Entry ini dibuat bukan untuk menagih simpati atau membuat anda tertanya-tanya apakah perkara itu. Cuma, apa yang saya harapkan, doakan saya dapat apa yang terbaik dalam hidup saya. Doakan saya kuat menghadapi segala ujian yang mendatang. Doakan saya jadi hamba yang bersyukur atas setiap ketetapan serta rezeki yang telah Allah tetapkan pada saya. Entry ini dibuat untuk menyatakan rasa terima kasih pada semua yang mengembalikan serta menceriakan saya tatkala saya sedih dan down.
Syikin, thanks for calling me. Aku lega dapat dengar suara cute mum di dalam hiruk pikuk Sunway (masa dia call dia tengah bersuka ria di Sunway Pyramid).
Maheran, thanks for texting me. Every message that you give cheer me up. Benda yang kita rancang dan impikan tak semestinya akan berjaya semuanya kan, sebab Allah adalah sebaik-sebaik perancang. Allah nak uji aku kan maher, insyaAllah, i'll try to be strong. Thanks a lot!
Qilah, thanks for the post. Terharu bila baca post ini. Menitis juga air mata ni, tapi cepat-cepat cover sebab cik jiha ada dalam bilik. Thanks jugak sebab dengar luahan hati dan memahami diri ini seadanya. Buat roomate tersayang juga, sama-sama kita bangkit dari kegagalan kita.
Orang yang paling penting, umi abah. Umi, terima kasih atas segala nasihat dan motivasi yang umi berikan. Betapa kakak bersyukur dianugerahkan seorang ibu sepertimu, memahami serta mendalami perasaan anakmu ini seadanya. You always cheer me up when i'm down, always reminds me not to look baackward, always look forward.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi segala ujian serta dugaan yang Kau berikan ini. Jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas segala nikmatMu, bersyukur kerana memberiku ujian yang membuatku sedar yang aku ini insan lemah. Membuatku sedar yang perancanganMu lebih hebat. Aku kini diuji hanya sedikit, hanya diuji dengan kegagalan dan kesedihan, tapi imanku lemah Ya Allah, mudah melatah dengan ujian yang hanya sedikit ini.
Teringat kata-kata Imam Muda Asyraf sewaktu beliau memberikan ceramahnya di UIA semalam, katanya, Nabi Muhammad diuji dengan ujian yang cukup besar dalam menyampaikan risalah Islam, para sahabat juga begitu, hinggakan para sahabat sangat takut bilamana tiada dugaan dan ujian yang melanda kerana takut lupa akan Allah. Allah bagi ujian ni mungkin menunjukkan Allah sayang pada kita. Mungkin kita akan lalai jika hanya kesenangan yang diberikan.
Sekadar itu sahaja coretanku. Moga, ada sinar yang menanti di hadapan. Kita sebagai manusia tak nampak apa yang terbaik buat kita, tapi, Allah sebagai sebaik-sebaik perancang tahu apa yang terbaik buat kita. Tinggal disini cuma kita mahu menerimanya dengan optimis atau pesimis. Buat masa sekarang, saya akan berusaha untuk berpegang kepada, "Be optimistic, don't ever be pessimistic". Kita tak tahu rezeki yang telah Allah tetapkan pada kita di masa hadapan.
Tenangkanlah hati ini Ya Alah. Jadikanlah aku hamba yang selalu ingat padaMu.
notakaki :: Alhamdulillah, semalam sempat ke 2 majlis ilmu. Pertama ke majlis talaqqi, oleh Ustaz Muhadir. Hanya Allah yang tahu betapa tenang hatiku mendengar bicara yang lahir dari mulut sang guru. Kedua, saya berkesempatan ke ceramah forum Hijrah yang dihadiri oleh Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur. Ini kali pertama saya melihat wajah dan mendengar suara mereka secara live. Biasanya, hanya tengok wajah mereka di Astro Oasis je. Forum ini dikendalikan Ustaz Syaari selaku moderator.
3 sila..silakan komen..:
aku tahu ssuatu dr shekin
nak tggu mg cito,ak taw mg tgh cari kkuatan skrg..
cubalah mnecari ssuatu dr sisi putihnya..aku doakan mg dpt yg tbaek..aku mohon kmu dkuaykanNYA.
aku sayang kamu sahabat:)
mirah :: i'll try to accept what has been fated to me..aku mampu merancang dan berusaha utk dptkan benda yang aku rasa paling baik, tp mungkin benda tu tak baik bg ak..
eti :: eti, nanti aku cari maso utk stori mori ko mum..tp mum ke busy sokmo..tp meme ah, mum meme tempat aku luah masaloh jak f4 ag eti..
Post a Comment