Friday, December 31, 2010

khas buatmu..


Buatmu...
Cinta itu fitrah
Menyintai itu indah
Aku tahu, sebab aku juga sepertimu
Menyukai makhluk bernama Adam
Itu fitrah sang Hawa
Tapi ingatlah, jangan kita leka dengan bisikan-bisikan syaitan.

Sama-sama kita bermujahadah melawan nafsu ini
Ingat, jalan ke neraka dipenuhi dengan segala benda yang nafsu kita suka,
tapi, jalan ke syurga, dipenuhi segala bagai benda yang nafsu kita benci.
Syurga atau neraka yang kita impikan?
Aku tahu kau impikan syurga, sama sepertiku.
Walau ku tahu diri berlumur dosa, tapi aku tak sanggup diazab di neraka kelak
Sama-sama kita menuju jalan ke syurga itu, walau kita tahu ia amat payah.

Aku sayang kamu
Aku ingin kamu tahu
Persahabatan bukan hanya setakat bersuka ria dan berkongsi duka
Bagiku, sahabat yang sebenar ialah mereka yang mengingatkan aku tentang destinasi utama kita
Dunia hanya persinggahan
Sama-sama kita berubah ke arah menjadi muslimt yang berguna pada Islam
Jangan kerana kita, Islam difitnah
Walau kita tak mampu untuk bagi sumbangan besar pada Islam,
tapi cukup jika kita tak menjadi agen perosak pada kecantikan Islam itu sendiri.

Berubah,
Memang sukar,
tapi tahulah,
aku sentiasa menyokongmu,
sentiasa di belakangmu,
aku juga ingin sokonganmu agar aku kuat.

Sama-sama kita jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup kita!

Lots of love,
athirah^2


notakaki :: A simple post from me. Tapi aku nok mum tahu aku sayang mum dan aku nok sama-sama kita menjadi a better athirah. Walau aku tok tahu gano keadaan dan situasi mum yang sebenar, tapi aku nok mum tahu yang aku sentiasa menyokong mum. I know u're strong girl!

notakaki :: Dear, klik SINI, SINI, SINI.. Semuanya dalam blog DR CINTA. Thanks to her!

2 sila..silakan komen..:

Athirah I. said...

trah..terima kasih..sebab tu org kata kawan ni complement.lengkapkan gapo hok kita x cukup. ak kurang kat situ, mg tlg tapung. nnti turn ak plk hok tapung kekurangan mg, insya-Allah.semua yang baik tu dari Allah jua.

athirahariffin said...

betul is..
mum sokmo tlg ak is, time ak sedih2x mum sokmo motivate ak suh ak up bali..
banyok lagi is, tu la guna kawan kan, kan..
btw, love u!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com