Tuesday, December 21, 2010

habis exam

Buku Solomon, Campbell dan notes Biology.
Ops, lappy pun ada sekali.

Alhamdulillah, tepat jam 9.30 malam (oh ye ke tepat?), habis sudah exam Biology. Oh, lupa nak cerita, malam sebelum exam biology tu tidur awal, dekat pukul 12 dah tidur rasanya, Sebelum tu call umi suruh umi call untuk kejutkan keesokan paginya dalam pukul 4 untuk revise Biology. Tapi, anaknya bangun pukul 5 pagi! Kesian kat umi, call 15 kali tapi anaknya tak angkat sebab memang tak dengar langsung ringtone Rindu Muhammad nyanyian Haddad Alwi tu. Entahlah kenapa, mungkin sebab letih sangat kot sebab dah banyak hari stay up. Terkejut jugak bila tersedar umi dah missed call 15 kali. Sorry umi kakak buat umi risau. Terharu... Thanks for waking me up umi!

Usaha sudah, kini tinggal tawakkal padaNya. Berharap agar dapat yang terbaik. Malas nak fikir lebih-lebih takut tension.

Kini, menunggu saat tibanya masa untuk diri ini bertemu mereka-mereka yang tersayang. Umi, abah, dan semua adik-adikku akan datang KL. Abah ambil cuti untuk luangkan masa bawa kami semua holiday, umi tak ambil cuti sebab cikgu memang dah cuti pun time-time cuti sekolah ni. Yippi!

Seriously can't wait to see them!

Ops, tapi sebelum tu, sementara umi abah dan semuanya datang hari Khamis nanti, saya PERLU habiskan buku-buku yang dah berhabuk atas rak tu. Sebelum niBold alasan tak ada masa nak baca sebab nak exam, tapi, sekarang, no more excuses tirah!

Buku yang tersusun rapi di atas rak,
tapi empunya buku sangat liat membacanya.


Sibuk-sibukkan dirimu dengan benda bermanfaat agar dirimu tidak sibuk dengan benda tidak bermanfaat.
~Habib Umar~


notakaki :: Ada agenda penting yang harus diselesaikan. Permudahkanlah urusan kami semua Ya Allah!

2 sila..silakan komen..:

Izzati Nur said...

giliran kamu pula dear jmpa dgn family :) wink2,hepi kan

nati,lpaskan sgl tnsion dgn bgmbira bsma mereka yer

kim slam kt umi mg deh =)

athirahariffin said...

eti, x saba nok jupi family.
huhu..bilo balik rumoh n jupo family meme ah akan release semo tension..

ok, nati ak kim sale ko umi..mum pom kim sale ko umi mum deh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com