Tuesday, December 28, 2010

holiday with family!!

Alhamdulillah, akhirnya terjejak jugak kakiku di rumah ni setelah beberapa hari bercuti sakan. Hoho. Memang BEST la kan masa-masa yang dihabiskan bersama family ni. Kalau hari-hari macam ni pun tak pe.

5 hari bercuti, memang banyak la tempat yang kami lawati. A very precious time with family indeed. Even kami hanya bercuti dalam negara sahaja, tapi sangat bahagia la bercuti bersama family ni. Sebab tu la ada yang sanggup spend beribu-ribu ringgit untuk bawa family bercuti. Saya faham kenapa. Holiday with family is such a great moment. I love it! Untuk post ni, saya nak cerita sikit-sikit je. Naik jenuh tangan ni menaip kalau nak cerita semua.

Bermula hari Khamis, pagi-pagi lagi umi abah dan adik-adik semua datang UIA ambil saya. Hoho. Happy, happy, sebab dapat jumpa family lebih awal dari kawan-kawan yang lain. Hari Khamis tu kami menghabiskan masa di Sunway Pyramid. The whole day kot. Huhu. Memang best la ronda-ronda dengan family ni kan. Actually saya yang dok KL ni pun tak pernah jejak kaki kat Sunway tuh. Alah, adik saya Amir yang belajar kat Taylor tu pun tak pernah jejak kaki kat sana.

Di Sunway, adik-adik saya memang sangat gembira la main ice skating. Saya hanya jadi tukang pegang video cam dan kerja saya merakam adik-adik saya main ice skating je. Huh, bukan tak nak main, tapi tersilap attire. Hari tu pakai baju kurung. Takkan la nak main ice skating dengan baju kurung. Kalau terjatuh, takke terselak kain tu. Hoho. Masa tengah rakam aksi-aksi adik-adik saya yang semuanya berlagak pandai berice skating tu, ada la juga adegan yang tak sedap dipandang tapi termasuk juga dalam video cam tu. Contohnya, adegan peluk-peluk versi boyfriend girlfriend, yelah, almaklumlah, kalau dah main ice skating tu mesti la tergelincir ala-ala nak jatuh kan, untuk avoid dari nak jatuh tu mereka ni pegang la boyfriend atau girfriend mereka ni. Satu lagi, yang pakai baju macam tak nak pakai baju. Mereka ni memang tegarlah nak melakukan dosa, even tempat ice tu sejuk, tapi still nak pakai baju yang terdedah sana sini. Satu lagi, yang pakai tudung, tapi tak menutup aurat. Baju sangat ketat dan tudung sangat singkat (mendedahkan dada). Sebenarnya, pemandangan ini sangatlah biasa di mana-mana shopping mall, even di Kelantan sendiri. Sedih, memang sedih sebab nampak Islam tak dipraktikkan di dunia luar.

Beberapa hari di KL, pada hari Sabtu, kami ke Perak, specifically, ke The Lost World of Tambun. First time kami sekeluarga ke sini, ingat nak pergi ke Bukit Merah tapi memandangkan tempat tu dah pernah pergi, so kali ni ke Tambun la pulak memang tak pernah pergi kat sini. Tempat ni merupakan taman tema air, mereka semua sangatlah suka. Saya pun ikut main air jugak. Mula-mula teragak-agak nak main air sebab rules dia memang kena pakai swimming attire. Apa punya rules ni?? Kalau masa kecik dulu ada la swimming suit, tapi dah besar-besar takkan nak pakai benda tu lagi. Even ada yang menutup seluruh badan tapi still ketat. Nampak habis nampak shape badan.

Satu lagi pasal kaki. Mulanya saya fikir, kalau di tempat macam ni dikira rukhsah ke bab penutupan kaki? Tapi, memandangkan saya memang tak ada ilmu tentang ni, saya tetap dengan prinsip saya untuk menutup kaki semasa bermain air. Satu lagi, tempat ni memang berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan, jadi, tak lain tak bukan kena tutup aurat semasa bermain air. Saya tak mahu menggadai prinsip dan mendapat dosa hanya kerana ingin bermain air. Maknanya, saya pakai stokin. Saya tak pakai sarung kaki sebab ianya nipis dan still lagi menampakkan kaki bila basah. Memang nampak pelik dan ada jugak yang tengok. Pelik kan, kalau bab tutup aurat punyalah susah, kalau nak bukak aurat punyalah senang. Sila baca SINI kalau nak penjelasan lebih lanjut.

Masa tu saya fikir macam ni je, orang yang buat dosa, yang wanita ada yang pakai bikini je masa mandi, ada yang bertudung sanggup tak pakai tudung masa mandi, yang lelaki, pakai seluar atas lutut dan sangat ketat bermegah-megah dengan dosa yang mereka buat, kenapa saya tak sanggup bermegah dengan apa yang Islam ajarkan dan still berpegang dengan prinsip saya walau di mana saya berada. Kadangkala umat Islam sendiri pun ada yang memandang pelik, macam mana la Islam ni nak tertegak, kat negara sendiri pun kita dah layu dan tak bertegas dengan prinsip Islam kita.

Tempat ni serious memang best. Sama best dengan Bukit Merah. Kat The Lost World of Tambun ni ada Water Park, Amusement Park, Lost World of Spring and Spa, Lost World Petting Zoo, Tiger Valley, Natures Wonders Needle of Tambun dan Natures Wonders Kepura Caves. Hoho, habis tempat saya list, macam nak promote je kan. Tempat ni bukan saja ada tempat bermain air, tapi ada zoo, even tak banyak bintang tapi adik-adik saya cukup suka. Sampai dalam video cam tu berpuluh gambar bintang yang diambil, gambar orang sikit je masa kat zoo tu. Mereka ni tengok ular pun suka, oh, sangat pelik. Saya yang takut dan geli ular ni dengar perkataan ular pun meremang bulu roma.

Dalam pukul 6 petang kami keluar tempat tu. Memang lama la kami kat sana. Then, terus ke Tronoh sebab abah nak melawat saudaranya keesokan harinya. Malam tu kami singgah di UTP untuk solat Isyak. Masa tu dalam dekat-dekat pukul 10 malam, tak ada orang. Mujurlah, kalau tak mesti terjumpa senior atau coursemates. Tak nak lah, segan. Hehe. Menjejakkan semula kaki ke UTP memang menggamit memori indah, suka dan duka tatkala diri ini menuntut ilmu selama 5 bulan di sini. Tak lama, sebab diri ini ke UIA pula selepas result SPM. Adik-adik saya memang terpegun la dengan kecantikan UTP. Alah, saya masa mula-mula datang UTP masa Educamp tu pun ternganga melihat suasana UTP ni. Tiba-tiba teringat moments indah Educamp bersama Isna, Mirah, Hanis, Tirah M dan ramai lagi la.

Oklah, setakat ini sahaja coretan saya. Even saya tak ceritakan semua tempat yang saya lawati, tapi, harapnya, perkongsian serba sedikit ni ada harganya. Ok, lets enjoy the pics. Sorry, only a few pics from the hundreds pics taken can be displayed here.





5 sila..silakan komen..:

BuTterfLyBuDdy said...

sedapnya dia holiday...
smpai terlupa nak sidai baju, hehehehe...
qilah kat umah pun holiday..
holiday dalam rumah sambil menikmati teh panas di bawah hujan...
hahahaha..
hujan2 nie, sleepy punya kes da masuk...
oh tidak!!!

athirahariffin said...

haha..mujurlah ado sorang tu dio baik hati nak sidai baju..hee~~
sleepy2x pun, jadi buku butterfly buddy terbuat jugak akhirnya..hehe

athirahariffin said...

yup2x..ak g utp..
bele2x g ziarah umoh sedara abah ak..
umi abah ak pom mace tahu2x jah ak nok g utp..
ak tido dale keto, tup2x bgn sapa depe mesejid doh..
serious miss utp..
meme happy ah maso bgn tu..

Pijah said...

beh nyo gi holiday. utung mu, ayoh mu sehat lg nk drive jauh2.
ayah aku xbrapo cekak dh, lg pun dio xsuko jale.
jeles

athirahariffin said...

alhamdulillah abah ak sihat lg..
jah, mum kan anok bosu, even abah mum x sihat n x leh drive, abe2x mum kan ado..
bestnyo ado abe2x rama dok manjo ko mum..
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com