Wednesday, December 1, 2010

tiada alasan, ianya kewajipan

Pagi ini, seperti biasa, menjelajah blog-blog rakan lain, terjumpa satu hadith yang buat diriku ini cukup terkesan. Roomate saya, qilah, pernah jugak tanya pasal hadith ni, tapi seriously masa tu, memang tak ingat. Hari ini, alhamdulillah, jumpa juga akhirnya.

Dari anas bin malik r.a.,ia berkata,kami bertanya," Ya rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran."Maka nabi saw. Bersabda,"Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."
( Hr. Thabrani )

Perkongsian ringkas dari saya, buat tatapan diri dan sahabat....


notakaki :: Adik sudah pun selesai menjalani ujian ke Maahad dan MTS. Doaku, moga ada rezekinya untuk ke MTS. Moga niatnya untuk menjadi seorang hafizah tercapai, walau aku tahu dia memang tak suka dok kat asrama. Hoho..

2 sila..silakan komen..:

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik

Memang kemasukan ke MTS amat sengit. Tempat sedikit tetapi permohonan bukan main banyak samada luar kelantan mahupun dalam kelantan sdri.

Sepupu dan adik cikgu juga mengikuti ujian yang sama. Moga mereka dapat diterima di sana.

athirahariffin said...

salam kenal cikgu..
terima kasih kerana sudi memberi komen..

memang ramai yg ingin ke sana cikgu, sbb sisitemya yg berteraskan sains dan juga hafalan al-Quran, utk membentuk professional muslim. adik saya yg ketiga juga pernah bersekolah di sana, dan saya nampak perbezaan antara org yang ditarbiah dgn biah Quran ini dgn adik2x saya yg lain yg bersekolah di sekolah kawalan yg biasa sahaja. Cita-citanya bukan untuk menjadi ustaz, tapi utk menjadi seorang doktor yang juga seorang hafiz. Sebab itulah, besar harapan umi dan abah saya untuk adik saya yg kelima ini ke MTS, agar harapannya untuk menjadi hafizah tercapai.

Sama-sama kita doakan agar mereka dpt meneruskan pengajian di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com