah. Adik pula umi bagi rest, rasanya tusyen English je kot, untuk improve skill englishnya, lagipun dia tengah budget busy ujian lisan+bertulis kat MTS dan Maahad dan budget busy jadi nanny untuk berbelas ekor rabbitnya.

Oh, rindunya nak balik rumah. Rindu nak dengar umi bercerita dan buat lawak, dengar abah berceramah, solat jemaah dengan umi abah dan adik-adikkku semua, rindu nak betulkan kopiah dan kain pelekat lutfi sebelum solat yang confirm akan jatuh dan tercabut masa solat dan bergalok-galok bersama mereka semua. How i wish to always be at home!

Post yang dibuat ni baik semua tak payah baca, sebab tak ada apa-aa pun. I just wanna say that i miss them and miss the moment with them!

Umi abah, i love both of you! Thanks Allah for gifted me such a great family!


notakaki :: Tetiba rasa emo, macam nak nangis, umi, kakak nak balik!

Saturday, December 4, 2010

kahwin


Ok, sekarang ni memang ramai sangat cakap pasal kahwin. Semua tak sabar nak kahwin nampaknya. Sana sini cakap nak kahwin awal. Hari ni, saya pun nak menyuarakan pendapat saya juga. Kalau anda rasa tak setuju dengan pendapat saya, saya amat berlapang dada jika anda meninggalkan komen anda di sini. its just an opinion from me, a girl that just want others to know her opinion about this matter.

Ya, elok sebenarnya kahwin awal ni, sebab dapat menjaga hati serta diri sendiri dari terjerumus ke arah jalan zina. Saya pun banyak baca blog-blog mahasiswa dan mahasiswi yang kahwin awal, ramai, kebanyakannya dari UIA sendiri. Bagus, mereka memang bagus sebab niat mereka untuk kahwin awal demi untuk menjaga hati di kedua-dua belah pihak yang masing-masing sudah ada 'rasa' dan tak mahu ianya berlanjutan ke jalan awal zina iaitu couple itu sendiri.

Ya, memang fitrah sebenarnya wanita akan suka lelaki dan lelaki akan suka wanita. Tipu ah kalau saya cakap saya tak pernah jatuh hati pada mana-mana lelaki, sebab ianya memang fitrah yang Allah dah jadikan. Indah sebenarnya perasaan ni, sebab tu lah kalau kita dok ikut nafsu dan ikut telunjuk syaitan, boleh binasa kita. Nafsu itu memang indah, sebab tulah kita kena bermujahadah melawan nafsu. Jangan la dok melayan sangat perasaan indah itu sebab kita sekarang bukan di alam yang boleh lagi merasa perasaan itu, Faham tak ni, maksudnya, kita tak ada ikatan akad yang sah yang menyatukan hati kita dan hati dia secara halal untuk membolehkan kita layan perasaan ni.

Ok, sekarang semua faham, cinta sebelum kahwin itu tak boleh, Terus terang saya katakan, couple itu sendiri tak boleh, dan ianya haram. Ini bukan saya kata, tapi ini kata para alim ulama. For your information, that is not so me to just let those who are in love to involve in coupling as i know that is strongly forbidden in Islam. But i'm just a weak girl that can do nothing, i just can voice out only in this blog. I do really hope they read and understand what i intend to say. Mungkin akan ada yang akan terasa dengan statement saya, tapi tahulah, pahit untuk mengatakan benda yang benar. Memang pahit, sebab mungkin saya akan dibenci dengan statement yang saya tulis hari ini.

Tapi, tak semestinya kalau dah berkenan tu kita terus fikir nak kahwin, tanpa memikirkan perkara dan juga tanggungjawab yang harus dipikul SELEPAS kahwin itu sendiri. Apa yang saya nak tekankan disini, kita harus juga memikirkan tanggungjawab itu, bukan hanya membuta tuli nak kahwin sebab kita dah berkenan, dan merasakan kahwin itu sebagai jalan penamat kepada segalanya. For me, marriage is not the end of everything, it is the beginning of everything. Sebab itulah, kalau nak kahwin, be serious with it. Fikirkan akan tanggungjawab yang bakal ditanggung. Perkahwinan merupakan satu jalan untuk kita mencapai redha Allah. Pasangan yang soleh dan solehah juga mampu menuntun kita ke syurga. Zuriat yang dianugerahkanNya juga mampu mendoakan kita tatkala kita di alam kubur dan mampu membawa kita ke syurga. See, betapa besarnya peranan perkawinan itu. Bukannya perkara main-main ni. Its a serious matter, it relates with our life now and hereafter.

Ada pernah kawan saya cerita, kisah ini diceritakan oleh pensyarahnya kepadanya. Kisahnya macam ni, dulu ada la student CFS ni, mereka ni dah berkahwin. Isterinya bertudung labuh, berjubah, berpakaian menutup aurat seperti yang dituntut Islam dan ada ciri-ciri wanita solehah. Khair, tapi yang saya tak suka dengar ialah si suami ni jenis yang mata liar, pantang ada lecturer atau rakan sebaya yang cantik, bulat mata melihatnya. Sangat tak menjaga pandangan.

Dan yang paling saya tak puas hati mendengarnya, perbuatan ini dilakukan di depan si isteri. Tengah dok makan sekali, tiba-tiba ada wanita cantik lalu di depan, mata suami liar melihat lenggok perempuan cantik itu. Kalau saya jadi isterinya, luluh hati saya. Mungkin la, kalau fikir logik, memang lelaki berdarah muda ni memang macam tu. Dan ini adalah contoh lelaki tak matang yang kahwin dan tak memikirkan tanggungjawabnya kepada isteri, walau hanya menjaga mata, sebab dari mata tutun ke hati. Kalau saya lelaki macam ni memang rejected la. Nauzubillah dapat husband macam ni. Sebab tulah madam tu pesan, kalau nak cari suami, biarlah dia matang dan tahu peranan dia sebagi suami dan seorang yang akan menjadi ayah kepada anak-anak kita nanti. Tak salah kahwin awal, tapi carilah isteri atau suami yang tahu tanggungjawab berat yang akan ditanggung selepas lafaz sakinah diucapkan.

Lafaz akad memang satu lafaz yang senang disebut. Tapi, dengan terlafaznya akad itu, tanggungjawab menggunung bakal dipikul. Saya bukan menentang kahwin awal, saya amatlah menggalakkannya sebab ianya mempu menjaga hati dan organ lain dari terjebak dengan zina. Umi dan abah saya pun menyokong kahwin awal, walaupun umi dan abah saya kahwin pada usia 27 tahun sebab menunggu abah saya habiskan pengajian perubatannya. Tapi, sebelum anda menbuat keputusan yang serious untuk berkahwin, be serious with it dan fikirkan akan tangggungjawab itu. Remember, marriage is not the end of everything, it is the beginning of everything.

Mungkin saya bukan yang layak untuk bercakap mengenai hal ini, tapi saya hanya ingin memberikan pandangan kolot saya ini dan mengabadikannya di blog buruk ini.


notakaki :: Ok, saya rasa sangat matang cakap pasal tajuk ni. Huh!

Thursday, December 2, 2010

award dari cik isna


Hoho, malam-malam study bio memang mengantuk, mata memang macam nak pejam, tahan, tahan, sebab nak siapkan tutorial yang tak siap-siap lagi nih. Huh. Buka blog untuk hilangkan mengantuk, buka juga blog isna. Rupanya malam ni dapat award dari 'adik' saya. Hoho..

Terima kasih la ye 'adik' sebab sudi bagi award ni.

'Kakak' sangat-sangat hargainya.

Dan, saya tahu blog saya cantik.

Hee~~

Lastly, sori taw adik sebab kakak jarang contact adik, kakak tahu kakak tak concern kat adik, tapi kakak busy sikit sekarang, busy dgn belajar dan hal lain yang mungkin adik tak faham.

Tapi, tahulah, kakak selalu bukak dan baca blog adik, even adik tak update pom.


p/s :: i wonder bila aku naik pakat jadi kakak mum, bertambah lagi sore adik aku..huhu..

Wednesday, December 1, 2010

tiada alasan, ianya kewajipan

Pagi ini, seperti biasa, menjelajah blog-blog rakan lain, terjumpa satu hadith yang buat diriku ini cukup terkesan. Roomate saya, qilah, pernah jugak tanya pasal hadith ni, tapi seriously masa tu, memang tak ingat. Hari ini, alhamdulillah, jumpa juga akhirnya.

Dari anas bin malik r.a.,ia berkata,kami bertanya," Ya rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran."Maka nabi saw. Bersabda,"Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."
( Hr. Thabrani )

Perkongsian ringkas dari saya, buat tatapan diri dan sahabat....


notakaki :: Adik sudah pun selesai menjalani ujian ke Maahad dan MTS. Doaku, moga ada rezekinya untuk ke MTS. Moga niatnya untuk menjadi seorang hafizah tercapai, walau aku tahu dia memang tak suka dok kat asrama. Hoho..

Tuesday, November 30, 2010

aku seorang blogger


Kenapa buat blog? Pertanyaan ini kutanya buat diri sendiri. 14 Oktober 2009, itulah pertama kali saya menjadi seorang blogger. Nama blog yang dipilih ialah Telah Kupilih JalanMu, ia kekal hinggalah sekarang. Untuk melihat first entry saya, klik sini. Lepas baca tu jangan komen apa-apa, senyap je ye, malu sebenarnya nak linkkan, tapi sebab saya nak suh jugak anda semua baca.

Bagi yang dah baca, anda akan baca sebab-sebab saya buat blog. Pertamanya, saya ingin menyampaikan dan berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu, even ilmu di dada ni memang lah sangat sikit + seciput je, tapi, saya tetap ingin berkongsi apa yang saya rasa saya patut kongsi. Dalam blog ini ada mungkin ada banyak menceritakan personal entries, contohnya pasal family atau pengalaman saya. Itu semuanya apa yang saya rasa saya boleh kongsi dengan semua readers, mungkin ada yang rasa itu tak relevan, tapi, itulah antara sebab saya buat blog, berkongsi apa yang saya rasa saya boleh kongsi untuk tatapan diri buat masa akan datang dan juga buat tatapan sahabat semua.

Kedua, saya ingin berpesan ke araj kebaikan. Saya berpegang kepada satu hadith nabi, iaitu, "Sampaikanlah dariku walau satu ayat". Ya, saya akui, saya tak petah berkata-kata di khalayak ramai, amat susah untuk bercakap atau nak bagi tazkirah kat public atau kat halaqah, serious, memang liat mulut ni, bukan tak ingin berkongsi, tapi, amatlah segan. Oh, teringat pulak pengalaman Bro Fadzli yang dari orang yang gugup untuk bercakap di depan, hinggakan masa dia diberi tugasan untuk memeberi tazkirah di surau semasa dia bersekolah di KISAS, dia cakap dalam keadaan yang dia tak sedar sebab terlalu takut. Tapi kini, dia adalah seorang motivator yang berjaya hinggakan dibayar RM 5000 untuk bercakap selama 2 jam. Hoho, hebat2x. Tapi tu dia, saya ni susah sikit, memang berdebar habis la kalau nak bercakap kat depan. Sebab itulah saya jadikan blog ini sebagai wadah untuk saya berpesan ke arah kebaikan, peasanan yang saya tujukan buat diri saya sendiri juga. Moga ini juga dapat menjadi bekalan buat saya dia akhirat sana.

Lastly, antara sebab saya buat blog ialah kerana ingin mengappreciate orang yang saya sayang, orang yang ada bahagiannya dalam hati saya. Umi abah, adik-beradik saya, keluarga saya, kawan-kawan saya dan juga sahabat-sahabat seperjuangan. Saya ingin mereka tahu yang saya amat menyayangi mereka semua, mereka-mereka yang selalu menceriakan saya tatkala saya sedih, mereka yang menasihati saya tatkala saya nampak macam terpesong, mereka yang sudi hadir dan menjadi sebahagian dari hidup saya.

Itulah antara sebab saya buat blog.

Sebab anda buat blog apa ye? Sila share lah ye.

Tapi, ingat, huhu, ingatan buat diri sendiri juga, manfaatkan blog kita sebaik mungkin kerana di akhirat nanti kita mungkin akan ditanya akan blog kita, masa yang diperuntukkan untuk buat blog, adakan ia ada manfaatnya untuk Islam? Persoalan yang selalu kutanyakan buat diri yang hina ini.

Dan, jangan sesekali kita jadikan blog untuk kita mempromote kejahilan dan dosa kita. Kalau dah tahu benda yang dibuat tu berdosa, jangan kita ajak orang lain untuk sama-sama buat dosa macam kita buat. Sebab ada satu hadith ni, saya tak ingat sebetulnya, tapi mafhumnya macam ni la, kalau kita ajak orang buat benda baik, kita akan mendapat 2 pahala, tidak akan dikurangi sedikitpun, iaitu pahala kita sendiri dan pahala orang yang buat kebaikan yang kita seru itu. Best kan, dapat duplicate pahala. Begitu juga dengan dosa, kita juga akan duplicate dosa kalau kita ajak orang buat kejahatan, dan dia buat kejahatan itu. Nauzubillah, jauhkan diriku dari mengduplicate dosa ni sebab dosa yang sedia ada pun sudah bertimbun banyaknya.

Oklah, sama-sama kita muhasabah diri kita dan membetulkan balik diri kita yang tak betul mana ni. Ops, tapi sebelum tu, anda WAJIB baca artikel ini. Jom layan, sila klik je ye!



Akhir sekali, terima kasih pada semua
yang sudi menjenguk blog ini.
Dunia aku. Pada yang tak sudi, silalah ke blog lain
yang jauh lebih bermanfaat.
Aku suka berkongsi, tapi tak rela jika orang datang,
membuat aku rasa tak selesa dengan duniaku sendiri.
Maaf sekali lagi ku ucapkan,
aku bukanlah manusia serba sempurna,
jauh sekali mengaku diri ini punya banyak ilmu.


Sekian, athirahariffin.

notakaki :: Kak husna, x se tutup blog, Betul kato kak, keno tingkatkan kualiti blog. Menulislah dengan mengingati Allah, moga pembaca akan mengingati Allah tatkala membaca blogmu. Cukup terkesan dengan ayat ini. Moga ada nilainya blogku ini di sisiNya.

Wednesday, November 24, 2010

nota pada hati

Cinta.

Kalau kita cintakan sesuatu perkara itu, mesti kita akan buat dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan penat lelah yang perlu kita tanggung kan?

Begitu juga kalau kita cintakan Islam, kita akan lakukan segalanya kalau tanpa kita hiraukan penat lelah yang terpaksa ditanggung kan?

Kita juga tak akan persoalkan masa yang terisi dengan benda 'lain', yang sepatutnya menjadi masa untuk kita menghadap buku yang segala bagai, juga kita tak akan persoalkan keletihan yang ditanggung, yang mungkin tidak akan difahami oleh rakan-rakan yang tak mengerti.

Kadang-kadang hampir kita terlupa, sepatutnya setiap apa yang kita lakukan, kita lakukan kerana cinta kita kepada Dia, melebihi rasa tanggungjawab.

Rasa penat itu tidak akan kita rasa andai segala yang dilakukan kerana cinta. Sebab itulah betapa pentingnya rasa cinta padaNya itu hadir melebihi dari rasa tanggungjawab.

Kadang-kadang, terlintas juga di hati dan benak fikiran, adakah segala yang dilakukan kini kerana cinta padaNya atau kerana tanggungjawab semata-mata.

Kalau hanya kerana tanggungjawab semata-mata, amatlah rugi diri ini!

Tapi, kalau kerana cintakan Dia, Islam dan kerana ingin melihat Islam dijulang kembali, alangkah beruntung diri ini!

Hanya Dia dan empunya diri yang tahu betapa hinanya diri ini.

Nota hatiku buat tatapan bersama.....

Dunia hanya tempat bercucuk tanam untuk kita dapatkan hasilnya di akhirat kelak!


notakaki :: Esok tak ada kelas, insyaAllah akan settlekan segalanya pada hari esok, biiznillah. Dan jangan dilupa, saya kena study bio hari esok, by hook or by crook, i must finished revise the whole Chapter 3. Ini untuk kepentingan diri saya, kalau tak, memang tak akan sempat study sebab akan busy sikit hujung minggu ini. Next week, rasanya quiz 3 dan 4 akan menyusul. Huh!

Saturday, November 20, 2010

do your very best!

The place where he used to study,
the same place where amir studied when he was an SPM candidate.
That place is a mess, he should do something.


23 November 2010, adik saya, Imran, bakal menduduki SPM(post terus sebab takut tak sempat bila balik UIA pasni). Hanya doa yang mampu kutitipkan. Besar harapanku ingin melihatnya berjaya, moga impian Imran tercapai. Betapa kakak tahu Imran sangat-sangat ingin mengharumkan nama huffaz. Moga Imran berjaya mendapat 10 A+ dalam SPM, moga Imran dapat buktikan yang ex-MTS juga boleh berjaya dan survive di bumi SIC. Moga kejayaan ini dapat menggembirakan hati umi abah, moga kejayaan ini dapat menjadikan impianmu untuk menjadi seorang doktor mengikut jejak langkah abah tercapai, moga impianmu untuk ke bumi Mesir tercapai dan yang paling penting, moga kejayaanmu memberi sumbangan terhadap Islam.


notakaki :: Pada 23 November juga, abah akan bertolak balik dari Mekah ke Malaysia. InsyaAllah, 24 November sampai di bumi Kelantan.

notakaki :: Esok balik UIA. Sedih!

Friday, November 19, 2010

cinta


Cinta!
Indahkah cinta, jika sanggup menggadai maruah agama?
Katamu kau tidak menggadai maruah agama?
Apakah kau faham bagaimana menggadai maruah agama itu?
Kau mempermainkan hukum Allah!
Kau menghalalkan cinta yang haram itu!
Oh, tidak kukata yang cinta itu haram.
Cinta itu suci, cinta itu juga mampu membawa kita ke syurga.
Tapi bukan cinta yang kau kata itu.
Cinta sebelum kahwin itulah yang haram.
Aku bukan alim ulama yang mampu memberi dalil-dalil atas setiap pandangan yang kau berikan.
Bukan jua orang berilmu yang mampu membuat kau mengerti sedalam-dalamnya mengenai hukum hakam cinta.
Tapi aku insan biasa yang mahu membawamu jauh dari sumur dosa.
Kerana aku sayang kamu.
Walau kutahu, diriku juga penuh dengan dosa.


Lelaki yang baik tidak akan merosakkan akhlak wanita yang disayanginya. Akhlak wanita itu pasti dijaga rapi kerana wanita itu bakal menjadi ibu pada anak-anaknya. Jika niatmu ikhlas memeperisterikannya, tinggalkan wanita itu agar hidupnya bermaruah. Bukan menjaja cinta yang tak bermaruah. Ingat, jika ingin melayar bahtera rumahtangga dengan selamat, redha Allah yang dicari. Cuba kita fikirkan. dapatkah redha Allah itu jika jalan bermulanya rumahtangga itupun kita mulakan dengan dosa? Mahukah anda jika anak-anak anda pun terlibat dalam zina ini?


"Ya Tuhan kami, anugerahilah kiranya kami ini dari isteri-isteri dan keturunan kami yang men jadi cahayamata, dan jadikanlah kiranya kami ini menjadi Imam ikutan daripada orang-orang yang berta.kwa kepada Engkau"


notakaki :: Mood saya bukan mood nak kahwin, tapi disebabkan meluat dengan cinta remaja sekarang. Cinta yang tak bermaruah!

cerita RAFEST

Ok, RAFEST dah nak masuk seminggu berlalu tapi still nak cerita jugak. Saje je, nak abadikan memori RAFEST dalam blog, untuk tatapan saya sendiri di masa hadapan. Actually, RAFEST ni shortform kepada Raudhah Festival. Ianya berlangsung selama seminggu. Banyak program yang diadakan, tapi yang saya nak ceritanya mungkin la lebih pasal Bazaar Rafest sebab ini satu-satunya program yang saya terlibat. Even satu ni je, tapi ianya sangatlah meletihkan. Serius, letih sangat!

Untuk pengetahuan semua, Bazaar Rafest ni berlangsung selama 3 hari, iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Maknanya, gerai kami juga akan dibuka selama 3 hari sebab dalam masa 3 hari ni, tiada satupun cafe di dalam UIA yang dibenarkan berniaga. Dalam blog ni pun ada cerita pasal gerai kami ni, namanya PERMATE. Gerai ni gabungan 3 society, iaitu persatuan anak Kelantan, anak Terengganu, dan bekas pelajar Maahad.

Bermula hari khamis lagi, saya ke rumah Cik Ti, untuk beli barang-barang untuk jualan nasi kerabu. Terkilan jugak sebab tak dapat pergi talk Ustaz Syaari dan isterinya pada malam ni. Letih kami berdua (saya dan qilah) naik komuter sampai ke Ampang. Thanks to Cik Ti sebab sudi bawa kami beli barang-barang sebab memang hari ni kami tiada transport untuk ke pasar. Hari seterusnya, mujurlah ada student first year, Fatah yang ada kereta yang sudi memandu saya, ainu dan pijah ke pasar pada setiap pagi dan petang untuk membeli barang-barang basah.

Alhamdulillah, sambutan di gerai kami amat menggalakkkan. Nasi kerabu kami sepatutnya bercolour biru, tapi disebabkan bunga nasi kerabu yang ada kat rumah cik ti sikit je, so masa kat pasar sibuk kami mencari sumbo(pewarna kunig) untuk buat nasi kerabu kuning. Lantaklah, mix and match. Mulanya saya memang amat takut sebab seriously tak pernah masak nasi kerabu untuk kuantiti yang banyak. Masa beli barang pun satu hal, tak tahu nak budget banyak mana barang yang harus dibeli untuk kuantiti beratus-ratus orang. Sampai ada satu hari sambal kerisik ikan habis pada sebelah petangnya, nasi dan bahan-bahan lain ada lagi, mujrlah gerai sebelah pun jual nasi kerabu jugak, selepas berunding, mereka bagi free jer kat kami.

Sauasana di gerai sangatlah meriah. Opss, bukan sebab pembeli yang ramai, tapi disebabkan kekecohan kami, almaklumlah, tiga society bergabung. Mereka semua ni tengah potong ulam pun boleh bergelak ketawa, yelah, logik jugak, sebab potong ulam hanya perlu guna tangan je, tak perlu guna mulut, so mulut tu digunakan untuk berbual-bual kan. Oleh sebab kami ni terlalu ramai, sampai area gerai sebelah pun kami kebas, mujurlah mak cik tu baik nak bagi, plus dia tak perlu gunakan ruang gerai dia sebab makanan mereka dah dimasak di rumah barangkali.

Masa hari kedua juga, yakni hari Sabtu, Sakinah Zabidi Azhar (skemanye tulis nama penuh) aka kinah z yang belajar kat Sunway College tuh datang melawat. Rupanya baru tahu kinah dan adik saya tinggal dalam satu perumahan, even adik saya belajar kat Taylor College. Amir pun satu, tak pernah nak cerita kat kakak dia yang dia ni pernah jumpa si kinah. Oh, memang kecoh la kalau mak cik ni datang. Seriously, lama sangat dah tak bergalok-galok dengan budak-budak Naim sekalian. Malam tu, saya, eti, kinah m, kinah z dan mira, berkumpul ramai-ramai dan berborak sampai tak ingat dunia. Serious, rindu sangat moment macam ni. Rindu sangat kat Naim. Kat Naim best sebab tak de lelaki, so, dunia ni memang macam kami yang punya, tanpa perlu hiraukan lelaki (eh, jangan cop saya anti lelaki pulak ye, naluriku still suka pada lelaki, cuma tak suka kalau mereka berada di sekeliling, rimas!)

Apa yang penting, Rafest kali ini sangat BEST! Sangat terasa ukhuwah itu. Terima kasih pada eti, kak husna, kak wirdah, dayah, qilah, ainu, najah, yana, shera, farah, nik, huda, nazurah, fatimah dan semua la rakan-rakan dan junior-junior maahad yang menceriakan saya selama 3 hari Rafest berlangsung. Terima kasih juga saya ucapkan pada pihak muslimin yang banyak membantu, rasa tak perlu sebut nama sebab memang tak ingat semua pun! Kerjasama anda amat saya hargai. Walaupun letih hari-hari perlu ke pasar seawal jam 8 pagi, dan balik bilik pada pukul 1 pagi lebih, tapi ia satu memori yang saya tak akan lupa. Even saya sampai saya langsung tak sempat baca Bio untuk quiz hari Isnin, tapi Allah pemudahkan urusan quiz saya. Memang tak betul semua, tapi at least even tak baca langsung, saya boleh jawab quiz. Apapun, pesan PM (program manager), first sekali niat lillahitaala, ikhlas buat kerana Allah.

Setakat itu sahaja coretan saya mengenai Rafest kali ini, mungkin ianya tak detail, tapi harap ianya boleh menjadi tatapan saya untuk kemudian hari. Gambar akan diupload, tapi bukan sekarang sebab tak de wayar nak connect phone ngan laptop tu (apakah namanya?).


notakaki :: Gembira berada di rumah bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah, tahun ni sempat semayang raya, sebab tahun lepas saya beraya atas bas, pukul 8 pagi lebih baru sampai Kelantan, tahun ni pukul 5.30 pagi sampai.

Wednesday, November 17, 2010

happy birthday sayang!

Seriously, i really LOVE this pic! Cute!
(Woo, aku puji mum ni ken, susoh aku nok puji ore nih)

Dear shekin sayang,
Maaf sangat sebab ak baru post + lambat call mum. Tadi balik daripada umoh mek aku, aku tengok facebook orang lain dok wish kat Nur Ashikin hok ada muka Shin Chan kat profile pic tu. Serious, memang aku tak ingat langsung pun. Apapun, aku nak mum tahu aku sayang mum taw. You are always be in my heart, it just i'm the one that don't know how to show and express my love to you. Aku ingat lagi kenangan masa zame mudo-mudo kito sekolah kat Naim dulu. Serious, i really miss that moment! To shekin, deep in my heart, i always pray for your happiness, now and hereafter. Dear, be a good muslimah. Hope both of us always trying to be a good muslimah.

Buat sahabat, aku tahu aku tak mampu jadi sahabat TERBAIK buatmu, tapi tahulah, yang aku selalu mendoakanmu. Hari ini, 17 November 2010, usiamu kini 19 tahun.

Harapanku agar seiring dengan usiamu yang bertambah, amalmu juga semakin bertambah, hatimu makin dekat dengan Yang Maha Pencipta. Maaf jika aku bukan antara orang yang selalu mengingatkanmu tentang Sang Pencipta, itu salah dan khilafku. Itu salahku yang tak aku tunaikan tanggungjawabku sebagai seorang sahabat. Maaf juga aku ucapkan jika selama menjadi temanmu, ada hak yang tak ditunaikan. Maaf jika kini aku tidak selalu berada di sampingmu, tika kau sedih dan gembira. Itu silapku. Mungkin kerana aku yang tak tahu nak luangkan masa dengan orang yang aku sayang.

I just want you to know that, you are one of the important person in my heart. I hope that our friendship will stay forever. Sorry if i can't be a good friend to you.

Buatmu sahabat....

Semoga panjang umur lagi dirahmati
Semoga dimurahkan rezeki lagi diberkati
Semoga berjaya dunia dan akhirat
Semoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang terindah buatmu
Semoga tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan
Aku sentiasa disisimu



notakaki :: Maaf la jiwang-jiwang sikit. Tapi sebab sangat terkilan sebab tak ingat birthday kawan sendiri dan sebab saya tahu yang saya tak jadi kawan yang terbaik buat dia..

Thursday, November 11, 2010

she got 5A's !


Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi tatkala membaca mesej yang umi bagi, mengatakan yang adik dapat 5A. Terkejut jugak sebenarnya, sebab budak ni memang tersangat malas, even dia ni perempuan. Rasanya tak pernah saya nampak dia stick dengan buku atau stick dekat meja study dalam jangka masa yang panjang. Yang dia tahu, main dengan 12 ekor rabbitnya, dia ni kira nanny rabbit la. Tak pun main game, game yang selalu dia main, The Sims (saya pun dulu addicted jugak dengan game ni). Budak ni sampai hafal Quran ke hadith ke, dalam kandang rabbit dia (dia sekolah kat ABIM, tu kena hafal-hafal tu). Boleh kata semua benda dia buat dalam kandang rabbit dia. Oklah, tak nak post pepanjang, sebab banyak lagi benda nak kena buat, serabut dah otak ni. Buat post ni pun curi-curi masa spesel untuk dia.

My only sister Nurul Najihah Ariffin, congratz dear!


notakaki :: Doakan saya agar kuat dan tak mudah lemah.

terima kasih kak husna!

Terima kasih kak husna atas satu entry di blognya yang dibuat khas untukku. Sungguh, sangat terharu semasa membacanya, air mataku juga mengalir laju. Saat ku rasa lemah, ada juga yang memahami. Bukan tiada yang mendengar, Allah pun sentiasa ada untuk mendengar, roomate dan kawan-kawan pun ada yang memahami, tapi, entry yang dibuat kak husna seakan memberiku satu kekuatan. Apa yang saya ingin tegaskan, IKHLASkan segalanya kerana Allah, pasti kita tak akan rasa letih, kerana kita tahu akan ada ganjaran di kemudian hari.


*klik sini untuk baca entry yang ditulis kak husna*

Wednesday, November 10, 2010

PERMATE

Oh, apakah itu PERMATE? Ops, bukan program PERMATA negara yang untuk budak-budak kecik tu (yang masa budget 2011 dapat sangat banyak peruntukan, yang saya pun tak tahu kenapa dapat banyak peruntukan program ni berbanding peruntukan untuk sekolah agama ke, sekolah tahfiz ke. Huh, kompius, kompius!)

Ok, ok. PERMATE ni sebenarnya nama gerai kami untuk jualan masa hujung minggu ni bersempena dengan program RAFEST minggu ni. Nama PERMATE ni sebenarnya gabungan tiga society, nak tahu society apa, tanya kat gerai la ye. Hee~~So sekarang ni, saya buat entry ni pun kira macam ada unsur-unsur nak promote suruh turun beli kat kedai kami la ni.

Nak tahu menu untuk jualan hari tu? Hah, ini yang paling penting kan. So, jejomz kita tengok menu gerai PERMATE ni.

Nasi Kerabu Kelate
Rojak Buah D'Boom
(colek dari kelate nih)
Cocktail Buah
Hamlet Maher Zain
(ni kijo farah la ni wi namo, dio peminat tegar MZ)
Maggi Goreng
Mc Flurry
Air Laici
Air Sirap Selasih
Air Coco Radix

Jom la ye datang beramai-ramai ke gerai kami. Jangan datang tengok je, beli sekali. Pastikan bawak duit banyak ye, tak main hunnag-hutang. Sekali lagi, datang dan beli, kesian la kat kami ni kalau tak de orang beli. InsyaAllah, kami akan buat yang terbaik dan tersedap ok!


notakaki :: Buat anok-anok terengganu dan kelate, SILA datang ke gerai dan support (baca : beli) ye!

Tuesday, November 9, 2010

9 : 38

Pagi tadi selepas baca Quran, try cari ayat ni. Ayat ni memang selalu saya refer kalau saya rasa lemah sikit. Tapi, tak ingat surah dan ayat berapa (macam tipu je cakap selalu sbb tak ingat ayat mana kan..). Biasalah kan, saya ni bukan orang baik sangat, tapi sedang mencuba untuk jadi yang lebih baik, even tak boleh jadi yang terbaik.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan AllahBold”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya SEDIKIT jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
~At-Taubah : 38~


Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi a'laadinik



notakaki :: Isna dan shekin, selamat sampai ke Kelate la deh. Dekinyo sep mum cuti lamo, 2 bule nah...

notakaki :: InsyaAllah, esok, pukul 6.45 pagi, abah dan rombongannya akan bertolak ke Mekah. Moga abah beroleh haji mabrur. Tapi sian jugak kat umi tak leh ikut sebab abah pergi ke Mekah ni pun ikut rombongan negeri Kelantan. Saya tahu umi sangat-sangat ingin menjejakkan kaki ke sana, sama la juga macam saya dan macam semua orang lain, tapi, kena tunggu queue dulu. Abah boleh potong queue sebab pergi atas dasar jemputan.

Monday, November 8, 2010

blood donation

Hari ni saya dontae blood taw. First time. Mula-mula takut jugak, tapi fareeza aka orang yg dah donate blood 3 kali cakap yang tak sakit pun, so saya buat la.

Sebelum donate blood tu, mintak permission umi dulu. Hehe, saya kan anak yang baik. Nak donate blood mesti kena mintak permission dulu kan. Pastu umi pulak cakap yang umi nak call abah dulu. Then, umi mesej, "Kakak, abah bagi donate blood". So, bermulalah sejarah pertama kali saya donate blood! Untuk pengetahuan semua, blood type saya ialah O.

Selepas donate blood tu kan, saya rasa pening-pening. Sikit je, tapi rasa la jugak kan. Masa naik bilik, almaklumlah bilik saya ni tingkat 4, so, sampai je kat bilik, saya rasa tersangat pening. Sampai terduduk kat depan muka pintu bilik. Nasib baik qilah ada, dia yang tolong bukak pintu. Lepas tu, terus tidur. Tapi, sekarang dah ok.

Pesanan saya, esok, jom ramai-ramai kita donate blood. Kempen ni akan berakhir jumaat ni kalau tak silap. Jom ramai-ramai pergi AMF.

Ok, sebelum derma darah, pastikan anda periksa checklist ni dulu ye:
1. Anda sihat pada hari itu.
2. Anda berumur 18-60 tahun.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4.Tidur melebihi 5 jam.
5. Tiada masalah perubatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat (seperti antibiotik) atau alkohol.
7. Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah.
8. Anda tidak terlibat di dalam kegiatan :
-Hubungan sejenis (homosexual)
-Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (bisexual)
-Hubungan jenis dengan pelbagai pasangan atau pekerja seks komersial
-Penyalahgunaan dadah secara suntikan
-Menjadi pasangan kepada golongan di atas
9. Pendermaan terakhir > 3 bulan

Jadi, kalau anda rasa anda memenuhi kriteria di atas, jejomz kita derma darah. Niat lillahitaala, insyaAllah boleh pahala. Mana tahu dengan darah yang anda derma, even hanya 350 ml, kita dapat membantu orang yang memerlukan.


notakaki :: Perjalanan KB-KL semalam, saya sampai kat Hentian Putra dalam pukul 7 lebih. Sepatutnya sampai pukul 5. Memang lewat la. Lepas habis solat Maghrib kat sana, saya dan amir naik KTM. Saya berhenti kat KL Sentral, amir ke Subang Jaya. Takut jugak jalan sorang-sorang malam-malam, tapi buat-buat berani. Sampai kat UIA pukul 9.30 malam, mujurlah qilah, sarah dan ainu ada tolong angkat barang masa sampai kat gate. Berat nak angkat barang sorang-sorang. Dalam beg tu ada macam-macam, budu, keropok, colek, semua ada. Ni bahan-bahan untuk jualan gerai PERMATE masa RAFEST nanti.

Friday, November 5, 2010

berhikmah

Saya sayang mereka. Jadi, saya perlu bimbing mereka.
Mereka yang sayang saya juga perlu bimbing saya.
Tegurlah dengan berhikmah!


Bila nampak kemungkaran jelas-jelas di hadapan mata kita, apa yang akan kita lakukan?

Adakah kita akan membenci si pelaku dosa dan terus menjauhinya? Atau mungkin terus memaki hamun si pelaku dosa? Atau mungkin terus menegur si pelaku dosa? Atau mungkin ada yang mengambil inisiatif untuk mendekati dan berkawan dengan si pelaku dosa agar dapat membawanya ke arah jalan yang benar? Aatu mungkin hanya membencinya dalam hati? Atau, atau, dan atau..

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.
~An-Nahl: 125~

Sebenarnya, apa-apa jalan sekalipun yang dipilih, ianya mestilah berhikmah! Ada orang dengan cara menegur dengan cara yang kasar, dia mungkin boleh terima (tapi, tak ramai yang macam ni), ada sesetengah orang dia mudah untuk menerima nasihat dengan cara sindiran, ada jenis orang yang mudah terasa bila ditegur, lalu menjauhkan dirinya dengan si pemberi nasihat.

Saya sendiri pun sebenarnya tak layak untuk membicarakan soal ini. Tapi sekadar ingin berkongsi persoalan yang saya ajukan kepada Kak Husna mengenai ini masa perjumpaan tempoh hari. Apa yang Kak Husna cakap sungguh bermakna! Simple je apa yang dia nak cakap, kalau tegur orang mestilah dengan cara yang berhikmah, apa-apa jua cara yang dipilih pun mestilah berhikmah (tapi cara dia explain sangatlah BEST!). Kenapa? Sebabnya, tujuan kita bukan saja-saja je nak menegur si pelaku dosa, tapi aim kita ialah kita mahu membawanya ke jalan yang maaruf dan agar dia menjauhi yang mungkar. Itulah aim kita! Tak ada guna kalau kita guna cara yang cepat, tapi langsung tak ada kesan ke atas orang yang kita aim kan, kan.

Cara yang berhikmah ini begitu subjektif. Bervariasi mengikut orang. Sama-samalah kita mengkreatifkan otak dan pemikiran kita agar dapat memikirkan cara yang terbaik untuk menyahut seruan amar ma'aruf nahi munkar ni. Moga segala apa yang dilakukan akan mendapat ganjaran disisiNya di akhirat kelak.


Maksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

~Ali Imran : 104~




notakaki :: Maaf sangat sebab post ni saya tak dapat nak explain panjang-panjang sebab saya tersangatlah letih sekarang. Baru balik dari rumah mek(nenek) saya, tolong Cik Ti(mak saudara) kemas rumah mek, hias bilik pengantin dan sediakan makanan pengantin sebab esok ada majlis sambut menantu kat rumah mek. Saya kena buat semua ni sebab tenaga kerja tak ramai, mak dan bapa saudara yang lain semua sampai esok. Mujurlah makanan tetamu semua order catering je, kalau tak mau pengsan masak semua.

Tuesday, November 2, 2010

rat dissection

Hari ini, 2/11/2010, saya buat rat dissection taw. Wah, best rupanya buat experiment rat dissection ni. Mula-mula punyalah takut campur geli campur dok fikir macam mana nak pegang tikus tu, sebab saya memang alah sikit dengan binatang tu.

Honestly saya cakap, takut sangat menanti hari selasa sebab nak bedah tikus hari ni. Roomate saya, aqilah, dah buat experiment ni hari isnin. So, dia la yang cakap ok je bedah tikus ni, mula-mula je geli. Tapi saya still tak boleh nak accept apa dia kata sebab mindset saya geli dan kesian nak bedah tikus ni. Masa umi call petang isnin tu, siap cakap lagi kat umi yang saya nak bedah tikus dan saya tak ready sebab geli. Umi tanya, tikus tu hidup ke tak masa kita ambil dia dari bekas tu, saya cakap tak sebab qilah dah cakap yang tikus tu dah tak bergerak sebab dah letak formalin. Umi pun cakap, masa umi buat experiment ni masa matric UKM dulu, tikus tu still bergerak-gerak masa kita nak ambil dia dari bekas tu. Allah! Gelinya, bayangkan masa kita pegang tikus tu, dia still gerak-gerak.

Alhamdulillah, experiment hari ni berjalan lancar. Mula-mula masa nak ambil tikus tu memang geli. Tapi saya buat-buat cool sebab dalam kelas tu ramai budak lelaki, nanti nampak macam gedik pulak kalau buat geli kan. Tapi dalam hati, Allah je la yang tahu betapa gelinya saya dengan tikus tu, rasa macam nak baling je tikus tu masa pegang ekor dia tu.

Saya sangat la enjoy masa bedah tikus tu. Masa tu saya dah tak geli sebab saya bayangkan saya tengah menyiang ayam, so, ok je la kan. Yang saya excitednya masa tengok semua internal organ tikus tu, serius, enjoy sangat. Terdetik jugak di hati, betapa indah dan telitinya ciptaan Allah. Tu baru kita discover yang tikus punya, kalau yang manusia lagi complicated. Allahuakbar!!

Jom kita tengok gambar nak? Ni sikt je ni, malas nak upload banyak-banyak. Tadi masa tengak syok-syok brgambar, siap miss cakap lagi. Ok, i dont want to disturb you'll, just continue your photoghraphy session. Haha, sporting kan miss biology saya.


Sori la tikus, saya bukan nak bunuh awak,
tp saya terpaksa taw. Ni tikus betina, yang ayuni punya.

This is my rat. A male rat!

Me and my rat.


Fareeza excitedly showing her rat.

Oklah, dah malas nak tulis lagi. Setakat ini je la ye. Esok saya balik Kelantan, bukan hari ni. Saya tersilap rupanya, mujurlah semalam tak packing lagi barang-barang. Nasib baik umi call tanya bila saya balik dan check betul-betl tiket bas, kalau tak sekarang saya dah on the way ke Hentian Putra dah ni. Ni la akibatnya kalau tak check betul-betul tarikh balik kat tiket bas tu. Adoai, careless betul!


notakaki :: Doakan keselamatan saya pulang ke Kelantan ye readers semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com