Tatkala melihat wanita yang tak menutup aurat, pernah atau tak hati kita terdetik, "Dia ni mesti tak semayang ni, tu yang dok tayang aurat tuh" atau " Ni mesti jahat ni, tak mau kawan la"
Jangan, jangan. Jangan pernah kita berprasangka buruk. Mungkin dia solat, dan mungkin dia tak tutup aurat sebab mungkin dia tak pernah tahu cara menutup aurat yang sebenar sebab mungkin tak pernah ada orang yang ingin menasihatinya. Ada juga sampai sanggup tak mendekati golongan ni sebabnya mereka menyagka golongan ni jahat, kononnya tak mahu terpengaruh la. Walhal, mereka yang faham ni la yang boleh cuba untuk berdakwah pada mereka.
Hello, dakwah is not just about winning the argument or about winning the points, its about winning the heart. So, how can we win their heart if we do not even know them?
Atau, hati kita terdetik bila melihat ada rakan kita yang mengadap laptop 24 jam, "Dia ni confirm-confirm semayang lewat ni, dah dari tadi lagi dok ternganga tengok laptop" ataupun macam ni "Hish, dia ni buang masa sungguh. Tak ada benda berfaedah lain ke yang dia buleh buat"
Oh, sedap hati kita buat kesimpulan atas apa yang mata kita nampak. Mungkin dia tu baru je lepas solat jemaah dengan roomate dia ke, lepas tu baru anda semua nampak yang dia duduk mengadap laptop. Atau mungkin kawan anda yang menghadap laptop tu sedang baca artikel-artikel Islam atau tengah dengar ceramah on9 ke, mana kita tahu kan? Kita bukannya nampak semua pergerakan kawan kita.
Takpun bila melihat kawan kita sedang bergayut di telefon lama-lama, lepas tu seyum-senyum . Then kita pun buat conclusion, "Ni sah-sah tengah bergayut dengan pakwe ni, benci betul"
Mudahnya kita bersangka buruk. Mungkin masa tu dia tengah bercakap dengan ibunya atau ayahnya atau kakaknya atau abangnya barangkali. Tak mustahil kan cakap lama-lama dengan ahli keluarga lepas tu senyum-senyum? Tak mustahil kan?
Itu saya bagi contoh je. Contoh yang sangat simple je supaya anda semua faham. Memang, hati kita memang terlalu mudah untuk menafsirkan benda-benda yang tak baik berbanding berprasangka baik. Itu semua sebab kita semua dah termakan kata-kata syaitan. Oh, lemahnya kita!
Mari kita lihat salah satu tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani tentang berprasangka baik atau husnuzon ini, katanya :
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"
Kita sebagai manusia yang hina jangan terlalu mudah untuk menilai apa yang mata kita nampak. Jangan pernah kita rasa kita ni terlalu baik untuk bersangka buruk terhadap orang lain. Cuba ajar hati kita agar mudah untuk bersangka baik dengan manusia. Cuba untuk bersangka baik even masa kita nampak orang buat maksiat. Eh, eh, bukan saya maksudkan cuba untuk menganggap maksiat itu baik. Hate the sins, not the sinner. Ya, kita membenci maksiat, tapi jangan kita membenci pelaku maksiat itu. Mana tahu mungkin dia akan berubah menjadi manusia yang lebih baik dari kita dan mungkin darjatnya kelak di sisi Allah lebih tinggi dan mungkin matinya dalam husnul khotimah. Siapa tahu percaturan Allah kan?
Pada manusia pun kita bersangka baik, apatah lagi pada Allah. Bersangka baiklah atas percaturan Allah.
Mulai hari ini, sama-sama kita bersihkan hati dan diri kita dari bersangka buruk. Sama-sama kita didik hati kita untuk bersangka baik.
Say yes to husnu dzon, say no to suul dzon!
Pesanan buat diri ini juga.
notakaki :: Gembiranya rasa 2 hari berturut-turut jumpa dengan saim-saim tersayang semo!
3 sila..silakan komen..:
agree trah! suka ur point.
jom sama2c kita berhusnu dzon, say no to suul dzon k..bersihkan hati kito...^^,
mirah, betul2x..kita WAJIB bersangka baik..
tengoh pupuk hati aku sdiri untuk berhusnu dzon...^^,
Post a Comment